*Pkp.94*
Sekeping Nota tasawuf lama dari Ustaz Jahid Sidek: “KAEDAH MENCAPAI CITA CITA”
Assalamu’alaikum..
Ketika di luar sana suasana dan sikap rakyat Malaysia kepada isu COVID 19 sudah semakin berani, bulan Syawal semakin menuju ke penghujung nya. Kalau ghalibnya, hujung minggu ini bakal menjadi hujung minggu paling sibuk di kotaraya ini kerana rakyat berebut rebut mengadakan majlis rumah terbuka hari raya. Ketika ini juga ramai yang keluar memenuhi jalan raya memenuhi jemputan rumah terbuka. Habis jem krengg seluruh kuala lumpur. Tapi hujung minggu ini 29 dan 30 Syawal, tidak seperti nya selalu, kerana walaupun ramai yang sudah berani bertemu dan bersalaman ala ala pak black di Amerika tapi masih ramai yang mengikuti SOP dalam tempoh pkp pemulihan. Alhamdulillah. Semoga Malaysia maju aman dan makmur dan akan bertambah hebat lagi bila islam di praktikan kebanyakkan rakyat Malaysia. Tahniah diucap kan pada semua tak kira bangsa, agama dan umur serta pangkat kerana telah memartabatkan Malaysia sebagai salah satu negara yang telah berjaya mengawal rakaian corona virus dari merebak dengan jayanya. Alhamdulillah
Pagi ini, hidup muncul lagi. Bermacam “warna” dicorakkan sebentar lagi, menjadikan hidup kita penuh warna warni. Apa2 pun, ia pada hakikat kejadian makhluk Allah, semua sudah di tulis kalam di loh mahdfuz. Tinggal kita untuk berusaha serta bertawakal. Tiada siapa yang tahu takdirnya. Cuma masing masing sudah pun dapat melihat takdir Allah sejauh yang kita telah hidup setakat ini. Pada yang dah merasa, berdoa lagi. Pada yang merudung takdir nya, juga terus berdoa lagi.
Pagi ini saya nak share nota kuliah subuh pagi Oleh Dr Jahid Sidek suatu waktu dulu. Moga ada yang boleh dijadikan motivasi dlm meneruskan kehidupan.
•Ustaz Dr Jahid Sidek
“KAEDAH MENCAPAI CITA CITA”
•Kitab hikam ada 235 hikmah berkaitan aqidah dan syariah. Dlm syarahan ini, adalah salah satu: kaedah mencapai cita cita.
“Tidak akan gagal sesuatu cita cita yang anda kejar dgn tuhan anda (dgn kehendak, kuasa, rahmat, tadbir Allah, (sebaliknya) tidak mudah tercapai sesuatu cira cita yg anda kejar dgn diri sendiri (dgn kehendak kekuatan tadbir diri sendiri tanpa ingatkan pertolongan Allah)” - Kitab Hikam.
Nak capai cita cita kita ada Dua kaedah:
•Dgn hakikat ( seluruh usaha dirasakan dari Allah, kejayaaan dan kegagalannya juga dirasakan dari kehendak dan kekuasaan Nya]
•Dgn syariat ( seluruh usaha, ikhtiar kejayaan dan kegagalannya dirasakan dari dirinya sendiri)
•Solat itu syariat. Dengan Allah itu adalah hakikat. Dlm islam , ilmu ada dua syairat dan hakikat.
•Selepas 10 tahun berdakwah, nabi dapati kafir quraish sudah tidak sesuai untuk kerja dakwah. Lalu, nabi sasar penduduk lain yang bererti kena hijrah.
Ayat 80 surah isra’.
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
“Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): "Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikan lah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku",
#Dalam ayat diatas nabi saw memohon:
•masukan aku ke tempat yang benar. Tempat hijrah.
•tentukan saat dan masa untuk keluar dr kota mekah
•berikan kekuasaan yang langsung dari Allah utk realisasikan cita cita
•Nabi selesai masaalah dgn cara hakikat, mintak pertolongan secara langsung dari Allah. Dalam ayat ini, ada perkataan ladun. Laduni - pertolongan Allah secara langsung ( cth : mukjizat utk nabi, karomah utk orang soleh). Kisah sayyidina omar melihat tentera islam dlm bahaya. Ini laduni, kalau tak kena nak lihat kena pakai “teropong.”
*Akhirul kalam*
Dari Abu Hurairah ra, Nabi Saw bersabda, "Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, ia tidak bersyukur pd Allah"
(Tarmizi)
Pesanan ringkas buat diri saya. Tidak salah ucapkan lafaz kata terima kasih pada yg berbakti pada kita. Walau sebesar zarah pun baktinya, ucapan terima kasih itu sebagai tnda penghargaan kita kepada mereka. Hari ini hari kita, mana tahu, esok lusa, giliran mereka?
Juga, kasihilah saudara kita. Buang jauh sikap penting kan diri kerana kita hidup di dunia bermasyarakat. Jangan benci membenci, kerana asas agama Islam itu kasih dan sayang. Tidak bersatu umat Islam kini kerana kurangnya kasih, kurang nya keprihatinan sesama sendiri. Tidak mengapa utk tidak dikasihi, kerana apabila kita mengasihi saudara kita kerana Allah, maka makin dekat diri kita kepadaNya.
Maka dengan kesempatan ini, sahabat sahabiah terima kasih atas segalanya. Dan percayalah, uhibbuka fillah, insyaAllah..
Moga bermanafaat.
Wassalam dari *Ncs*

Comments
Post a Comment