*Ramadhan 27*
*Pkp hari ke 64*
•Rasailah Malam dan Hari Ke 27 Ramadhan dan yang beberapa yang terakhir ini..
Assalamu’alaikum...
Hal ini seperti juga akan hal nya hari wuquf di padang Arafah. Cuma bezanya saat mula kita berwukuf, hari nya dan tempatnya telah pun di tetapkan oleh syara’. Yang pasti ia akan ada setahun sekali. Dan Lailatul Qadr pula tidak ketahuan oleh kita bila masa dan saatnya yang tepat, ianya berlaku tapi ia tidak mengira tempat. Tapi betapa kasih dan sayang nya Allah - Ar Rahim, hingga menyediakan saat, masa dan tempat untuk muslim yang mukmin mengangkat martabat masing masing, pada yang berjaya khusuk pada saat saat itu.
Moga moga saat saat ini akan membantu kita untuk mengebali diri kita sendiri, hingga mampu mengenali Allah.
Kalau Wukuf menyaksikan sekumpulan lautan manusia berhimpun di kawasan lapang mengharapkan keampunan Allah dengan berdoa, berzikir beribadah. Mereka yang sudah pun berpengalaman akan hal ini tahu saat itu, tak henti henti jemaah melihat langit yang tidak berawan. Semua tahu saat itu, Allah Azzawajalla bersama ribuan malaikat turun ke langit dunia. Waktu ini juga Allah lebih dekat dengan hamba Nya. Allah ketika itu membuka pintu langit seluasnya menerima doa umat umatnya. Air mata sesiapa pun yang pernah berpengalam dengan saat wukuf ini, pastinya akan bergenang mengenangkan saat saat ini. Bertuahlah pada yang sudah..
Begitulah perasaan yang sepatutnya hadir ketika mana, kita memburu malam al Qadr. Saat dan masanya, anggaplah ianya berlaku pd setiap malam 10 terakhir di bulan Ramadhan dan paling istimewa adalah malam ini. Malam 27 Ramadhan. Moga kita termasuk dalam senarai Allah..
*27 Ramadhan*
Malam ni malam 27 sedikit istimewa dari malam malam terakhir 10 Ramdhan yang lain. Sampaikan pak sheikh arab panggil malam lailatul qadar, pada mereka malam inilah malam yg lebih baik daripada beribadat seribu bulan.
Indeed, malam inilah malam kalau Masjidil Haram dibuka, lautan manusia padat penuh mengisi segenap ruang di dalamya.
Seperti yang disaran oleh Imam Mahadi, jika puasa bermula malam jumaat, maka Lailatul Qadr akan berlaku pada malam 27.
Tahniah yg telah berusaha semenjak dari dua puluh hari Ramadhan lagi. Moga ada kekuatan pada semua untuk malam ini dan juga hari ini, bangun bertahajjud bermunajat padaNya dan teruskan kesinambungan Al Qadr pd siang harinya pula.
“Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah mlm kemuliaan itu? kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al Qadr: 1-3)
Ayat di atas dah banyak kali saya share dalam penulisan. Ayat satu hingga tiga dalam Surah al Qadr, disebutkan bahawa Lailatulqadar ada lah malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan iaitu bersamaan lebih kurang 83 tahun. Sesiapa sahaja yang beribadah saat itu, dijanjikan akan berpahala beribadah selama 1,000 bulan atau 83 tahun. Malahan ianya lebih baik lagi daripada 1,000 bulan itu. Kalau tak nak lagi tak tahulah apa lagi yang kita nak.
Saya nak sangat sebab saya berdosa tak berhenti. Harap kan, kita jangan lepaskan peluang ini. Jangan risau ada berbaki dua tiga hari lagi. Cuma jangan tak peduli saja.
Walapun, ada disebutkan di dlm hadis sahih tanda akan kemunculan malam terhebat ini seperti hari esoknya yang tidak terlampau panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinaran. INDEED, Tanda tanda ini tidak begitu penting bagi yang benar benar beribadat sepanjang malam.
Yang pasti kita yang rugi besar kalau TAK PEDULI, kerana tidak bermanfaat andai saat tersebut terlepas dengan tanda tanda akan kehadiranya dikenal pasti pada keesokannya.
Walaupun ada juga ulama berpendapat kedatangan Lailatul Qadar bersifat tetap iaitu malam 27 Ramadan, majoriti ulama, termasuk Imam AnNawawi , AsSyafie, berpendapat ia bertukar tukar dan tidak kekal pada satu tarikh.
Tapi berdasarkan satu dalil hadis Al Bukhari, ianya juga kemungkinan besar jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu sama ada pada malam ke-25, 27 atau 29 Ramadan
Rasulullah SAW: “Aku lihat mimpi kamu (sahabat) menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa mencari nya, maka carilah ia ditujuh malam terakhir.” (Bukhari dan Muslim)
Daripada tiga tarikh, malam ke 27 Ramadan adalah paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam.
Tarikh ini dipegang oleh kebanyakan sahabat dan ulama silam, sehinggakan seorang sahabat Ubay Bin Ka’ab RA bersumpah ia adalah malam ke 27 (di zamannya secara khasnya kerana beliau melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya.
Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud yang bermaksud: “Malam al Qadar adalah malam ke-27.”
*Akhir kalam*
Apa apa pun, diharapkan kita sebagai umat islam dapat memanfaatkan di Ramadan kali ini dengan melakukan ibadat penuh keikhlasan dan dapat juga meraih kebaikan malam Qadar yang lebih baik dari seribu bulan...
Check suasana alam pagi ini..
Wallahu’alam
Wassalam
Tulisan: *NCS*
#Ada rujukan pada nota lama.
Wallahu’alam….

Comments
Post a Comment