*Ramadhan 28, Pkp 64*
•RAMADHAN BELUM BER LALU LAGI GUYS!, malam 29 dan malam Raya masih berbaki.

Assalamu’alaikum...

Tinggal malam nanti dan malam esok saja lagi utk kita  melepaskan Ramadhan di dalam PKP buat pertama kalinya pergi..

Tiadalah Ramadhan yang terbaik sebaik ini, meskipun masjid masjid di tutup rapat. Sekurang2 nya untuk saya sekeluarga. Dan saya rasa ramai yang bersetuju. Nak nak ketika menyambut 10 malam terakhir ini, luar biasa rasanya perhimpunan kami sekeluarga mengerjakan takat mampu kami diketika dinihati. Terimakasih Allah kerana memilih kami dan sahabat2 lain dan ahli mereka menjadi ahli ahli pemburu Al Qadr walaupun kami sebenarnya tak layak.

Kini sudah ramai yang mula berbicara nada sendu pergi nya si Ramadhan sehari dua lagi.

Oppps, tunggu dulu. Jangan mainkan “lagu” sendu pergi si Ramadhan lagi. Masih ada berbaki 2 hari - 29 dan 30. Jangan terjebak dgn sendu perpisahan sehingga kita seolah olah beransur tinggal kan amalan amalan ibadah. Apa lagi, terawikh iman dan makmum sendiri sendiri, tiada jemaah menguruskan.
Sebab itulah saya secara peribadi merasakan puasa tahun ini adalah terbaik kerana amalan ibadah kita boleh lakukan sehingga ke rapat penghujungnya. Tidak ada kesibukan membeli belah RAYA, tidak ada sibuk untuk BALIK KAMPUNG.
Khabarnya, selepas kes Kuala Krai, ramai ibu bapa di kampung pun ikut melarang anak2 balik ke kampung.

ALHAMDULILLAH. kalau dulu ketika inilah ramai yg tinggalkan amalan hidup kan malam ( terawikh dan tadaruss), malah acara di dinihari di tinggalkan begitu sahaja, dek shopping sakan dan berebut jalanraya.

HEBAT ALLAH SUSUN UTK KITA.. bersyukurlah!

Di kesempatan yang ada ini, saya nak share sebelum kita semua terlupa tentang apa sebenarnya ada disisi para ulamak di malam raya.

*Menghidupkan malam Raya*

Saya “bertemu” dua hadis yang disahkan dhaif perihal beramal di malam hari raya. Salah satunya:

“Sesiapa yang berqiamulail di dua malam raya dengan ikhlas hati kerna Allah, maka hatinya tidak akan mati pd hari semua hati manusia mati”

Tiada ada hadis pula yang melarang kita menghidup kan malam malam hari raya.
Jadi, kita tidak di larang utk berqiamulail di malam hari raya. Saya bertemu dengan satu nota dari tiga mazhab bicara tentang hal ini.

•Mazhab Shafei.

Imam Shafei berkata, Imam Ibrahim bin Muhammada ada berkata pada kami :
“Aku melihat tokoh tokoh besar ulama Madinah menghadirkan diri di masjid Nabi pada kedua dia malam hari raya. Mereka berdoa dan berzikir hingga berlalu, beberapa masa daripada malam”. Kemudian Imam Al shafei mengulas: saya meng anjurkan semua perkara ini pada malam tersebut tanpa mewakibkannya. Demikian penjelasan beliau dalam kitab Al Um. Imam Nawawi dalam majmuk berkata: As shafei dan Ashan ( gelaran bagi ulama mazhab shafei terawal) menganjukan utk menghidupkan malam hari raya dengan ibadah meski pun hadifnya dhaif. Ini kerna sebagaimana saya jelaskan pada awal kitab, hadis hadis kelebihan ( fadail) selalu di ringankan dan diamalkan meskipun ia lemah”

•Mazhab Hanbali

Menurut Ibnu Rajan al Hanbali, ada dua riwayat dari Iman Ahmad perihal ini.
Satu riwayat, beliau tidak menganjurkan nya kerana ia tidak dilakukan oleh Nabi dan para sahabat. Manakala riwayat kedua pula, beliau menganjurkan kerana ia di lakukan oleh seorang tokoh tabiin - Abdul Rahman bin Yazid bin Aswad. Demikian penjelasan Ibnu Rajab dlm kitab LATAIF AL MA’RIF. Tapi, Mazhab Hanbali yang terkemudian, antaranya imam Ibnu Muflih dalam kitab al Furuk, memilih utk memehak pada pendapat yang kedua.

•MAZHAB HANAFI

Perkara yang sama banyak di lakukan oleh ulama hanafi
Yaitu Imam Alsyurunbulali,  dalam kitab Miraqi Al Falah. Namun menurut beliau solat sunat pd malam hari raya, hendak lah dibuat secara sendirian di rumah. Solat tersebut tidak boleh berjemaah di masjid kerana tak di contoh kan oleh Nabi dan sahabat.

Ada lagi ibadah lain yang boleh di buat selain dari solat sunat. Antaranya takbir  raya. Kita di galakkan untuk sebanyak2nya dimana kita berada. Bukan saja di masjid tapi di rumah juga.

Sebahagian ayat 185 surah Al Baqarah :

“Dan hendaklah kamu ber takbir (mengagungkannya) Allah atas perunjukNya yang diberikan pd kamu supaya kamu bersyukur”

Kebanyakkan ulama berkata sunat bertakbir di malam raya. Tapi Imam Daud Al Zahiri berpendapat wajib bertakbir malam hari raya aidilfitri dan malam aidiadha pula sunat saja bertakbir.
Pastinya, beristighfar, zikir dan berdoa amat dianjurkan.

In shaa Allah, kedua dua malam raya itu adalah saat mustajab untuk berdoa.

Imam Shafei: “ telah sampai kepada kami bahawa doa di makbulkan pd lima malam:
Malam jumaat, malam Adil Adha, malam Aidil Fitri, malam pertama bulan rejab dan malam nisfu syaaban”

*Akhir kalam..*

Semoga ada manafaat. Moga nya juga kita semua tidak terasa sudah selesai kerja kerja ibadah di hujung dua hari ini. Mungkin ada yang terasa penat selepas berburu sejak malam 20 Ramadhan lagi, tahan dikit jer lagi. Masih ada fadhilat nya dua malam terakhir ini. Apa lagi masih dalam PKP, tidak kemana pun kita..

Rasanya, dari perkongsian di atas, tradisi salaf yang menghidupkan malam raya dengan ibadah perlu di ada kan semula. Jangan kita pula terikut dengan hari raya dari kaca mata barat, tiada roh ibadat hanya ritual dan berhibur saja. Sama sama kita bezakan supaya image Islam tak rosak..

Malah, malam 29 masih ada possibility menjadi malam Al Qadr, meskipun sinaran matahari pagi 27 Ramadhan hebat menandakan malam nya adalah malam Al Qadr.

Teruskan beribadah selagi hidup, kerana kita tak renti berdosa, moga ada yang akan bantu ketika di alam barzakh dan mashar nanti.

Wallahu’alam
Wassalam..

Tulisan : *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S