*Ramadhan21.PKP58*
- 9 Hari Lagi Syawal, Hari Raya Sehari Sahaja.

Assalamu’alaikum..

Hanya berbaki 9 hari saja lagi, sebelum hariraya yang bakal menempa hari ini dalam sejarah tamadun manusia moden. Berhari raya dalam Perintah Kawalan Pergerakan.

Balik kampung sudah tiada lagi. Kita tunggu adakah lagu yang satu satunya tiada perkataan Hari Raya dalam senikatanya nyanyian Arwah Sudirman akan diputar atau tidak. Open House sah tidak akan ada yang berani.

“ Tidak ada open house. Perkara ini adalah terlarang dibawah Akta 342. Rumah terbuka tidak dibenarkan,"
Kata Pak Menteri Kanan (Keselamatan).

Berhari raya pula hanya sehari. Memang lah Allah susun semua ini, mengikut fitrah azali hari raya puasa.

Kalau kita rujuk pada takbir raya untuk raya aidilfitri...

“Takbir hari raya aidulfitri
 bermula sejak maghrib malam 1 syawal sampai selesai solat sunat Eid”

Ibn Abi Syaibah meriwayat kan bahwa Nabi saw keluar rumah menuju lapangan solat kemudian bertakbir hingga tiba di lapangan itu. Beliau tetap bertakbir hinggalah solat  selesai. Setelah menyelesai kan solat, baginda hentikan takbir. - (Ibn Abi Syaibah)

Yang pentingnya kita cukup kan puasa. Dan puasa itu pula bukan puasa sekadar lapar dan dahaga. Puasa yg lebih dari itu, puasa yang penuh dengan “roh” puasa.
Carilah apa erti “roh” puasa.

Allah berfirman: “ Hendak lah kamu mencukupkan bilangannya (puasa) dan hendaklah kamu agagung kan Allah (bertakbir) atas petunjuk Nya yang diberikan kepadamu.” (Baqarah: 185)

Benar benar SI COVID 19 dihadirkanNya mengajar kita banyak untuk kembali ke Fitrah manusia yang sememangnya semakin mudah mengutamakan  urusan dunia, hinggakan urusan beribadat pada Allah hanya dibuat ala kadar demi untuk mengcukup waktu waktu saja, bukan dibuat dgn “roh” ibadah itu sendiri.

Sampai sudah kita akan hanya memuja kemenangan Muslim dalam perang Badar, bukan kita tidak tahu bagai mana Nabi saw dan juga para sahabat boleh menang dalam ketika nisba memihak pada kafir 1:3. Tapi kita buat tidak tahu kerana kita lebih terkesima melihat hebatnya musuh Allah menguasai dunia.

Saya sendiri mengalaminya sehari dua baru baru ini. Bila sukan golf dibuka, saya juga ambil kesempatan riadhah. Selepas 50 hari dan 5 waktu saya dan keluarga “never miss” berjemaah dalam waktu aula, cukup lengkap wirid dan zikir. Terasa hati tenang dan bersih. Tapi bila nak pastikan saya dapat masuk jalan kaki riadhah Golf awal dan membolehkan balik awal, saya tinggalkan ahli saya berjemaah sesama mereka dan saya pula kena berjemaah dgn rakan golf di surau kelab (social distance di patuhi). Tapi jauhlah nilai solatnya dibandingkan yang dibuat di rumah kerana yang di kelab sudah dalam kelam kabut sebab hend ak kejar waktu. Itu baru sedikit urusan dunia.

Astaghfirullah. Ya Allah ampunkan saya..

Allahuakbar. Jauh benar dah kita nenyimpang dari apa yg Allah nak kita jadi ketika di atas bumi ini.

Jadi untuk raya tahun ini, hari raya cuma sehari saja - 1 Syawal. Itulah hakikatnya, orang kita je nak ber'raya' sampai sebulan. Berkira sangat sebab dah puasa sebulan, jadi raya pun nak sebulan. Allahuakbar.

Teringat pulak saat beraya di Madinah tahun lepas, memang sehari saja. Untuk kami, inilah syawal kedua kami beraya 1 syawal saja.

Teruskan apa yang dah di buat ketika Ramadhan kerana kali tiada lagi majlis  makan2, boleh sambung puasa enam lagi. Teruskan bersederhana. Kekal patuh  syariah selepas sebulan  membuat pahala dengan bermacam aktiviti tadarus dan terawih.

Kalau selalunya, asal syawal jer, jalan raya akan sesak dengan kenderaan yang nak pergi open house. Tunggu situasi syawal tahun ini.

*Akhir kalam..*

Raya tahun ini, tiada istilah baju raya, kasut raya, dan kuih raya; hatta, hari raya pertama, raya kedua, raya ketiga dan seterusnya. Kali ini, Bulan Syawal ialah untuk diteruskan kesederhanaan yang diamalkan sepanjang Ramadan. Raya hanya pada 1 Syawal sahaja.

Indeed, hari raya ni, bukan gembira kerana dapat lari dari larangan makan dan minum siang hari tapi kegembiraan dan rasa syukur kerana dapat tunaikan perintah Allah.

Umat Islam kena ikuti jejak langkah sunah dianjurkan Rasulullah, antara sunah nabi ketika hari raya ialah sentiasa mengagungkan Allah dengan ungkapan takbir, tasbih dan tahmid.

Kali ini kita berpeluang untuk lakukan, jangan lepas peluang sekali seumur hidup ini..

Sambutlah Syawal nanti  dengan penuh kesyukuran supaya nikmat dariNya  berterusan...

“Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu..”

Wallahu’alam
Wassalam

Penulis Picisan: *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S