*Pkp.97* •Impikanlah Syurga. Jangan Ejek Orang Yang Ikut Nabi Saw.
Assalamu’alaikum..
Selamat tinggal Syawal.
Sepatutnya, selepas ini kita umat Islam disibukkan dengan satu lagi peristiwa besar dalam kalendar Islam iaitu Manasik Haji. Dan amat lah di harapkan akan ada izin Allah untuk membenarkan umat islam berkumpul menunai kan rukun islam ke 5 ini. Pada yang telah sudahpun pernah menunaikan haji, beerti sudah sempurnalah rukun islam seorang Islam. Inilah ibadah kembara suci yang selalu meruntun jiwa muslim yang berkelana menuju jalan Allah. Seburuk mana pun kisah perjalanan haji seseorang muslim ianya tetap “indah” dan dikenang atas sifat redha dan qanaah nya mereka ketka bepergian ke Haramain.
AllahuAkbar.. tanya lah mereka yang sudah ke sana.
Inilah antara jalan jalan suci yang kita perlu lalui dalam meletakkan kita ke jalan syurga. Meskipun ada juga yang berkata kalaulah solat tunggang tunggik sekali pun belum pasti masuk syurga tapi apakah yang tidak solat pula akan masuk syurga. The whole story is jangan lah ada impian dalam hati kita, kita tidak mahu masuk syurga. Dari Abu Hurairah ru Nabi saw bersabda: “Setiap umat ku akan masuk syurga, kecuali orang orang yang enggan untuk memasuki nya.” Ada yang bertanya: “Siapakah orang yang enggan tersebut wahai Rasulullah?” Nabi bersabda: “Barangsiapa mentaatiku akan masuk syurga, barang siapa tidak taat kepadaku sungguh dia orang yang enggan masuk syurga.”
[Riwayat Bukhari]
Jangan remehkan mereka yang mengikuti syariat Allah, kalau ada yang tidak mahu ikuti, nantilah apa saja yang dijanjikan. Jangan ejek yang impikan syurga kerana jika kita mengejek tapi tidak pula ikut jejak langkah mereka kita pula akan di ejek ketika di neraka nanti.
Seperti yang pernah disebut Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dalam slot Mau'izati di IKIMfm suatu ketika dulu:
DI EJEK DI NERAKA
Pada hari akhir alam akhirat kelak, Allah menciptakan sejenis permainan bagi penghuni neraka dalam bentuk ejekan sebagai balasan ketika hayat di dunia mereka sering mengejek ayat Allah SWT terutama orang munafik.
Apabila mereka bertemu orang beriman, mereka mengakui satu geng. Namun, apabila berpaling pada puak yang buat kejahatan dan syaitan, mereka akui hanya mempermain main kan golongan beriman saja.
Akhirnya Allah biarkan mereka sesat, pada Hari Kiamat dikatakan kepada penghuni neraka: "Kamu semua boleh keluar dari neraka ini," seperti diperintahkan Allah malaikat bawa penghuni neraka keluar.
Pintu neraka dibuka, penghuninya berlari kegembiraan ke arah pintu itu nak keluar dari neraka. Ketika mereka sampai di hadapan pintu neraka, ia ditutup kembali dan pada waktu itu mereka ditertawakan ahli syurga yang melihat perbuatan mereka itu.
"Maka pada hari ini, orang yang beriman pula tertawa kan orang yang kafir itu. Sambil mereka berehat di atas pelamin (yang berhias), serta melihat (hal yang berlaku kepada musuhnya). ( untuk menambahkan kegembiraan, mereka ditanya ): Bukankah orang yang kafir itu telah dibalas akan apa yang mereka telah kerjakan dahulu?" (Surah al-Mutaffifin, ayat 34 -36)
Kisah ini, kisan benar!
Qatadah berkata: "Ka'ab menyata kan pada kami bahawa sesungguh nya di antara syurga dan neraka ada beberapa lubang di dinding boleh dipandang, dan jika seorang Mukmin ingin melihat keadaan musuhnya ketika hidup di dunia dahulu, maka dia boleh melihat melalui satu dari lubang itu."
Selain itu pada hari hari terakhir ahli tauhid, iaitu manusia yang di dalam dadanya terdapat kalimah tauhid akan mula dikeluarkan daripada neraka. Sabda Rasulullah SAW: "Sekumpulan orang daripada umatku akan dimasukkan ke dalam neraka kerana dosa mereka. Mereka berada di dalam neraka selama yang dikehendaki oleh Allah, namun mereka akan dikeluarkan daripadanya dan tempat mereka akan digantikan oleh orang musyrik. Kemudian orang musyrik itu berkata kepada mereka: Tidak ada perbezaan di antara kamu semua dengan kami melainkan kamu semua beriman dan mengesakan Allah. Sehingga iman dan tauhid kamu semua memberi manfaat kepada kamu."
*Akhir kalam*
Kisah orang terakhir keluar neraka dan yang terakhir masuk ke dalam syurga diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud, Rasulullah SAW bersabda: "Aku mengetahui orang yang terakhir daripada neraka dan terakhir masuk ke syurga. Orang yang terakhir keluar daripada neraka dalam keadaan merangkak, Allah berfirman padanya: Pergilah kamu ke syurga dan masuklah ke dalamnya. Apabila dia pergi ke sana, Allah tunjukkan kepadanya bayangan bahawa syurga itu sudah penuh dan terus mengadu kepada Allah, lalu diperintahkan pergi semula ke syurga. Namun diberi gambaran lagi akan tiadanya kekosongan di sana dan kembali mengadu kepada Allah. Kemudian selepas diperintahkan oleh Allah untuk pergi ke syurga untuk kali ketiga dan berkata kepadanya bahawa dia akan mendapati keluasan di dalam syurga ialah seperti sepuluh kali keluasan dunia. Hamba itu berkata: Adakah kamu mempermainkan aku, ya Allah? Tatkala pada saat itu sambil bersabda, Rasulullah ketawa hingga menampak kan gigi gerahamnya kerana sesungguhnya orang itu adalah paling rendah darjat nya tetapi dimasukkan juga ke dalam syurga."
Impikan lah syurga Allah, jangan sombong di dunia mengejek mereka yang mengucap dua kalimah syahadah, berpuasa, solat, tunaikan zakat dan kerjakan haji kerana mereka semua merintis jalan ke syurga..
Syurga neraka bukan kita tentukan tapi yang tentu kita kena tunaikan tanggung jawab kita sebagai hamba Nya.
Wallahu’alam
Wassalam
Tulisan dan suntingan:
*Hj NCS*
#RinduMekah

Comments
Post a Comment