*Pkp116* - Cerita Istiqamah
Assalamu’alaikum..
Alhamdulillah, sudan semakin reda nampak nya si COVID 19. Semakin ramai pula antara kita yang dah mula take things for granted dalam isu ini. Subuh pagi semalam, kami jemaah Masjid BTHO dikejutkan oleh kehadiran pegawai Jais datang subuh berjemaah bersama. Ada Ajk menunggu di pintu masuk ingatkan tentang sejadah dan mask. Saya pun termasuk antara yang lupa untuk ber”Mask”. Mujur ada spare di dalam kereta. Masih Procedure seperti biasa, masuk ikut main entrance dan ambil suhu, catat nama. Semoga usaha usaha ini semua di ambil kira oleh Allah. Berusaha adalah sifat muslim, bila berusaha kita sudah berjaya kerana disitu lah keupayaan kita kerana untuk menentukan jadi atau tidak, ianya hak milik Dia. Jangan kita cuba nak jadi Dia. Jadi dan tak jadi kena redha. Semoga kita semua berjaya kerana kita suka berusaha. Selebihnya berdoa.
Sehingga ke hari ini, masih belum dapat menempatkan diri ke surau Al Amin. Selain dari jumlah jemaah yang terhad, kekangan masa juga menjadi faktor. Semoga ada ruang di masa depan untuk kembali semula berjemaah di Surau Al Amin.
Dalam pada menunggu subuh untuk bersolat di pagi sabtu ini, saya termenung sebentar mencari ilham apa yang pada perkataan Istiqamah. Datang rasa syukur kerana Allah hadirkan rasa istiqamah dalam usaha usaha ibadah, buat baik dan kebajikan, walaupun “tangan” dan “hati” di lumuri dosa dosa yang tidak pernah nak bertepi. Terimakasih Allah kerana tidak hilangkan rasa ingin solat berjemaah, rasa ingin berzikir, rasa ingin bangun awal pagi buat takat yang mampu walau sedikit, dan macam macam lagi.
Kadang kadang kita selaku ketua keluarga kat rumah, tak difahami ahli ahli kita kenapa kita berusah bersungguh sungguh untuk kekalkan sifat istiqamah dalam beribadah - selalu baca al quran, selalu dengar majlis ilmu, selalu berjemaah dan saat paling kuat kena buat kerja kerja suruhan Allah ini adalah bila kita rasa malas sangat nak buat. Kerana selepas berbuat nya kita akan merasa satu nikmat yang teramat sangat sebab sudah berjaya atasi nafsu dan bisikan Iblis. Kekadang kecewa juga bila melihat ahli ahli yang kalau sedang baca kitab tu, mereka ambil sambil lewa saja, tapi kita kena teruskan juga kerana ketika ini semua nya rasa macam terpaksa tapi bila dah jumpa Allah nanti, tahu pula nak berpaut pada sepertinya tidak pernah datang si Nabi dan Rasul bercerita tentang itu dan ini dalam hidup kita sebagai muslim. Apatah lagi kalau si ketua keluarga pun selalu bertazkirah benda yang sama.
Sedangkan:Dalam Surah Al Hasyr, ayat 7, saya terbaca : “Apa yang diberikan oleh Rasul kepada kamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagi kamu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman Nya.”
Terjumpa juga dengan kata kata Umar al Khattab: “Kami adalah kaum yang dimulia kan Allah dengan Islam, maka jika kami mencari kemuliaan dengan selain cara cara Islam, nescaya Allah akan menghinakan kami.”
Kekadang susah juga nak “nurture” ahli ahli supaya “alert” dengan waktu solat, biarlah “match”/ “arrange” aktiviti ikut waktu solat. Nak sentiasa ingatkan diri sendiri juga. Selalu ingat sifat Nabi saw ketika tibanya waktu solat.
Pendek kata, sama sama lah kita semua istiqamah atas jalan islam. Apa apa pun redha Allah akan mengatasi semua.
*Akhir kalam..*
Istiqomah penting bagi seorang muslim, kerana amalan yang dilakukan secara berterusan akan menjadi ladang pahala dan menjadi perantara dalam mendekatkan diri kepada Allah.
Semoga kita kekal istiqamah
Salam sabtu..
Wallahu’alam
Wassalam
Dari, *NCS*

Comments
Post a Comment