*Pkp.93*
Pesanan Untuk Diri: Hakikat Berdoa - Jangan Berhenti Berdoa.

Assalamu’alaikum..
Semoga dalam sejahtera semua hendaknya.

Seawal pagi pagi segini, selain dari mengucapkan syukur pada Allah, kita juga kena tidak lekang dari berdoa. Sikit sikit berdoa. Sikit sikit berdoa. Inilah adalah satu sifat kebergatungan pada Allah swt yang wajib kita asah supaya keyakinan kita pada Allah semakin tajam setiap hari. Yakin bahawa setiap perkara itu kita hanya boleh berusaha dan ketentuan akan kejadiannya adalah hak milik Allah yang mutlak.

Mula mula kita berdoa seawal kita bangun pagi, doa kesyukuran selepas berdepan dengan mati kecil, roh selamat kembali ke jasad untuk celek mata masih mampu melihat dunia - masih di kelilingi semua yang kita sayang.

‎اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَحْيَانَا بَعْدَمَآ اَمَاتَنَا وَاِلَيْهِ النُّشُوْرُ

“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah kami mati (membangunkan dari tidur) dan hanya kepada Nya kami dikembalikan”

Banyak lagi doa doa yang kita kena lakukan dalam mengiringi setiap aktiviti dalam kehidupan. Saya sebutkan disini supaya saya tidak lupa lagi pada setiap doa yang ada yang saya tahu dalam setiap gerakkerja, bukan setakat hanya doa selepas solat sahaja. Semoga semuanya dalam rahmat dan perlindungan Allah selalu. Inilah natijah dari doa doa yang kita lakukan.

Sesungguhnya hanya orang yang sombong tidak mahu berdoa kepada Allah.

Doa perlukan kepada  pengenalan - ma'rifah pada  Allah dan diri kita sendiri. Allah yang lebih tahu apa yang terbaik bagi makhluk Nya. Tapi kita sebagai seorang hamba yang tidak mengetahui apa yang akan terjadi sepatutnya mengakui kelemahan diri, sehingga tidak tahu memilih sesuatu yang bag kita baik, padahal kuta tidak tahu apa pula akibatnya.

Fahami hakikat doa, pesan nabi saw: "Pasti akan dikabulkan doamu selama tidak terburu buru serta mengatakan, aku telah berdo'a dan tidak diterima."

Sahabat Abu Bakar Siddiq memohon kesihatan dan wafat terkena racun. Umar bin Khatthab memohon kesihatan dan wafat dalam keadaan terbunuh. Utsman bin Affan memohon kesihatan dan juga wafat dalam keadaan terbunuh. Ali bin Abi Thalib memohon kesihatan dan juga wafat dalam keadaan terbunuh.

Maka bila memohon kepada Allah, mohonlah menurut apa yang telah ditentukan oleh Allah, maka sebaik baik seorang hamba ialah yang menyerahkan segala sesuatunya menurut kehendak Tuhannya. Kemudian meyakini bahwa apa yang diberikan Allah kepadanya, itulah yang terbaik walaupun tidak sejalan dengan nafsu syahwatnya.

Adapun syarat utama diterimanya doa ialah bila berada keadaan terpaksa atau sulit. Allah berfirman: "Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya..." (An-Naml: 62).

Keadaan terpaksa ertinya, apabila merasa tidak ada sesuatu yang diharapkan selain karunia Allah semata. Tidak ada yang dapat membantu lagi baik dari luar berupa orang dan benda atau dari dalam diri sendiri.

*Akhir kalam*

Akan raih kebaikan lebih baik dari kebaikan dunia dan  akhirat bagi mereka yang sering berdoa walaupun dalam keadaan senang, ini juga pesan nabi saw.

Maka, janganlah kita berhenti berdoa. Ini adalah langkah sprititual selepas langkah zahirnya sudah terlaksana, nak nak selepas bersabar lebih 90 hari dari di jangkiti corona virus, moga dihari mendatang kita terus dilindungi.

Wallahu’alam
Wassalam

Tulisan : *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S

PkpYr3.287.OMICRON