Tazkirah
4 Kelebihan Puasa Enam
Syawwal
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله و آله وصحبه وسلم. وبعد
PERGINYA bulan Ramadhan tidak bermakna berakhir sudah ibadah yang dikejarkan pada bulan mulia itu, tetapi kesinambungannya adalah berterusan pada bulan Syawwal pula.
Puasa enam atau puasa sunat selepas Ramadhan adalah puasa yang disambut selama enam hari pada bulan Syawwal.
Hukumnnya adalah sunat muakkad yang dianjurkan, ianya bukanlah wajib. Namun, fadhilat dan kelebihan mengerjakan puasa enam ini adalah sangat besar dan istimewa.
Terdapat 4 kelebihannya iaitu :
Pertama : Ganjaran Pahala Berpuasa Setahun
Jika puasa di bulan Ramadan, Rasulullah Sallallaahu 'alaihi wasallam menjanjikan pengampunan dosa yang lampau, maka dengan melengkapkan puasa enam hari dalam bulan Syawwal pahalanya sama seperti berpuasa setahun. Seperti yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub radhiallaahu anhu bahawa Rasulullah Sallallaahu 'alaihi wasallam bersabda maksudnya :
“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, bererti dia telah berpuasa setahun penuh.”
(Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, at-Tirmidzi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah)
An Nabi Sallallaahu 'alaihi wasallam menjelaskan bahawa puasa enam hari pada bulan Syawwal, pahalanya sama seperti puasa penuh setahun dengan syarat, telah kita melengkapkan puasa sebulan Ramadhan.
Kedua : Melengkapkan Kekurangan Puasa Ramadhan
Al-Hafiz Ibnu Rajab rahimahullah berkata, puasa enam hari di bulan Syawwal akan melengkapkan kekurangan dan kecacatan yang terdapat sewaktu melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadjan.
Selain itu, terdapat beberapa pandangan ulama dari mazhab al- Syafi’e antaranya Imam Nawawi rahimahullah, berpendapat seseorang yang telah lengkap berpuasa Ramadhan perlu menyambung puasanya (enam hari bulan Syawal) secara serta-merta dan berturut-turut setelah merayakan 'Iidilfitri.
Ini adalah untuk mencantikkan lagi puasa Ramadhan yang lepas. Jika di kerjakan tidak berturutan tetap diterima selagi ianya dikerjakan dibulan Syawwal
Ketiga : Supaya Manusia Tidak Lupa Melaksanakan Puasa Sunat Lain
Dengan mensyariatkan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawwal, umat Islam akan terlatih untuk meneruskan puasa sunat yang lain.
Kemungkinan umat Islam akan terlupa untuk meneruskan ibadah puasa sunat lain setelah menyambut 'Iidilfitri.
Oleh itu, melalui puasa sunat enam Syawwal sekurang-kurangnya mengingatkan kepada umat Islam untuk terus berpuasa, tidak semata-mata menunggu kedatangan Ramadhan sahaja untuk berpuasa.
Keempat : Mendidik Diri Supaya Bersederhana Dalam Menyambut 'Iidil Fitri
'Iidil Fitri diraikan sebagai tanda kemenangan menempuhi Ramadhan yang lalu. Namun itu tidak bermakna umat Islam harus meraikannya sehingga sebulan penuh dalam bulan Syawwal itu.
Sebaiknya, puasa sunat Syawwal sudah pun dimulai pada 2 Syawal dan dilakukan secara berturut-turut atau tidak berturut. Hal ini menunjukkan kita tidak terlalu berlebihan dalam berhari raya dan lebih mengutamakan kelebihan dan ganjaran dalam bulan Syawwal itu.
Oleh itu, puasa sunat enam pada bulan Syawwal adalah keutamaan selepas berpuasa di bulan Ramadhan. Dengan itu, ibadah ini sebaiknya dilakukan dengan segera dan lebih afdhal secara berterusan atau berselang.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Surah Ali Imran ayat 133)
Namun, bagi golongan wanita yang meninggalkan puasa Ramadhan atas sebab datang haidh sebaiknya menggantikan puasa Ramadhan sebelum berpuasa sunat.
Jumhur ulama berpendapat, seseorang yang meninggalkan puasa Ramadhan seelok-eloknya menggantikan puasa itu terlebih dahulu sebelum meneruskan puasa enam hari bulan Syawal.
Semoga segala ibadah kita sentiasa diterima oleh Allah.
والله أعلم
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد أن لا إله إلا أنت أستغفرك وأتوب إليك
وصلى الله على نبينا محمد و آله وصحبه وسلم

Comments
Post a Comment