Rupanya di dunia lagi Allah telah memberikan 'Syurga' kepada kita

Syurga itu dinamakan
Al jannatul Ajlah. Syurga yang disegerakan iaitu HATI YANG SEJAHTERA.

Mereka yang mendapat 'syurga' ini sentiasa rasa tenang, bahagia dan gembira dengan hidupnya.

Bila diberi nikmat dia bersyukur.
Bila kurang dia bersabar.
Bila diuji dia bersangka baik.
bahkan bila disakiti dia memaafkan

Tidak ada langsung hasad dengki dihatinya.

Pemilik 'syurga' ini sentiasa TENANG dalam apa jua keadaan. Baik susah mahupun senang.

Bahkan ketenangan itu dapat
dirasai oleh orang lain bersama dengannya

Beruntunglah sesiapa yang
Memiliki 'syurga' ini.

Kata ahli sufi, sesiapa yang ingin merasai syurga hakiki di akhirat 
nanti, dia perlu merasai 'syurga' ini terlebih dahulu.

Dan yang menakutkan adalah
mereka yang tidak merasai syurga ini, maka dia tidak akan merasai syurga yang hakiki kelak.

Ini berdasarkan firman Allah :
(Iaitu) pada hari di mana harta dan anak pinak tidak berguna. Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera.”
(Asy Syu’ara’: 88-89)

Marilah kita sama² berusaha membersihkan hati agar dikurniakan 'syurga' ini.
Istiqamah biar sedikit asalkan berterusan
Ilmu & amal

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S