*Ramadhan 22, PKP59*
Perihal furu'iyah: BA'DIYAH DULU ATAU TERAWIH?

Assalamu’alaikum.
Salam jumaat.

Alhamdulillah. Dah sampai ke hari ini kita semua. Di luar sana macam macam hal sedang hangat diperkata kan - Ebit Liew di Kelantan, SOP solat jumaat di komen oleh non muslim, dan juga tentang mana yang kena “perform” dulu ba’diyyah isya’ atau solat terawikh.

Mudah2an kehadiran pelbagai isu ini, akan menjadikan kita sebagai rakyat Malaysia yang semakin matang dalam memenangi sesuatu isu. Terutama selepas kita berjaya membuktikan pada dunia, kita mampu menjadi bangsa yang ada tamadun dan dispilin yang terbaik ketika berlawan dengan wabak corona virus. Dan lagi menjadikan kita di pandang tinggi adalah kepatuhan kita (as muslim) kepada arahan pemerintah berlandaskan fikrah agama Islam. Sesuai sangatlah dengan apa yang di ajar oleh Al Quran:

Allah berfirman:

فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً…..

“Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikan lah ia kpd Allah (alQuran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar benar beriman kpd Allah dan hari Kiamat. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik kesudahan nya”
(an Nisa 4: ayat 59)

Ini semua akan menjemput rahmat Allah dan dengan kesucian yang ada pada Ramadhan, in shaa Allah, corona virus dikurangkan Allah dari bumi Malaysia sebelum vaksin di temui.
So, please keep itu up dear Muslim malaysians..

“Sesungguhnya, pd kedua2 nya (Kitabullah dan Sunnah) ada pemisah (penyelesaian) pd seluruh permasalahan khilafiah, sama ada tentang kejelasannya/keumumannya
; perhatian, kefahaman, atau keumuman makna yang diqiaskan ke atasnya atau yg seumpama dengannya. Ini kerana agama ini dibina diatas kitabullah dan sunnah RasulNya, dan tidaklah menjadi lurus atau benar keimanan itu melainkan  dengan kedua2nya.”
- (Taisir al Karimir Rahman fi Tafsir Kalam al Mannan, oleh As-Sa’di, An-Nisa’ : 59)

Untuk pagi, kita lihat kepada satu perkara furu’ (cabang) yang boleh memangkin kita utk lebih cermat beribadah
terutama di Ramadhan ini.

*SUNAT BA'DIYAH ISYAK DULU ATAU TERUS SOLAT SUNAT TARAWIH?*

Solat terawih adalah salah satu amalan digalakkan untuk dihidupkan di bulan Ramadhan.

”Sesiapa yg menghidupkan Ramadhan penuh keimanan dan mengharap ganjaran akan diampunkan dosanya yang telah lalu.”( Al Bukhari (2009) & Muslim (1816))

Dari Imam Al Nawawi, yang dimaksud menghidupkan malam Ramadhan adalah antaranya solat tarawih.

Solat sunat rawatib adalah solat sunat yang mengiringi solat fardu. Ianya ada dua: sunat muakkad dan ghair muakkad.

•Sunat muakkad - sunat rawatib yang sentiasa dilazimi dan dilakukan oleh Nabi SAW sama ada dalam bermusafir atau bermukim.

Solat sunat rawatib yang muakkad ialah dua rakaat sebelum subuh, dua rakaat sebelum zohor,dua rakaat selepas zohor, dua rakaat selepas maghrib dan dua rakaat selepas isyak.

Manakala yang solat sunat rawatib yang ghair muakkad ada dua belas iaitu dua rakaat yang lain sebelum dan selepas zohor,empat rakaat sebelum asar, dua rakaat sebelum maghrib dan dua rakaat sebelum isyak.

“Sesiapa yang sentiasa melakukan 12 rakaat solat sunat maka Allah akan bina untuknya rumah di syurga.(Solat tersebut ialah). Empat rakaat sebelum zohor, dua rakaat selepasnya, dua rakaat selepas maghrib,
dua rakaat selepas isyak dan dua rakaat sebelum subuh.” [AlTirmizi (414)]

Maka,  seelok eloknya dilakukan terlebih dahulu solat sunat selepas isyak sebelum menunaikan solat sunat tarawih. Ini kerana solat sunat selepas solat fardu adalah solat sunat yang sentiasa dilazimi oleh Nabi saw.

Imam AlNawawi: solat sunat rawatib lebih afdal. Kerana solat sunat rawatib sentiasa dilakukan tidak seperti solat tarawih (Rujuk Al Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 4/5).

Inilah pandangan yang sahih.

Bahkan para fuqaha dari mazhab lain - Hanbali juga ada menyebut, solat sunat tarawih itu waktunya adalah usai menunaikan solat sunat selepas isyak.

Al Buhuti : “Waktu solat tarawih itu adalah selepas solat fardu isyak dan juga selepas menunaikan solat sunat ba’diyah selepas isyak.” (Rujuk Kassyaf Al Qina’ ‘an Al Iqna’, 3/269)

*Akhir kalam.*

Semoga kita semua terus berpegang pada kitab Allah dan sunnah nabi saw dalam menentukan hala tuju hidup kita. In shaa Allah Nasrullah akan datang...

Bagi yg tidak sempat solat sunat ba’diyah selepas solat fardu isyak, jangan khuatir. Ini kerana waktu bagi solat sunat ba’diyah tamat dgn tamatnya waktu solat fardu. Ini bermakna solat sunat ba’diyah isyak masih boleh dilakukan selepas daripada solat sunat tarawih.

Semoga kita di beri Allah  kefahaman di dalam agama Nya dan kekuatan untuk sentiasa melazimi solat solat sunat. Terutama ketika ada banyak masa lapang ketika pkp...

Wallahu’alam
Wassalam

Tulisan: *NCS*
#Ghair muakkadah:
Iftheyweremissed;thereisno blame.
#rujukan:BayanLinnas

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S