*PKP 70, RAMADHAN 1441 H in memory* - AIDIL FITRI YANG FITRAH.


Assalamu’alaikum semua.
A very Good Morning..

Sesungguhnya memang benar, raya puasa tahun ini hanya ada satu hari sahaja. Allah lah yang membenarkanya dengan segala susunan hebat Nya,  renungkan!

Apatah lagi, laporan terkini 25 Mei ada menunjukkan ada peningkatan pada kes baru:

*Ringkasan Kes COVID-19 pada 25 MEI 2020*

[Kes baharu dilaporkan: 172 (Terdapat 5 kes import). Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 7,417. Jumlah kes aktif: 1,323, Kes sembuh: 34. Jumlah keseluruhan kes sembuh: 5,979, Jumlah keseluruhan kes di ICU: 8 (Seramai 4 orang memerlu kan bantuan pernafasan) Kematian: 0, keseluruhan kematian: 115]

#Sumber:KKM

In shaa Allah, berkat dengan ada nya kesinambungan ibadah kita dari bulan Ramadhan sehingga ke bulan Syawal, corona virus bakal menjauhi kita semua. Kalau ada pun yang melekat secara takdirnya, ianya akan terkikis dari kulit kulit kita oleh setiap doa dan ayat ayat Al quran yang telah kita bacakan. Semoga semua kita berbahagia menempuh Syawal kali ini dengan tabah dan sabar. Teruskanlah bersilaturrahim melalui maya saja demi untuk kebaikan bersama.

Kelmarin, kalau diikut ikutkan ialah hari raya ke 2 AidilFitri. Ikutkan kebiasaan, memang padu dan Jemm Krennggg jalan jalan di kampung atau high way dalam menyaksikan rakyat Malaysia saling berkunjung tapi tidak. Ianya tak berlaku semalam.

Inilah peristiwa sejarah dunia yang perlu saya catat untuk menjadi bukti pada anak dunia terutama melayu bahawa kita pernah suatu ketika berhari raya aidifitri benar benar mengikut fitrah hari raya aidil fitri iaitu hanya satu hari. Malahan, takdir raya tamat selepas selesai nya khutbah raya. Tidak seperti takbir raya Aidil Adha. Inilah satu fakta yang cukup menggetarkan kita bahawa Allah semakin ingin menunjukkkan kehebatan dan kemuliaan Nya.

Maka, Kembalilah pada fitrah dengan segera.

Hakikatnya, dari segi syariat, Aidilfitri disambut hanya selama sehari. Kamus Dewan pula secara jelas telah mendefinisikan Aidilfitri sebagai hari raya yang disambut pada 1 Syawal setiap tahun Hijri sebagai meraikan tamatnya bulan puasa. Itu saja.

Bukan sahaja Ulama Fiqh yang menyokong, bahkan terlebih dahulu mewujudkan definisi ini dalam Kamus Mustalahat Fiqhiyyah, juga satu Hadis Rasulullah SAW yang telah lama dahulu menerangkan sambutan hari raya ketika zaman Jahiliyyah (Zabir dan Mahrajan) digantikan dengan dua hari raya yang disyariat kan untuk umat Islam (Aidilfitri dan Aidiladha).

Ertinya ada dua perkara yang mengingatkan semua kita semua dengan cara hari raya Puasa 1441 disambut dalam COVID 19 ini:

•Pertama, Aidilfitri syariatnya hanyalah sehari. Hanya secara adatnya, kita teruskan sampai habis bulan Syawal. Andai Aidilfitri ini disyariatkan sebulan, pasti nya laungan takbir disyariatkan juga sepanjang bulan, dan pasti jugalah umat Islam diharam kan berpuasa sepanjang bulan Syawal. Walhal,  tidak pernah diharam kan berpuasa pada bulan Syawal kecuali pada 1 Syawal , bahkan Rasulullah SAW menganjurkan puasa enam hari di bulan Syawal untuk melengkapkan fadhilat puasa sepanjang bulan Ramadhan.

•Kedua, Aidiladha lebih dimuliakan berbanding Aidilfitri. Yang ini sering terbalik. Syariat yang menentukan kedudukan kedua dua perayaan Islam ini seperti itu dengan alasan dan sejarah yang tersendiri. Jikalau Aidilfitri diperingati sebagai hari kembali kepada fitrah selepas satu bulan kita berpuasa, Aidiladha pula memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim as mengorbankan Nabi Ismail as.

Begitulah hebatnya Islam dan bulan bulannya serta aktiviti aktiviti didalamnya. Semuanya adalah usaha memperingatkan kebesaran Nya. Sebab itu penting untuk kita gunakan kalendar islam dalam pada menelusuri kehidupan, kerana dari sinilah kita akan ingat setiap peristiwa agung dalam islam di setiap bulan. Secara automatik, ia menjadi tazkirah untuk kita yang selalu alpa ini..

Jangan jemu dgn tazkirah dan peringatan, kalaulah solat lima waktu perlu di azankan setiap kali masuk waktu mengajak kita solat berjemaah ( bukan orang islam tak tahu bila masuk waktu solat), inikan pula peringatan tentang soal dosa pahala syurga neraka.

“Dan tetaplah memberi peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang2 yg beriman” (Adz Dzaariyaat : 55)

*Akhirul kalam*

Ampun maaf di pinta sesama kita, semoga dosa antara manusia selesai, dan in syaa Allah, dosa dengan Allah carilah titik untuk bertaubat nasuha pula..

Sekelian kalinya juga dalam mencipta kemeriahan beraya secara alam maya jgn lupa teruskan berdoa: 

‎اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَسَيِّئِ الأَسْقَامِ.

“ Ya Allah aku berlindung pd Mu dr penyakit belang, gila dan kusta, dan penyakit lain yg mengerikan”

Semoga AidilFitri kali membawa kita pulang ke asal kita dan taatnya pada PKP akan terus membantu ke arah melenyapkan covid 19 dari bumi Malaysia khasnya dan dunia amnya.

Aaaminn..

SELAMAT MENERUSKAN PUASA 6

Wallahu’alam
Wassalam

Yours, *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S