*PKP 91* - Dinihari bersama Si Pendosa yang tahu dia berdosa: *Tangisan Dan Menangislah...*
Assalamu’alaikum...
Salam kedinginan pagi penuh syahdu, seawal dinihari sepertiga malam ini, kalau diamati seolah olah terdengar suara alam seperti cengkerik sedang berkumandang berdendang menggetar hati hati yang sedang menangis ketika ini, menangis takutkan pada azab dan ancaman Allah. Mudah2an airmata itu akan menjadi saksi pada semua perbuatan baik mereka seterus nya mengangkat martabat kedudukan mereka disisi penduduk langit.
Dan kita yang kurang berupaya ini, seeloknya cuba lah meniru sekali sekala gaya hidup sebegini kalau tak setiap hari pun mungkin boleh sekali sahaja seminggu. Mudah2an ada juga tersisa kebaikan untuk kita raih disana nanti.
Untuk seawal pagi sebigini, izinkan saya berkongsi rasa mengenai tangisan dan inilah satu bahan datang dari hati seorang pendosa yang tahu dia berdosa. Ianya ter”inspired” dari bahan bacaan dan ceramah ceramah yang di dengari selaku penuntut yang tegar pada kuliah kuliah maghrib ketika sebelum adanya PkP.
*Tangisan & Menangislah Sekarang*
Pagi sebening begini, ingin aku bicarakan tentang tangisan. Kehidupan itu sinonim dengan tangisan. Kita mulakan kehidupan kita dulu pun walaupun ketika itu kita tidak sedar dengan tangisan. Kemudian, kita di iringi kedewasaan kita dengan ujian dan tangisan. Dan pastinya, kematian kita juga nanti akan diringi satu tangisan.
Sedar tak sedar, tahu dan tak tahu, kekadang airmata adalah penawar duka dan penyubur hati. Ramai yang tahu tapi ramai juga yang tak peduli, setitis air mata putus asa cintakan dunia sama seperti air kotor di perlimbahan. Namun, setitis air mata takutkan ancaman Allah persis permata yang indah.
Perhuni syurga adalah mereka yang berdukacita di dunia hanya kerana bimbang akan nasib nya di akhirat - syurga atau neraka. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang dan perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang. Dari mata yang rakus pada dunia mengintai segenap kemewahan dunia, mengalir airmata kecewa gagal, tapi dari mata yang redup merenung akhirat yang sentiasa dirasakan dekat, mengalir airmata keinsafan mohon keampunan.
INDEED, khabar Rasulullah saw:
“Ada dua tangisan yang Allah cintai, pertama titisan darah para syuhada dan titisan airmata yang jatuh kerana “takutkan” Allah”
Pernah aku terdengar kata mereka yang sangat hampir dengan Allah : “Tangisan seorang pendosa lebih Allah cintai dari tasbih para wali“.
Kata assatizah, kejahatan yang diiringi rasa sedih lebih disukai Allah daripada satu kebaikan yang membawa rasa takbur. Kejahatan mungkin diampuni bilamana kita bertaubat, tapi kebaikan kita akan tertolak bila kita takbur dan riak.
Pilih lah tangisan mana yang kita ingini, tangisan yang membawa menangis lebih lama atau tangisan yang membawa bahagia selama nya. Malah, jagalah ketawa kita, khuatir kalau sudah berlebihan ia akan membawa pada lalai dan jahil. Kata lagi Nabi Saw: “ Jika kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa”. INGAT JUGA pesan nabi saw: “ kalau siapa berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke dalam neraka dalam keadaan menangis”.
Dalam hidup ini, jangan kita lawan firman Allah swt : “ Boleh jadi kamu menbenci sesuatu padahal ianya baik untuk mu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ianya buruk bagi mu” (Al Baqarah 216), sehinggakan bergembira sangat ketika dapat apa yang diidamkan, menangis bila cita cita terbarai. Eloknya, beradalah di pertengahan dan tetap sabar dan solat.
Tangisi kini nasib diri kerana nanti lembaran sejarah akan di buka satu persatu sehingga kita perlu pada syafaat Rasulullah yang agung itu. Ketika masih disini juga, kenangi lah air mata Adam yang menangis membasahi bumi kerana taubatnya sehingga sejahtera dan subur bumi dek terangkatnya taubat bapa pada sekalian manusia itu, kerana kita asalnya dari situ.
Sama sama lah kita tangiskan seperti menangisnya Sayyidina Ali - “wahai dunia janganlah kau tipu aku, tipulah orang lain”
*Akhir kalam..*
Kata orang yang soleh ketika bila di tanya kenapa mereka tak berhibur, pasti inilah jawapan dari mereka: “Bagaimana hendak bergembira sedang mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami, dan perhentian kami adalah Allah..”
Pesan akhirku, menangislah disini di dunia, sebelum menangis di sana di akhirat.
Wallahu’alam.
Wassalam.
Written by: *NCS*
#Inspired by Kuliah Ustaz Pahrol.

Comments
Post a Comment