*Pkp.96* Jangan ada dalam Jiwa:
“Peduli apa, kubur lain lain”

Assalamu’alaikum...

Selamat tinggal Syawal yang penuh makna kerana buat pertama kali dalam sejarah rakyat Malaysia, Syawal hanya ada pada 1 Syawal sahaja. Moga sedar lah kita semua akan kehebatan kemuliaan Allah yang boleh berbuat apa saja yang Dia kehendaki. Dalam masa yang sama, kita semua tidak “selfish” dalam berdepan dengan serangan COVID 19, inilah suri teladan terbaik buat umat di masa depan. Apatah lagi, kita memang disaran kan untuk menjadi manusia yang bermanafaat kepada orang lain. Jangan kita merasakan kita ini tidak perlu pada bantuan orang lain, hinggakan bila di beri peringatan tentang hidup dunia dan akhirat, kita buat tak tahu malah marah pulak.

Pagi ni saya nak berprosan sikit kepada mereka yang merasakan bahawa mereka tidak perlu pada orang lain. Moga ini boleh bantu buka minda untuk kita terus hidup bermasyarakat.  Sedang azan tidak pernah berhenti dari memberikan takzkirah lima kali sehari menyeru kepada kebaikan. Terimalah seruan kearah kebaikan dengan sikap terbuka dan janganlah merasakan kita tidak payah peduli tentang dosa orang lain kerana semata semata kubur lain lain.

[Prosa pagi - kubur lain lain]

Peduli apa, kubur lain lain. Sebelum mengungkapkan ungkapan “kubur lain lain” tu, mari renungkan: Mandi jenazah tu, tak mandi sendiri, orang lain yang mandikan. Adakah kain kafan itu, akan kita sarung kan sendiri ke badan kita sendiri?Bagaimana dengan solat jenazah? Dengan izin Allah, mungkin kubur kita lain lain, selagi tiada darurat atau sebarang sebab yang akan memungkinkan kita dikebumikan bersama sama, cuma, kita tetap tak gali kubur sendiri. Kelak bila mati, kita masih memerlukan insan insan lain yang masih hidup mengusung jenazah kita ke tanah perkuburan. Keranda tak berjalan sendiri. Bila sampai ke tanah perkuburan, kita tidak turun sendiri ke liang lahat tu. Perlu juga dipapah orang orang yang masih hidup. Dah masuk ke dalam tu, kita tak kambus sendiri tanah tu. Perlu juga orang lain untuk hayun cangkul untuk kambus kiburan kita…

Jadi, jangan sombong dan ikut kepala sendiri, orang melayu islam yang mukmin… Jangan ada dalam jiwa : “peduli apa, kubur lain lain” 

*Akhir kalam*

“Qullu nafsin za iqatul maut. setiap yang bernyawa itu pasti akan mati…”

Maka, fahami maksud dalam satu firman Allah: “Dan hendaklah ada diantara kamu golongan umat yang menyeru (dakwah pada kebajikan), menyuruh pada yang baik dan mencegah yang mungkar, mereka lah orang2  yang berjaya”
(Ali Imran:104)

Mencegah atau menasihati  dari melakukan kemaksiatan bukan bermaksud menjaga tepi kain orang. Tetapi itu sebahagian tanda sayang nya seseorang kepada sahabat muslimnya yang lain. Menasihati tujuan untuk sama sama menuju syurga Allah dan menjauhi neraka Nya.

Insyaallah semoga sedikit perkongsian rasa ini, dapat dimanfaatkan kebaikan semua. Terutamanya diri penulis sendiri. Dan akhir kalam, jangan kita lupa pada kata kata Al Marhum Hasan Al Hudhaibi, mursyid kedua Ikhwan Muslimin, “kita adalah pendakwah, bukan penghukum!” Kerana manusia hanya mampu mengajak, yang menghukum dosa pahala itu hanya hak milik mutlak Allah.

Wallahua’lam.

Wassalam

Cetakan oleh/ *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S

PkpYr3.287.OMICRON