*Pkp103* DIARI BALIK KLUANG
Assalamu’alaikum...
Alhamdulillah. Petang semalam adalah kali pertama sejak bermula nya PKP, saya memandu merentasi negeri. Memandu ke Kluang, dengan penuh harapan untuk singgah di masjid Kluang kerana di khabarkan masjid disana sudah dibenarkan solat lima waktu dibuka kepada jemaah yang tidak terhad pada empat puluh orang sahaja. Solat zohor saya niat kan di himpun ke dalam waktu asar dan akan solat di masjid kluang. Sepanjang perjalanan lagu lagu cinta Rasul dan kasih Allah di mainkan melalui lagu lagu pilihan dari spotify yang disambung ke corong speaker kereta melalui sistem bluetooth. Betapa nya dunia zaman sekarang dengan segala kecanggihan yang ada, tinggal kita saja untuk memilih bagaimana menggunakannya untuk kebaikan.
Malangnya, saya terlupa bahawa Malaysia masih dalam PKP dan Kluang juga tidak lepas dari terikat dengan SOP. Masjid Kluang walaupun membenarkan ramai jemaah hadir untuk solat tapi ianya hanya di buka untuk waktu solat sahaja. Saya kempunan untuk melepaskan rindu di masjid kerana setibanya di masjid kluang jam 6 petang, semua pintu masjid ditutup rapat. Khabarnya, ianya sesingkat waktu menunggu antara maghrib dan isya’ tidak siapa yang dibenar kan menunggu di dalamnya.
Alhamdulillah. Saya terus saja memandu ke Lorong Sejahtera ke rumah ibu mertua untuk tunaikan solat himpun dan dipendekkan ke dua rakaat di sana juga menemui isteri dan anak yang sudah pun berada di Kluang sejak hari khamis.
Selesai wirid dan doa, selamat bersujud syukur kerana selamat sampai ke sini dengan sempurna selepas memandu tanpa henti selama dua jam. Syukur juga kerana merasai “comfort” memandu kereta Proton X70 yang diuji sekali sekala ke tahap 180km/jam. Boleh tahan keluaran Proton terkini ini. Terasa pula kalah membeli menang memakai.
Tiba waktu maghrib, azan berkemundang didengari jelas dari Masjid Kluang tapi saya lepaskan peluang untuk berjemaah kerana hendak berjemaah bersama ahli ahli keluaga di rumah sambil adakan majlis tahlil ringkas untuk arwah arwah terutamanya ayah dan ibu kami yang sudah pun mendahului kami ke alam barzakh. Si anak al hafiz seperti biasa menjadi iman maghrib dan jamak taqdim isya dipendekan dua rakaat. Kemudiannya, dia ketuai majlis ringkas tahlil. Syukur sangat bila saya yang dah setengah abad ini, dapat sempat merasai menjadi makmum pada anak anak. Alhamdulillah. Dalam usia 19 tahun, kendalian majlis tahlilnya mantap, bacaan wirid, zikir serta doanya juga semakin matang. Syukur ya Allah, diberikan keturunan yang baik baik, semoga adalah bekalan untuk di raih ketika di alam barzakh.
Teringat pula satu hadis yang tersohor dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: "Bila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali akan tiga perkara : sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Muslim)
Sama sama lah kita selaku keluarga men”direct” kan anak anak ke arah yang baik untuk dunia dan akhirat. Walau apapun cita cita mereka, biarlah kita tanam kan cinta Allah, sayang Nabi dan akur pada agama sebagai landasan untuk mereka.
Seusai tahlil, saya memohon dari abang ipar saya untuk memberi sedikit tazkirah demi untuk menjadikan rumah Lorong Sejahtera disinari cahaya dari langit kerana ada majlis majlis ta’lim.
Moga rumah yang diadakan majlis ta'alim di dalamnya akan dikunjungi oleh para malaikat, diturunkan taufiq dan hidayah, segala amal buruk, kegelapan malah juga ketegangan akan dijauhkan dari rumah. Amalan ta'alim akan membawa cahaya dan akibatnya, kehidupan suami, isteri dan anak anak akan damai.
" Tiadalah berkumpul suatu kaum di dalam rumah rumah Allah (masjid) membacakan kitab Allah, saling mengajar kan sesama mereka, melain kan diturunkan pada mereka sakinah, diliputi oleh rahmat, dikerumuni oleh malaikat, dan mereka akan disebut oleh Allah dalam majlis para malaikat yang berada di sisiNya." ( Hadis riwayat Muslim, Abu Daud)
Kata Nabi saw, majlis majlis yang mengandungi hal hal mengingati Allah, adalah kebun kebun syurga. Majlis ta'alim merupakan pusaka warisan Rasulallah saw. Dan rumah yang didalamnya diadakan majlis ta'alim, rahmat keberkatan akan datang, hadirlah sakinah, ketenangan ketenteraman.
Amiinn....
Dan dalam majlis ta’lim itu, saya ada menyebut tentang kisah bagaimana bahagia nya ibu bapa yang berada di alam barzakh jika anak anak sentiasa bersedekah untuk mereka. Kisahnya bagaimana seorang anak yang berniaga di pasar dan sentiasa melebihkan barangan jualan kepada si pembeli dengan niat sedekah kepada ibu bapa nya di alam barzakh. Panjang kisah dari hadis ini. Kalau ada masa sahabat sahabiah cubalah gali dan cari. Teringat pula kisah arwah Mr Os yang ketika hidupnya menjadi pemandu teksi sentiasa memberi diskaun kepada penumpang nya atas nama sedekah dari ibu bapanya. Allahuakbar.
Akhirnya, sebelum beradu, kami sekeluarga menjamu selera dengan berbagai juadah - lontong, sate goreng, asam pedas, burasak, nasi himpit, deng deng dan macam macam lagi. Macam pula “qadha” berhari raya selepas tidak dapat menyambutnya bersama ketika syawal yang lalu. Terimakasih Allah. Alhamdulillah..
Jam 10, saya sudah pun bersiap untuk berehat.
*Akhir kalam..*
Sama samalah kekalkan apa yang dipusakai oleh Nabi Saw demi kebaikan dunia dan akhirat.
Pesanan Luqmanul Hakim:
"Wahai anak kesayanganku! Sentiasalah kamu berada dalam majlis alim ulama (orang2 soleh); dengarlah kata kata hikmah dari mereka. Sesungguhnya Allah akan menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan siraman hujan yang lebat."
Wallahu’alam
Waalaikumsalam
Dari: *NCS*
#LorongSejahteraKluang

Comments
Post a Comment