*Ramadhan.20,PKP.57*
- Akhirnya: Diari 10 Hari Terakhir Ramadhan 1411 H.
Assalamu’alaikum..
“Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir Ramadan dlm malam ganjil.” - Muhammad Saw.
Akhirnya, tiba lah malam 20, dan pagi ini adalah pagi 20 Ramadhan. Malam tadi, secara rasmi, bermulalah “pemburuan” kita semua, tanpa mengira siapa kita, yang pasti jangan putus asa. Biar apa yg hendak dikata, yang penting kita berusaha.
Kita pun sedar diri, siapa kah kita nak ditemukan malam mulia ini tapi kita tidak pernah putus asa dengan rahmat Allah. Teruskanlah usaha usaha mencari saat malam al Qadr.
Alhamdulillah. Dah dua pagi, kami sekeluarga sudah mula “panas”kan aktiviti iktikaf di rumah, dan dinihari tadi ada lah yang pertama dari 10 malam yang terakhir. Buat julung julung kalinya, saya bersama ahli ahli saya akan berusaha melakukanya bersama sama di sepuluh malam terakhir ini. Kalau tiada ada PKP, belum tentu kami dapat beribadah sama sama seperti ini. Sudah lah selesa dengan masa, dapat pula melakukanya bersama ahli tersayang. Semoga para sahabat sahabiah saudara mara semua tak lepaskan peluang seumur hidup ini berlalu begitu saja.
Walaupun tidak berada di barisan yang layak untuk di terima sebagai ahli Lailatul Qadr tapi saya berpesan kepada anak anak dan isteri, bukan kerja kita untuk hakim kan siapa kita untuk itu tapi kerja kita adalah berusaha. Saya tidak mahu terlepas peluang sekali ini, kerana kalau dulu, perlu masa utk kejut anak anak, naik kereta ke masjid, kalau lewat akan terlepas acara dinihari di masjid atau surau. Kali ini tidak, tempatnya hanyalah diruang tamu rumah.
“Orang rumah” mungkin kena bangun awal sedikit kerana perlu persiapkan makanan sahur, sekitar jam 345 pagi.
Jam 415, anak anak mula dikejutkan. Bersih diri dan wudhu’, kemudian solat sunat wudhu’. Jam 430 berkumpul di ruang dan pasang niat iktikaf. Lepas tu, masing2 membaca surah al imran ayat 191 - 200.
Rasulullah saw membaca 10 ayat terakhir surah Ali Imran selepas bangun dr tidurnya. Adalah baik untuk setiap muslim menteladani apa yang dicontohkan Nabi ketika hendak mulakan acara dinihari. Ini adalah usaha untuk memuliakan dan juga menghidupkan sunnah Nabi saw.
Daripada Ibnu Abbas ra, dia mengkhabarkan bahawa dia pernah bermalam di rumah Maimunah isteri Nabi saw (ibu saudaranya). “Lalu aku tidur meletakkan kepala di tepi bantal, Rasulullah dan isterinya berada di tengah2 bantal. Kemudian Rasulullah tidur hingga ketika tengah malam (atau setelah tengah malam lewat sedikit). Nabi bangun lalu duduk sambil mengusap bekas kesan tidur di mukanya. Kemudian, membaca 10 ayat terakhir surah Ali Imran sehingga selesai.” (Hadis Riwayat al Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah.)
Selepas itu, barulah kami mulakan dengan solat sunat taubat dua rakaat. Syukur, Alhamdulillah, hati terasa syahdu mengimani anak anak dan isteri dalam suasana dinihari penuh syahdu, memohon Allah ampunkan kami dan moha kami diberikan taubat nasuha sebelum Izrail menjemput kami. Esakan anak anak terdengar dalam samar samar dinihari di ruang tamu. Untuk saya diri sendiri memang berlelehan air mata kenang diri dahlah yang paling tua, paling banyak dosa pula.
Semasa sujud terakhir pada rakaat yang kedua sebelum duduk Tahiyyat Akhir, kami baca Tasbih dibawah 40 kali:
لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبْحَٰنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ
“Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk drpd golongan orang yang aniaya (zalim)”
Kemudian diikuti, solat tahajjud dua atau empat rakaat bergantung pada masa. Ketika inilah dipohon pula Allah anugerah dari segenap penjuru diberikan cahayaNya kepada kita. Sehinggalah cahaya pada penglihatan, pendengaran, lisan dan hati. Semoga cahaya ini membantu kami menelurusi kehidupan di alam fana’ dan juga dalam perjalanan menuju alam baqa.
Dan terakhirnya, solat sunat hajat, mohon semoga kami sekeluarga di pertemu kan semuanya di syurga suatu hari nanti. Itulah : ultimate dream of every muslim. Juga mohon anak anak diberikan karier yang baik dalam hidup dan setiap title dalam kerier mereka akan berhujung kan - “ yang beriman pada Allah ”
Jam 515 pagi, kami akan berhenti untuk makan sahur. Alhamdulillah, moga semua nya akan diterima Allah.
Saya mungkin dikatakan riya’ atau sum’ah kerana bercerita semua ini, tak pe itu adalah rahsia antara saya dan Allah. Tidak perlu cuba nak meneka, tapi sahabat sahabiah di luar sana, jom lah ikut aktiviti ini kerana kalau insan sehina saya disisi Allah ni pun mampu kejutkan ahli ahli keluarga saya untuk menghidupkan malam 10 terakhir ramadhan ini, tuan puan yang lebih mulia pasti lebih hebat dapat melakukanya. Tahniah pada yang saban tahun melakukannya, dan pada yang belum, jangan risau untuk mencuba. Allah suka dan sayang kita, teruskan.
Buatlah kerana ini juga ada lah sunnah nabi saw.
” Nabi saw bila masuknya hari 10 terakhir Ramadhan, Baginda akan mengetatkan kain, menghidupkan malam tersebut dan mengejutkan ahli keluarganya (untuk turut menghidupkan malam).”
Riwayat alBukhari (2024)
Kita sayang Allah; maka, kita ikut Nabi saw..
*Akhir kalam..*
Bukan senang juga nak buat perkara dihujung sepuluh hari Ramadhan ini, tapi cari lah kekuatan untuk buat ini semua disebalik iman tuan puan. In shaa Allah, akan hadir kekuatan itu..
Jangan sampai pagi hari esok nya kita melihat juga merasai satu suasana yang kita tidak pernah dan rasa sebelumnya tapi malamnya kita lena dalam pelukan malam tanpa menghidupkan malam malam tersebut..
“Sesungguhnya Nabi saw bersabda tentang tanda tanda Lailatul Qadr: “Malam yang mudah, indah, tidak (berudara) panas mau pun dingin, matahari terbit (di pagi harinya) dengan cahaya kemerahmerahan (tidak terik)”
Siapalah kita untuk bertemu dgn lailatul Qadr tapi Allah tahu usaha kita itu, mungkin usaha itu cukup untuk insan selemah kita.
Yang penting buat, jangan tidak!
Wallahu’alam
Wassalam
Penulis: *NCS*

Comments
Post a Comment