*Ketika Memasuki Pkp ke 90*
•*Bicara Pagi:*BerDoa untuk perkara yang kecil dan remeh?*
Assalamu’alaikum...
Akhirnya tiba ke angka keramat ini, 90 hari dalam sejarah. Namun, suasana di luar sana seolah olah sudah tiada lagi corona virus ini. Apa apa pun kekalkan sikap berhati hati kerana itu adalah sebahagian dari sifat seorang muslim yang mukmin.
Hari hujung minggu semalam, agak lumayan kerana merentas ke negeri Sembilan sehingga ke Kelab Golf Serimas menyantuni rakan rakan Golf di sana. Alhamdulillah. Surau kelab yang cantik di rumah kelab di buka, dapatlah berjemaah zohor dan asar bersama teman teman dengan sempurna. Kedengaran azan dari masjd terdekat masjid Quarters KLIA yang tersergam indah sayup sayup memanggil ketika waktu maghrib tapi masih belum boleh solat di sana. Terasa kesayuannya. Akhirnya, maghrib kami di sempurnakan berjemaah bersama rakan rakan di surau Kelab Serimas. Sekeping doa yang masih kekal seusai setiap kali solat adalah:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَسَيِّئِ الأَسْقَامِ مِثْلَ.Coronavirus
“Ya Allah aku berlindung kepadamu dari penyakit belang, gila dan kusta, serta penyakit lain yg mengerikan, seperti virus corona.”
Walaubagimanapun, dalam urusan seperti ini, Islam menganjurkan kita untuk seimbang, antara berdoa dan berusaha jaga kesehatan. Kekalkan SOP. Jangan dah “terhantuk” pula baru mengadah.
Apa2 pun, terimakasih ya Alllah atas anugerah indah seawal memasuki hari ke 90 di kelab Golf Serimas semalam. Akhirnnya, tiba di rumah jam 845 malam ketika anak dan isteri sedang berjemaah isya’ dan sempat jadi makmum masbuk. Malam hari 90 PkP malam tadi di tutup dengan Al Mulk dan membaca penutup ayat juzuk ke 19. Surah an Naml dari ayat 36 ke ayat 55. Barisan ayat yang ditinggal anak anak dan isteri pada saya kerana saya tiada ketika meraka bertadarus seusai asar petangnya. Alhamdulillah. Dapat juga 20 ayat malam tadi bertadarus sambil di perhatikan bacaan oleh isteri. Sekali lagi terimakasih ya Allah atas segala anugerah nikmat yang baik baik semuanya.
Untuk pagi ini, saya ingin kongsikan perihal kita yang sering berdoa meminta dengan Allah walaupun dalam hal hal yang remeh. Ini adalah bahan bacaan saya sebelum tidur malam tadi.
*BerDoa untuk perkara yang kecil dan remeh?*
Diriwayatkan Rasulullah SAW pernah bersabda: “Hendaklah kalian berdoa dan meminta kepada Allah SWT segala hajatnya, hatta jika ingin meminta garam atau tali kasutnya apabila ia terputus.” - Tirmizi (3604)
Syeikh alMubarakfuri sewaktu mensyarahkan hadith ini -
“milik Allah lah seluruh khazanah kekayaan, dan tiada Pemberi selain Nya; maka mintalah apa sahaja dari Nya hatta perkara perkara yang ringan, kecil dan remeh. Sesungguhnya jika Allah tak memudahkan suatu urusan, nescaya ia tak akan menjadi mudah untuk kita mendapatkan nya.
Hakikatnya, segala apa yang diperolehi di dunia datang dari Allah SWT.
Dalam sebuah hadits qudsi, Allah SWT berfirman:
“Wahai hamba Ku, kalian semua kelaparan, kecuali orang yang Aku berikan makan. Maka mintalah makan kepadaku, niscaya aku akan berikan. Wahai hamba Ku, kalian semua tidak berpakaian, kecuali yang aku berikan pakaian, Maka mintalah pakaian kepada Ku, niscaya akan aku berikan” - Sahih Muslim (2577).
Menurut Imam Ibn Rejab al Hanbali, hadith ini menjadi dalil bahawa Allah suka akan hamba Nya yang meminta segala permintaan yang berkaitan dengan maslahah baik ukhrawi dan duniawi, sebagaimana berdoa supaya dikurniakan hidayah dan petunjuk.
Sewaktu berdoa, sebenarnya kita sedang menzahirkan rasa yang kita bergantungan dan betapa perlunya kepada Allah SWT.
Allah SWT lah mencipta dan memberikan rezeki, maka pada siapa lagi yang berhak untuk kita minta segala hajat dan keperluan?
Kesimpulan;
Berdoa perkara perkara yang kecil dan remeh kepada Allah SWT bukan setakat dibolehkan, bahkan ia sebenarnya satu anjuran yang dipesan oleh Nabi SAW kepada umat Baginda.
Permintaan kita kepada Allah hatta dalam sekecil perkara menunjukkan betapa pergantungan kita kepada Nya. Sebagai hamba, kita sebenar nya tidak akan pernah mampu berlepas diri dari Allah hatta sesaat, dan akan sentiasa memerlukan pertolongan dan ‘inayah dari Nya.
*Akhirul kalam..*
Jangan berhenti berdoa dan berusaha. Biar seiring, dan sempena hari ke 90 pkp hari ini, marilah kita terus bersabar dan jangan sia sia kan kesabaran kita selama ini.
Renungilah firman Allah SWT:
“Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan)”- al-‘Alaq (6-8)
Peringatan agar tidak sesekali merasa cukup daripada berdoa dan meminta kepada Allah SWT, kerana akhirnya, kepada Allah jualah kembalinya segala perkara dan urusan.
Wallahu a’lam.
Wassalam
Written & Edited by : *NCS*
#MaterialFromALKAFI1308

Comments
Post a Comment