*Rahsia Umur...*
Bahagian 2....Umur 40.

Assalamu'alaikum...

Selamat pagi jumaat..penghulu segala hari. Di hadirkanNya lagi buat kita semua menikmati keindahan hidup selaku 'manusia', terlebih nikmat bila islam di jadikan "way of life".

Bersyukur sangat.. atas izinNya, sehingga sekarang keinginan utk kekal dgn agamanya nabi muhamad dan ayahanda nabi ibrahim sentiasa membuak2.

Makanya...sama2lah kita niatkan perjalanan hidup hari ini adalah hendak mengikuti perintah Allah.

*sharing is caring...*
Sambungan nota kuliah " Rahsia Umur.."...

Pesan Ustaz; hal umur ni, bukan perkara remeh, sebab itulah kena ambil perhatian serius.

Kita kena beri tumpuan khusus jika sudah di panjangkan hingga umur 40 dan 60 tahun.

*Umur 40*

Umur 40 tahun adalah peringkat umur amat matang, dah tahu dan faham fakta2 kehidupan. Boleh berfikir dan bertindak secara rasional. Umur ini adalah seperti umur 'tanda aras/kayu pengukur' bagi menentukan nasib seseorang di akhirat nanti. Jika pada umur ini seseorang itu masih rakus berbuat maksiat dan tidak langsung rasa bersalah apabila meninggalkan perintah dan melanggar segala larangan Allah swt maka pasti dia menempah tempat di Neraka. Ini kerana pada ketika berumur 40  tahun seharusnya sudah tahu berfikir, faham bahawa perbuatan maksiat itu salah.

Perhatian khusus dari Allah tentang angka 40 ini:

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat2 kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu/berserah diri)."....  Dari surah Al-Ahqaf  ayat 15.

Ayat ini menyatakan umur 40.. umur matang. Ini kemuncak umur keIslamannya. Syaratnya.. dia mulai daripada sejak dia baligh lagi.

Ramai Ulama' yang mencapai umur empatpuluhan sudah bersungguh2 dlm beribadah. Sudah mula mengurangi tidurnya.

Pesanan utk kaum 40 tahun ke atas dlm ayat ini supaya;

1) berbakti kpd kedua ibubapa.
Sebabnya,  jika sudah 40 tahun, ibubapanya mesti melepasi 60 tahun, umur yang memerlukan banyak bantuan.

2) Bersyukuri dgn nikmat dgn beramal soleh yang diredhaiNya. Jadikan semua nikmat yang Allah berikan kepada kita untuk beramal soleh.

3) Bertaubat dan berserah diri, Bertekad utk tidak lagi buat maksiat dan sedar kita adalah hak Allah dan akan kembali kepadaNya. Maknanya apabila sudah mencapai umur 40 tahun sudah kurang berdosa, berada di puncak keIslaman dan berjaya pula mendidik anak2.

Biasanya kita ni jika disebutkan 40 tahun, rasa masih muda. Nak2 ada pula yang kata "Life begins at 40'. Sepatutnya inilah masa permulaan pencarian aras utk kehidupan hakiki..sama ada kita nak ke syurga atau neraka nanti.

"Jika sampai umur 40 tahun dan tidak ambil tahu langsung tentang asal kejadiannya, dan kewajibannya dan tidak mahu bertaubat, maka Syaitan akan mengusap dahinya dan gembira kerana orang ini tidak ada gunanya di dunia dan di akhirat".

Sekian, nota bahagian 2  tamat disini... mudah2an ianya memberi manfaat. Kita jumpa esok utk nota berkenaan *umur 60* pula....

Akhir kalam di pagi jumaat ini, utk diri saya terutamanya...Usia lanjut sebenarnya satu keistimewaan. Dalam sebuah hadits qudsi Rasulullah saw menyampaikan firman Allah ..."Demi kemuliaanKu, keagunganKu, dan keperluan hambaKu kepadaKu,sesungguhnya Aku merasa malu menyiksa hambaKu, baik laki-laki mahupun perempuan, yang telah beruban kerana tua dalam keadaan muslim".

Pencatat..
*NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S