#Perkongsian Nota Kuliah (  )

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 24 Jun  2020 / 3 Zulkaedah 1441H (Rabu).

Ustaz Dr Abd Rahman

Tajuk: Peribadi Unggul Ummu Sulaim binti Milham dan Abu Talha


●Pendahuluan

-Ummu Sulaim mempamirkan kesabaran, ketenangan dan ketabahan yang luar biasa.

-Ummu Sulaim adalah wanita solehah yang mempunyai keperibadian unggul dan menjadi idola kepada wanita Islam semenjak zaman Nabi saw sehingga ke hari ini.

-Beliau adalah ibu kepada Saidina Anas bin Malik ra. Abdul Talha ialah seorang kaya dan berkahwin dengan Ummu Sulaim. Ummu Sulaim binti Milhan juga dikenali sebagai Ar-Rumaishaa.

-Beliau bersama suaminya, Abu Talha merupakan ikon unggul dalam kehidupan rumahtangga muslim dan kegigihan berjuang membantu Nabi saw menegakkan Islam.

-Sebelum berkahwin dengan Abu Talha, Ummu Sulaim berkahwin dengan seorang bernama Malik bin An Nadhr iaitu bapa Anas bin Malik. Ketika itu ia belum lagi memeluk Islam.

-Kemudiannya, Ummu Sulaim telah memeluk Islam bersama-sama kaumnya.

-Semasa ia memeluk Islam suaminya tidak lagi memeluk Islam. Pada satu hari, suaminya Malik bin An-Nadr balik ke rumah dan ia dengar isterinya mengucap syahadat.

-Maka kerana itulah ia marah, lalu keluar daripada rumah. Kemudian ia berjumpa musuh lamanya lalu mereka berlawan pedang. Akhirnya Malik bin An-Nadr terbunuh.

-Bila Ummu Sulaim mengetahui bahawa suaminya telah mati maka ia menyatakan bahawa ia tidak akan berkahwin selagi anaknya Annas bin Malik ra tidak lepas menyusu.

-Maka kemudiannya Ummu Sulaim membesarkan Anas bin Malik ra sendirian. Ketika Anas bin Malik ra masih kecil dan baru saja boleh bertutur, ia telah melafazkan kalimah syahadah.

-Ummu Sulaim berjaya mendidik Annas bin Malik ra menjadi seorang yang bertakwa dan berilmu. Beliau amat cekal dalam menghadapi cabaran dan memegang kukuh ajaran Islam.

-Pada ketika Nabi saw berhijrah ke Madinah, Anas bin Malik ra berumur 10 tahun. Ummu Sulaim berkata kepada Nabi saw:
“Kebanyakan kaum Ansar lelaki dan perempuan, menghadiahkan sesuatu kepada tuan. Saya tidak punya apa-apa selain anak lelaki ini. Ambillah dia sebagai budak suruhan, supaya dia berkhidmat dan belajar dari tuan.”

-Ummu Sulaim inginkan sangat untuk anaknya Anas bin Malik ra menjadi sebaik-baik manusia. Dengan kesungguhan ibunya dan doa Nabi saw, Anas bin Malik ra telah menjadi seorang alim yang banyak meriwayatkan hadis dan memberi fatwa.

-Bila mana Anas bin Malik ra telah meningkat dewasa, Abu Talha yang merupakan seorang kaya datang melamar ibunya. Abu Talha menawarkan mahar yang banyak, untuk menarik perhatian Ummu Sulaim.

-Pada masa itu Abu Talha masih lagi belum Islam. Namun lamaran itu ditolak oleh Ummu Sulaim dengan kata-kata yang indah.

-Ummu Sulaim menyatakan bahawa ia  tidak sanggup kahwin dengan lelaki musyrik. Kamu menyembah Allah dan kemudian menyembah berhala. Lalu Ummu Sulaim berkata: “Tidakkah kamu mengetahui bahawa sembahan kamu itu adalah yang direka. Maka tidakkah bila dinyalakan api maka terbakarlah ia.”

-Abu Talha kemudian ia balik dengan dada yang sempit. Selepas itu Abu Talha berfikir dan ia rasa mungkin ia perlu bawa mahar yang lebih besar untuk memikat Ummu Sulaim.  Maka kemudiannya Abu Talha kembali melamar Ummu Sulaim.

-Maka Ummu Sulaim berkata: “Wahai Abu Talha, Demi Allah orang seperti kamu tidak patut ditolak. Bagaimana pun bagaiman boleh aku menjadi isteri mu kerana engkau masih kufur. Kau masih menyembah batu dan kayu. Aku tidak mengharapkan mahar yang tinggi. Aku hanya menerima mu setelah engkau memeluk Islam. Memadai keIslaman mu menjadi mahar paling mahal.”

-Abu Talha kemudiannya balik dan beliau berfikir lebih banyak dan mendalam tentang ketuhanan. Maka semasa ia memikirkan pegangan agamanya, ia kemudian mendapat hidayah daripada Allah. Maka selepas itu beliau kembali berjumpa Ummu Sulaim dan ia nyatakan bahawa ia berhajat untuk memeluk Islam.

-Lalu kemudiaanya Ummu Sulaim membawa Abu Talha kepada Nabi saw. Dinyatakan kepadanya, “Abu Talha datang kepada kamu sedangkan cahaya ada diantara dua matanya.”

-Maka kemudian Abu Talhah telah dikahwinkan dengan Ummu Sulaim oleh Annas bin Malik ra. Mas kahwinnya adalah Islam.

-Berita perkahwinan itu telah tersebar luas di kalangan masyarakat. Keperibadian unggul Ummu Sulaim telah membantu menyebarkan kefahaman dan kebaikan Islam kepada orang ramai. Beliau tidak berkeinginan kepada mahar walau pun sebenarnya Abu Talha boleh sahaja memberi jika dikehendaki. Jelaslah bahawa kasih dan sayang Ummu Sulaim hanyalah untuk Islam.

-Sementara itu, kata-kata hikmah Ummu Sulaim telah menyedarkan Abu Talha bahawa berhala yang disembahnya tidak mempunyai apa-apa dan akhirnya memeluk Islam dengan hidayah Allah.

-Sabda Nabi saw:
“Pada satu hari aku masuk syurga dan aku dengar bunyi tapak kaki. Maka Nabi saw terdengar bahawa ia adalah bunyi tapak kaki  Umaisah bin Sulaim iaitu nama sebenar Ummu Sulaim.”

-Jadi, walau pun Ummu Sulaim belum meninggal lagi ia telah dinyatakan oleh Nabi saw bahawa ia ahli syurga.

-Perkahwinan Ummu Sulaim dan Abu Talha telah dikurniakan anak lelaki bernama Abu Umair.

Kisah Kematian Anak Ummu Sulaim dan Abu Talha:

-Pada suatu hari, anak kepada Ummu Sulaim dan Abu Talha telah jatuh sakit. Ketika Abu Talha keluar daripada rumah untuk menjalankan tugasnya, takdir Allah SWT anaknya itu telah meninggal dunia.

-Air mata Ummu Sulaim tidak dapat dibendung, namun beliau tetap tabah meski pun hatinya sedih dengan kematian anaknya itu.

-Ummu Sulaim tidak mahu suaminya berasa berdukacita. Lalu beliau berpesan kepada keluarganya supaya tidak memberitahu suaminya tentang kematian si anak kecuali dia sendiri yang memberitahunya.

-Ummu Sulaim tenangnya dalam menerima ujian Allah SWT. Dengan penuh ketabahan dan kesabaran, Ummu Sulaim sendirian menguruskan jenazah anaknya Abu Umair yang telah terkujur kaku.

-Ummu Sulaim tabah bahkan dia masih lagi sempat menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri ketika suaminya pulang ke rumah.

-Setelah semuanya selesai, hari mulai gelap dan ketika itu jugalah Abu Talha tiba di rumah. Ketika suaminya bertanyakan mengenai anak mereka, Ummu Sulaim hanya menjawab;
“Dia berada dalam keadaan yang sangat tenang.”
Tanpa curiga sedikit pun, Abu Thalha menganggap bahawa putera kesayangannya itu telah sembuh dan sedang beristirahat.

-Manakala Ummu Sulaim pula menyiapkan makanan untuk suaminya yang baru pulang itu. Dengan segera, si suami terus memakan hidangan yang telah disediakan untuknya.

-Annas bin Malik ra menyatakan bahawa pada malam itu juga, Ummu Sulaim telah bersolek untuk suaminya dan menjadi wanita yang sangat cantik pada malam itu. Ummu Sulaim juga telah melayani suaminya sebaik mungkin seolah-olah malam itu adalah malam pertama buat kedua-duanya.

-Selepas selesai mereka 'bersama' Ummu Sulaim bertanya kepada suaminya; “Wahai Abu Talha, bagaimana pendapat mu mengenai suatu kaum yang dipinjamkan harta, namun ketika sang pemilik hendak mengambil hartanya kembali, kaum itu lalu enggan mengembalikannya?”
Abu Talha pun menjawab; “Tidak sepatutnya mereka berbuat demikian, sesungguhnya pinjaman harus dikembalikan kepada pemiliknya.”
Lalu Ummu Sulaim berkata, “Begitulah yang terjadi pada kita wahai suami ku. Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan pinjaman seorang anak lelaki kepada kita, namun Allah mengambilnya kembali daripada pelukan kita.”

-Khabar itu umpama petir yang menyambar kepala Abu Talhah. Rasa sedih dan marah bercampur aduk dalam hatinya lantas dia berkata; “Mengapa kamu tidak memberitahu terlebih dahulu hal ini sebelum aku menggauli mu?”

-Keesokan harinya, Abu Talha keluar dan solat bersama Nabi saw. Selesai sahaja solat, Abu Talhah segera mendekati Baginda saw dan menceritakan apa yang terjadi kepada keluarganya.

-Nabi saw kemudiannya berdoa, “Semoga Allah memberkati kamu berdua dalam menjalani malam kamu tadi.”

-Dengan izinNya, doa Nabi saw dimakbulkan Allah SWT. Ummu Sulaim hamil dan kemudian mereka dikurniakan seorang anak dan dinamakan sebagai Abdullah bin Abi Talha.

-Annas bin Malik ra membawa anak yang dilahirkan oleh ibunya kepada Nabi saw lalu Nabi saw mengunyah kurma najwa dan kemudian memasukkan ke dalam mulut bayi (tahnik).

-Abdullah kemudiannya dikurniakan 9 orang anak yang kesemuanya menjadi al-quran yang hebat.

-Bila turun ayat berkaitan infaq harta: “Kamu tidak mendapat kebaikan melainkan kamu menginfaq apa yang kamu suka” maka Abu Talha berjumpa dengan Nabi saw untuk menginfaqkan hartanya. Nabi saw nyatakan baiknya sikapnya. Lalu ia beri hartanya kepada kaum kerabatnya

KESIMPULAN:

Apakah pengajaran daripada sirah Ummu Sulaim dan Abu Talha:

 i. Ummu Sulaim adalah seorang yang hebat. Ia dapat membawa seorang yang kufur memeluk Islam. Abu Talha telah meninggalkan kekufurannya semata-mata mengharapkan kehidupan yang diredai Allah.

ii. Ummu Sulaim tidak terkesan dengan kedunian dan materialistik. Ia menolak mahar perkahwinan yang berbentuk harta benda.

iii. Kebahagian rumah tangga Ummu Sulaim dan Abu Talha diasaskan dengan ketaqwaan sepenuhnya kepada Allah.

iv. Ketabahan Ummu Sulaim.
-Beliau tidak terus memberitahu kematian anak kepada suaminya. Selepas suaminya tenang dan selesai bersama barulah ia memberitahu kematian anak. Ketabahannya menghadapi kematian anaknya amat menakjubkan.

v) Pengorbanan Ummu Sulaim dan Abu Talha yang diikhlaskan untuk Islam tidak disia-siakan oleh Allah. Mereka telah dikurniakan anak-anak yang kuat ilmu al-qurannya.


●Penutup

Demi jiwa-jiwa yang kembali suci,
Demi hati yang kini putih-fitri,
Demi Takbir yang menggema di langit Ilahi.
Semoga *kemenangan* ini menjadi hakiki.

《May Allah give us ability to practice what had been said/written》

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S