*Pkp101* Bersama Prof Di Hotel Reko, Jalan Reko. Iman yang turun dan Naik.

Assalamu’alaikum...
Salam jumaat penuh barokah. Semoga semua dalam rahmat Allah, di seawal pagi ini.

Dalam melepasi seawal 60 hari pertama Pkp, terasa sangat kukuhnya iman terpasak di dada, minda dan jiwa. Selepas tiada apa yang boleh di buat selain solat berjemaah, baca al quran dan baca kita tafsir ibnu kathir, ianya amat menyuburkan iman dengan penuh rasa tenang dan rasai kemanisan beribadah. Namun, bila saja masuk pkpB dan PKpP, hal dunia sudah masuk, semakin sibuk lah pula melayan urusan dunia, hinggakan bacaan Al quran, tidak dapat khatam 30 juz dalam 30 hari, selesai syawal masih berbaki 4 juz, bacaan kitab tafsir juga semakin berkurang dan solat berjemaah bersama ahli tidak lagi 5 waktu. Kekadang terasa juga turunnya “iman” di dada. Apatah lagi, tempat “mengecas” iman yakni masjid masih belum di buka. Kalau tidak, dah ke masjid untuk berjemaah bila berada diluar rumah, bersimpuh di majlis ilmu juga setiap maghrib dan subuh weekend.

Alhamdulillah. Semalam, usai riadhah golf di kgpa bersama geng2 kpp, saya kena drive dan drop seorang Prof dari UUM. Tiba di hotel di jalan Reko, jam 8 malam dan saya rasakan tak sempat untuk pulang ke rumah tunaikan solat maghrib, lalu; saya tumpang solat di bilik hotelnya. Dia yang berstatus musafir, ada kemudahan jamak. Jadi, saya solat maghrib sendirian. Selesai solat maghrib, wirid, zikir dan doa, saya selesaikan rutin ba’diyyah dan solat sunat awabin, seketika Prof sedang mandi. Memandang kan isya’ makin dekat, saya mohon izin prof untuk solat isya’ disitu dan dia sambut permohonan itu untuk berjemaah bersamanya. Memandangkan dia dalam jamak dan Qasar, maka, dia jadi iman isya dua rakaat dan saya makmum nya bangun sambung dua rakaat lagi. Selesai semuanya, rutin baca al mulk yang sudah sebati dalam aktiviti seusai solat isya, saya perlahan membacanya menggunakan IPHone.

Alhamdulillah, masa juga ada sisa sisa dari madrasah PKp dan Ramadhan. Terimakasih Prof dan Syukur pada Allah kerana ada kekuatan untuk istiqomah.
Sebelumnya, saya memaklumkan pada isteri dan anak meneruskan solat berjemaah isya dan bacaan al quran satu juz lagi di rumah sana. Cuma bacaan kitab di tangguhkan.

Pagi ini terasa nak share satu perkara tentang naik dan turunnya iman.

IMAN ITU SIFATNYA TURUN NAIK.
.
Iman itu sifatnya turun dan naik seperti mafhum hadis Baginda SAW.

Turunnya iman dengan kerana kita melakukan maksiat kepada Allah SWT.
.
Orang yang meminum arak, berzina dan mencuri, maka iman dalam hatinya telah meninggalkannya pada ketika dia melakukan maksiat tersebut (mafhum hadith) dan jika dia meninggal pada ketika itu maka kematiannya dalam Su' alKhatimah (Mati Yang Buruk, naudhubillah!).
.
Dan naiknya iman kerana kita melakukan amalan soleh dan ketaatan kepada Allah SWT.
.
Membaca al Qur'an, bersolat, berzikir, hatta membuang duri di jalanan pun meningkatkan iman kita.
.
Sama sama kita sibukkan diri kita menaikkan iman kita agar kita mati dalam keadaan iman kita pada tahap tertinggi. Husnul Khatimah (Mati Yang Baik).
.
Berdoalah untuk mendapat pertolongan daripada Allah swt, agar iman kekal utuh di dalam jiwa.

Berdo'alah kepada Allah "Ya Allah. wahai yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati ini dijalanMu Ya Allah"

Dan sambung lagi...

"Ya Allah, berilah aku  petunjuk, berilah aku pertolongan. Ingatkan lah petunjuk seperti petunjuk Mu ke jalan yang lurus, dan dengan  penegakan seperti tegaknya busur panah."

*Akhir kalam..*

Sedarkan diri kita, sentiasa pantau status iman.

Jangan tangguh saatnya, sebelum semuanya menjadi terlambat. Marilah kita sama sama menanam pada diri kita bahawa - "Aku perlu meningkatkan imanku pada Allah dan buangkan segala sifat sifat mazmumah"

Semoga ALLAH swt melimpahkan rahmat maghrifah dan inayahNya kepada kita semua.

Amiin.

Selamat melata di bumi Allah..

Wallahu’alam
Wassalam

Dari: *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S