*PKP 69, hari 2 Ramadhan di tinggalkan* - DIARI HARI RAYA AIDIL FITRI. Jejak Jejak Ramadhan...

Assalamu’alaikum...

Alhamdulillah. Hari Raya tetap meriah. Walau melawat bersyarat, hanya bertemu di video call atau bertandang hanya untuk bertemu mata. Itulah antara cara meraikan raya puasa kali ini tetapi itu semua sedikit pun tidak mencacatkan kemeriahannya. Aidil Fitri tetap di sambut meriah. SYABAS

Malah, saya sendiri seawal pagi, kami anak beranak masih lagi bersemangat, bangun seawalnya meneruskan acara acara dinihari, apalagi awal pagi Aidil fitri. Selesai solat solat sunat aidilfitri, selaku ketua keluarga, menyampaikan khutbah, mengingatkan semula zaman di Rolla,  menyampaikan khutbah jumaat. Selesai berhari raya sesama kami, seperti yang telah diuruskan anak anak, sibuk pula merakamkan video untuk tujuan ucapan hari raya pd sanak saudara.

Selepas itu barulah, di ada kan beberapa Video Call pada sanak saudara. Jam 12 tengahari, kami dikejut kan dengan ziarah raya style COVID 19 oleh kakak dan abang ipar saya. Kami hanya bertukar barang makanan dan duit raya untuk anak anak di pagar pintu masuk rumah saja. Bermaafan tanpa bersalam dalam jarak 1 meter dan tidak masuk ke rumah. Wah.. ianya sungguh mengharukan, sampai ke tahap itu kesan COVID 19. Tapi kami mencipta rasa meriah kami dengan cara kami sendiri. Selepas itu, barulah berkunjungan ke rumah kakak tinggal berdekatan untuk makan tengahari tapi semua nya penuh dengan norma yang baru dan SOP.

Semuanya selesai jam 215, kami kembali semula ke Seri Minang menunaikan solat zohor berjemaah. Seusai itu, baru kami sedar rupanya Aidifitri kali ini ada kemeriahan nya tersendiri, buktinya kami kepenatan dan terpaksa beradu. Sehinggakan terus tertidur ke jam 530 petang.

Bangun menunaikan solat asar berjemaah, dengan masih lagi menyambung roh Ramadhan, zikir dan doa diteruskan.

Selepas itu sementara tunggu maghrib, tiba tiba satu kerinduan datang bertandang - rindu untuk solat berjemaah di masjid atau surau dan juga rindu bersimpuh di majlis ilmu. Oleh itu, makan malam di percepatkan dan seusai solat maghrib, saya ajak ahli keluarga saya menyambung membaca dan mentadabbur kitab Tafsir Ibnu Kathir ( Al Baqarah ayat 143 - perihal di akhirat Muslim menjadi saksi pada kafir dan Nabi saw saksi kpd muslim)

Alhamdulilah. Malam raya yg kedua kami, di tutup dengan solat isya’ berjemaah dan bacaan surah Al Mulk sebelum kami berehat untuk aktiviti hari ini pula.

Begitulah satu perkongsian, saya sengaja muatkan catatan ini untuk mengingatkan tentang jejak jejak Ramadhan yang harus kita terus kan, walaupun Ramadhan sudah pergi...

Dalam pada itu, sebelum tidur, sempat memasang telinga dan minda untuk ceramah ustaz Abdul Samad di facebook. Disini saya share beberapa point yang saya rasa berguna untuk saya..

*Ustaz Abdul Samad*
*Tuntunan Meninggalkan Jejak Ramadhan*

Allah merahsiakan tidak ada yang tahu siapa yang mendapatkan: Haji Mabrur, solat wusta, taubat nasuha dan lailatul Qadr.

Apa hikmahnya? Supaya muslim merasa masih belum dapat dan ingin terus mendapatkannya. Bayang kan, kalau ada yang tahu dia sudah dapat lailatul Qadr, mungkin dia sudah tidak teruskan lagi amalan soleh nya kerana dia sudah mendapat amalan yang lebih baik dari 1000 bulan.

Apa yang kita boleh ambil dari Ramadhan, tanda orang yang amalnya diterima ialah ADA PERUBAHAN selepas Ramadhan.

Tapi kita selalu menilai perubahan ini dari segi fizikal. Contoh: Kalau bab haji mabrur, nak tengok wajah seseorang tu putih cerah.

Apa perubahan yang basic yang kena ada pada kita selepas Ramadhan?

•TERBIASA BANGUN PAGI

Selama ini susah bangun subuh, selepas Ramadhan ianya sudah biasa. Hasil dari berkat mengerja kan ibadah sahur. “Di dalam sahur itu ada barokah”. Siapa yang paling awal bangunya dia lah akan dapat barokah lebih dari Allah.

•SOLAT SUBUH BERJEMAAH

“Siapa solat subuh berjemaah, duduk berzikir pada Allah, sehingga terbit matahari, dia akan dapat pahala kerjakan umrah dan haji, sempurna, sempurna, sempurna”
 (Tirmizi)

Hal ini mungkin biasa untuk mereka yang sudah biasa, tapi kebiasaan di  bulan Ramadhan terkesan jika ada  yang menerima hidayah Allah untuk bangun pagi menunaikan solat subuh berjemaah.

(Sudah tentu tidak di masjid di zaman PkP ini, tapi tetap lakukan seawal masuk


 waktu subuhnya)

•BIASA MENAHAN DARI YANG HALAL

Di ketika sahur, sebaik saja tahu imsak sudah masuk kita semua menahan dari makan, sedangkan semua makanan yang kita sedia kan adalah halal. Kalau selama berpuasa menahan diri dari yang halal, maka, di luar Ramadhan kita akan juga boleh menahan dari yang haram.

•MERASAKAN PERASAAN ORANG LAIN.

Selama ini kita melihat kesusahan orang, kita akan merasa SIMPATI. Kekadang kita menangis tapi air mata kita tidak akan membuat orang jadi senang. Dengan puasa ini, kita bukan hanya simpati; malah, lebih tinggi dari itu iaitu AMPATI.

Kita berlapar berdahaga seperti mereka dan bersedekah untuk memberi makan pada tiada.

Apakah antara tanda puasa menyentuh hati ? Ringan tangan berbagi.

•MEMBIASAKAN SOLAT SUNAT MALAM/QIAM.

Di Ramadhan kita ada solat sunat terawikh, witir. Di tika bangun nak bersahur ada pula solat sunat wudhu’, taubat, hajat, tahajjud. Menangis ingatkan dosa pohon keampunan. Antara makna asal Ramadhan ada lah karat. Kita semua memasuki Ramadhan dengan keadaan hati, mata, telinga berkarat, maka di dlm ramadhan, kita di panas kan dengan ibadah hingga tanggal semua karat yang teruk. Kalau masih ada lagi karat, akan ada dua kemungkinan:
•ibadah tak cukup kuat
•atau karatnya sudah tahap berat.

In shaa Allah, moga ada satu atau dua pengajaran untuk kita renungi dan amalkan.

*AKHIRUL KALAM*

Semoga kita tidak terus tinggalkan jejak jejak Ramadhan, meskipun Syawal datang membawa ria bersama di Adil Fitri..

Wallahu’alam
Wassalam

Tulisan: *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S