*Pkp 99* Penawar Sakit: Sakit Itu Suatu Kemuliaan

Assalamu’alaikum

Tahniah mubarak alaikum pada yang telah selamat bertahajjud dan selamat mendirikan subuh secara berjemaah bersama ahli ahli keluarga seawal pagi tadi.

Hari ini agak lewat sedikit  bertemu sahabat sahabiah semua bersama penulisan pagi atas sebab badan ada sedikit keuzuran.

Terimakasih Allah atas ujian ini. Alhamdulillah. Mohon doa moga uzur fizikal dan uzur batin ini disembuhkan Allah segera.

Selamat tiba ke hari Rabu hari dipertengahan minggu dan hari tiba di hari angka yang boleh berubah dari 99 ke 66. Sungguh relevan erti nya kerana si COVID 19 ini juga boleh jadi mutant bila terkena anti virus. Dan sifat inilah salah satu sifat yang menyebabkan anti dote nya sampai sekarang belum di temui. Semoga Allah mudah kan utusan para saintis dan pakar kesihatan sedunia dalam usaha menjejaki vaksin bagi COVID 19.

Aaamin....

Sakit satu perkara yang mana kita tak mahu berlaku pada kita. Ia membataskan pergerakan, kita pula dalam keadaan berdukacita dan kalau yang “severe” tu akan boleh memutuskan harapan untuk teruskan kehidupan.

Jarang sangat kita nak angkat sakit sebagai satu kemuliaan kepada kita. Apatah lagi sebagai satu kecintaan dan rahmat Allah pada hambaNya.

Rasulullah SAW: “Sungguh, jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menimpakan ujian untuk mereka.” (Ibnu Majah)

Indeed, rahmat Allah kepada hambaNya seketika diturun kan penyakit kepada kita, kerana ini meredakan akan kemurkaan Allah berterusan pada kita.

Sama ada penyakit itu datang menyerang fizikal kita ataupun jiwa, hakikatnya ia menjadikan kita lebih dekat denganNya sebagaimana rintihan Nabi Ayyub ketika mana ditimpa penyakit yang berat lalu.

“Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika ia menyeru Rabbnya: ‘(Ya Rabbku), sesungguh nya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.” (Surah Anbiyaa, ayat 83)

Allah SWT membalas rintihan Nabi Ayyub: “Maka Kami pun perkenan kan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang beribadah pada Allah.” (Anbiyaa, ayat 84)

Biasanya, sakit lembutkan hati kita, menurunkan ego serta menjadikan kita insan yang jauh dari sifat riak dan sombong.

Ulama ada membahaskan firaun boleh sampai hingga mengaku menjadi Tuhan dan antara sebab firaun mengaku menjadi Tuhan adalah kerana beliau tidak pernah ditimpa dengan penyakit.

Jangan bersedih bila dilanda sakit..
Malah risaulah kalau tak pernah sakit..

Sakit itu bukanlah dipinta, bahkan kita berdoa supaya Allah kurniakan kesihatan yang baik pada kita.

*akhir kalam..*

Semoga kita menjadi insan yang bersyukur dengan kemudahan dan juga musibah yang menimpa kerana di sebalik semua itu ada kemuliaan bagi hamba Nya yang bertakwa.

Cari lah penawar pada sakit fizikal atau batin, kerana sakit ini boleh membawa pada kurangnya ibadah kita pada Allah.

Wassalam
Wallahu’alam

Dari, *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S