PKP 129
*Pkp129* - sambungan INILAH NERAKA: KeNaLiLaH NERAKA...
Assalamu’alaikum...
Salam Jumaat salam sejahtera salam barokah buat semua ..
Alhamdulilah. Tiba lagi dihari jumaat yang mulia ini, semoga kita semua dapat sengsasikan hari baik di bulan baik ini dengan segala peruntukan hebat yang Allah telah janjikan untuk hari mulia apatah lagi di bulan hebat ini. Semoga Allah membuka hijab hati kita untuk melihat dengan mata hati tentang hal hal tidak nampak dek mata dan tidak ada balasan zahirnya.
Malah perkara perkara sam’iyyat (yang didengar, bukan dilihat), hanyalah orang yang beriman sahaja yang merasa gerun dan menjaga batasan Allah. Salah satu balasn Allah adalah Neraka. Kira nya neraka boleh dilihat, tidak ada orang yang akan buat jahat.
Untuk itu pagi ini saya kongsikan lagi cerita kisah neraka dari buku nipis INILAH NERAKA. Marilah kenali kita Neraka seperti yang ada di dalam Al Quran.
*KENALI NERAKA...*
Lindungi ahli dari neraka
At Tahrim : 6
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Wahai orang orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintah kanNya pada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
Al Lail :14
فَأَنْذَرْتُكُمْ نَارًا تَلَظَّىٰ
Maka (serentak dengan memberi hidayah petunjuk) Aku juga telah memberi amaran mengingatkan kamu akan api neraka yang marak menjulang,
Al Lail :15
لَا يَصْلَاهَا إِلَّا الْأَشْقَى
Yang tidak akan menderita bakaran nya melainkan orang yang sungguh celaka,
Al Hijr:43
وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمَوْعِدُهُمْ أَجْمَعِينَ
"Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu)”
Al Hijir : 44
لَهَا سَبْعَةُ أَبْوَابٍ لِكُلِّ بَابٍ مِنْهُمْ جُزْءٌ مَقْسُومٌ
"Ia mempunyai tujuh pintu; bagi tiap3 tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu)".
Inilah Fakta yang jelas bahawa pintu neraka ada beberapa pintu, pintu pintu neraka sangatlah kukuh dan tertutup rapat. Tempat tersebut diibarat sebuah penjara abadi. Masing masing ada nama sendiri.
Inilah beberapa nama neraka yang pernah disebut dalam Al Quran:
•Hawiyah
Diperuntukkan bagi golongan yang ringan timbangan solehnya. Semasa hidup didunia, mereka mengerjakan kebaikan diringi dengan kejahatan maksiat lalu mengaibaikan taubat nasuha.
•Jahim
Tempat penyiksaan bagi kaum musyrik atau yang menyekutukan Allah. Mereka diseksa sembahan mereka sendiri. Disebut dalam surah Asy syu’ara, At tur dan as saffat.
•Saqar
Neraka bagi kaum munafik - golongan yang mendusta kan perintah Allah dan Rasul. Golongan ini tahu akan ketetapan Allah dan Rasul tapi mereka meremeh kannya dan tidak jalankan syariat Islam. Rujuk surah A Mudatssir ayat 26 - 29.
•Lazhaa
Neraka bagi golongan yang kedekut dan bathil. Mereka suka kekayaan yang melampau sambil menghina fakir miskin. Ketika mereka menginfaq jiwa mereka terpaksa dan tidak ikhlas.
•Huthamah
Neraka untuk golongan gemar mengumpulkan harta lalu kaya raya mewah namun enggan berzakat wajib, apalagi bersedekah atau infaq. Diberi makan dan minum logam panas hasil pembakaran harta mereka didunia. Surah al Humazah ayat 4, sebut nama neraka ini.
•Sa’iir
Neraka yang diisi oleh golongan makan harta anak yatim, rasuah. Ada dalam surah al ahzab, an nisa, al fath dan luqman.
•wail
Disiapakan untuk ahli perniagaan pedagang atau usahawan yang licik. Mereka ini suka mengurangi
timbangan, menipu barang untuk keuntungan yang belipat ganda . Rujuk surah attur.
•Jahannam
Untuk orang yang kerap berdusta dan bermain main lagha dengan perbuatan dosa.
In shaa Allah, esok kita sambung lagi....
*Akhir kalam*
Teruskan tujuan kita hidup didunia untuk bersyukur, mengabdi dan beribadah pada Tuhan serta menjauhi larangan Nya, moga apa yang hindari dan kejari yakni syurga - neraka akan di tepati Nya. Terus ikuti apa yang nabi dah ajar kerana nabi adalah pembawa ajaran Tuhan agar manusia menemukan jalan yang benar menuju sang khaliq (pencipta).
“ Sudah saatnya semua menyadari bahwa semua yang ada dilangit dan dibumi adalah milik Tuhan dan semua kejadian harus menurut kehendaknya sehingga urusan syurga dan neraka itu murni hanya Tuhan saja yang berhak berikan kepada manusia sebagai sebuah hasil dari serangkaian proses, jerih payah dan perjuangan manusia selama didunia”
Wallahu’alam
Wassalam
SELAMAT MELATA DI BUMI ALLAH...
Dari, *NCS*

Comments
Post a Comment