*Pkp106*
•Aku Tidak Layak Untuk Syurga Mu, tapi aku tidak akan mampu menanggung seksa neraka Mu...
Assalamu’alaikum ..
Salam pertengahan minggu pada semua.
Di awal pagi, terjaga dari tidur ketika speaker bluetooth yang disambung kan ke zikir dan munajat pagi dari SPOTIFY sedang kumandangkan satu doa yang memang biasa kita dengar:
*Tuhanku aku tidak layak untuk SyurgaMu tetapi aku tidak pula sanggup untuk menanggung seksa nerakaMu..”*
Doa ini begitu menyentuh hati saya yang sedang sungguh bercelaru antara dosa dan pahala. Tak siapa sangka tiba tiba kita boleh dapati diri kita tiba tiba tersepit terjebak antara pahala pahala dan dosa dosa. Sedang kan kita baru saja bertandang ke madrasah PKP ( first two month yang benar benar terkurung) dan juga madrasah Ramadhan dengan masih terasa hebatnya munajat sepuluh malam terakhir. Tiba tiba air mata sedih mengalir, kenangkan nasib diri yang kalah dengan nafsu dan bisikan iblis. Semoga Allah terus berikan kekuatan pada saya untuk terus taat pada Allah dan selalu utama kan Rasul dalam keadaan apa jua sekali pun saya.
Anologi untuk doa taubat diatas adalah sepertinya: Kalau kita bertandang ke rumah kawan kita dan bertanya padanya kenapa minuman tidak dihidangkan, " aku tidak mengharapkan minuman, tetapi aku rasa haus dan lapar..." Agak agak bagaimanakah reaksi tuan rumahnya? Setidak tidaknya mungkin akan dihidangkan walau pun dengan segelas air putih. Itulah yang kita harapkan! Walau pun Allah tidak reda mengurniakan syurga yang paling tinggi, syurga yang paling rendah pun tidak mengapa, bukan begitu ke ?
Jika kita bayangkan diri kita yang sering bergelumang dengan dosa, tiba tiba menghembuskan nafas terakhir malamnya, bagaimanakah nasib kita kekal di alam kubur yang kemudian di alam akhirat? Amat ngeri sekali. Kuatkah kita berdepan jutaan seksaan yang amat tidak terperi pedihnya? Mampu kah kita bertahan di neraka? Selesakah kita dengan segala pembalasan Nya yang amat menggetarkan setiap jiwa. Astaghfiruilah !
Kerana itulah di dalam doa ini ada bersambung dengan kata kata doa ini:
*“Dari itu kurniakanlah ampunan pdku, ampunkan lah dosaku, Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa dosa besar...”*
Inilah harapan terbesar yang sentiasa didambakan oleh setiap manusia terutamanya sebelum nyawa berada di halqum. Dek kerana kita ini berbekalkan pada: “Human is to err”, maka, sesuatu keampunan dari Allah sebelum berangkat ke alam barzakh adalah sangat diimpikan oleh sekalian muslim.
Pagi ini saya penuhi dengan zikir sayu penenang jiwa, Allah Maha Mendengar:
Astaghfirullah. rabbal baro ya. Aku memohon ampun. Ya Allah,Tuhan penerima Taubat. Astaqhfirullah, minal khotaya. Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa dosaku. Robbi Zid ni ’ilman nafi’an. Wahai Tuhanku. Tambah kan padaku ilmu yang berguna
Wa wafiqni ‘amalan maqbulah. Dan berikan kepadaku, amalan yang dimakbulkan. Wa wa habliii Rizqon wasiiah. Dan Kurniakanlah padaku. Rezeki yang meluas. Waktub ‘alaina taubatan nasuha. Dan terimalah taubatku. Dengan taubat nasuha…
Waktub ‘alaina Taubatan nasuha. Dan terimalah taubatku, dengan taubat nasuha…
Airmata yang tertumpah tanpa paksaan ini menjadi saksi pada semua rasa kesediihan dan keinsafan ini. Semoga kita semua di ampunkanlah sebelum kita jejaki alam barzakh...
*Akhir kalam..*
Sesungguhnya kita sebenarnya amat mengharapkan syurga Nya, walaupun kita sedar bahawa diri kita tidak layak menikmatinya, dek kerana lumpur dosa yang tidak pernah lekang dari hati dan jasad. Andaikata setiap dosa yang kita lakukan dijelmakan oleh Allah seperti daging barah. Nescaya, sekujur tubuh ini akan hilang ditelan oleh barah barah dosa itu! Begitu lah parahnya dosa kita, membiar kan diri kita bergelumang dosa walaupun sering tertunduk penuh kesedaran bahawa sesungguhnya adalah tidak mungkin kita mampu bertahan di neraka Nya !
Sama sama kita semua rendahkan hati kita berterima kasih kepada Allah Azza wa Jalla, memohon keampunan Nya, mengharap reda Nya, sebagai hamba yang tidak berdaya dihambat dosa dosa.
Moga bacaan ini menjadi motivasi, membangkit kekuatan hati agar segera bersujud kepada Nya. Dengan sebenar benar sujud, menebus segala dosa, selagi roh masih dikandung badan sebelum syurga atau neraka terhampar di depan mata kita !
Allahuakbar!
Semoga ada manafaat.
Wallahu’alam
Wassalam.
Dari, *NCS*

Comments
Post a Comment