*PKP119* - *Isi Kuliah Maghrib di Masjid BTHO pada malam PkP ke 119*

Assalamu’alaikum..
Salam sejahtera...

Dalam kita menyusun hidup kita untuk sebuah hari lagi, hari ini, kena sentiasa ingat menyusunnya  berpandukan aturan Allah SWT.

Sudah menjadi lumrah setiap orang nakkan pada  kesempurnaan dalam kehidupan. Seboleh boleh nya kita nak setiap apa yang kita lakukan selama ini diterma oleh Allah swt.

Untuk pagi ini, dalam hidup ni, kita kena sentiasa berdoa mintak Allah susun hidup kita dengan yang terbaik. Kita doa jugak moga2 jika ada pilihan yang kita kena buat, Allah ilhamkan kita untuk pilih mana yang terbaik dan yang Dia redha. Segala dugaan dan cubaan, bersangka baiklah dengan Allah dan yakin lah bahawa akan hadirnya kesenangan bersama dengan ujian tadi.

Moga2 kita kembali kepada Allah dalam keadaan kita redha dengan Allah dan Allah redha dengan kita.

Itulah yang selalu saya usahakan setiap, cuba seimbangkan setiap aktiviti sebaik mungkin. Semalam hampir separuh hari bermusafir ke Maran demi tugas dan tanggung jawab pada sebuah Projek PKPKT, malamnya, saya berusaha luang kan masa berkuliah dan berjemaah dan dapat mengutip sedikit bacaan untuk dititip di sini, moga ada manafaatnya.

*Isi Kuliah Maghrib di Masjid BTHO pada malam PkP ke 119*

Bila Sujud, kita akan baca subhanarabbiya a’la wabihamdihi. Ada ayat al Quran menyuruh kita membaca wirid ini ketika kita sujud.  Dari surah Surah al waqiah ::96

‎فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيمِ

“Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar”

Aksi spontan nabi saw ketika menerima ayat ini adalah sujud dengan membaca tasbih tadi. .

Sesungguhnya, Tuhan yang memberi rezeki pada kita semua. Bila kita menyebut “ya rabb” - kita sebut sifat Allah yang mencipta kita dan memberi rezeki pada kita. Bila kita berdoa dengan menyebut “ya Allah”, kita menimbulkan seluruh sifat Allah.

•Ayat - allazi khalaqa fasauwa - Allah yang maha tinggi al a’la, Allah mencipta setiap ciptaannya dengan penuh kesempurnaan. Allah bersifat khalaqa - mencipta. Tinggi nya Allah, tidak sama dengan sifat tinggi manusia. Kita tidak boleh mencipta tapi kita boleh menjadikan (jamada). Cipta benda yang tidak ada kepada ada tidak ada kemampuan pada manusia. Allah bersifat kedua dua mencipta dan mengadakan. Ayat ini Allah nak kenalkan Dia pada kita. Bagaimana Allah cipta kan kita? Allah ciptakan manusia sempurna, hingga kan tidak ada alat lain yang boleh gantikan ciptaannya. Contohnya, buah pinggang kita tidak boleh digantikan jika ianya rosak. Kalu ada mesin pun untuk buat dylisis, kita tak boleh bergerak.

Zirafah , leher nya panjang, jantung zirafah jauh dari kepalanya. Bagaimana darah dari jantung nya nak naik ke kepala. Sudah tentu kena ada kelajuan pam darah dari jantung yang tinggi dan ia boleh rosakkan salur darah. Tapi ianya tidak merosakkan pun salur darah zirafah. Maka, betapa sempurnan nya ciptaan Allah.

Bagaimana dengan yang tidak sempurna ? Hukum itu diambil berdasarkan majoriti. Majoriti ciptaan Allah sempurna. Yang tak sempurna hanya minoriti. Kenapa ada yang tak sempurna adalah untuk mengujinya, dan jika dia sabar, ganjaran nya tidak terhitung disisi Allah. Di uji dengan berbagai ujian sepanjang kehidupan tapi sabar, ini akan memberi ganjaran besar. Kisah seorang perempuan gila bertemu nabi saw, dan nabi tawarkan nya untuk doa supaya dia sempurna tapi tidak ada jaminan untuknya masuk syurga. Tapi jika dia kekal berada dalam keadaan nya sekarang, nabi saw janji kan syurga nya. Maka, perempuan itu memilih untuk kekal gila.

•Wallazi qadaro fahada.
Allah yang menetapkan takdir dan qada.

Jika kita faham ayat diatas, kita tidak akan bersusah hati dengan ketetapan Allah. Allah jugalah yang memberi petunjuk.

*Akhir kalam*

Kita memang sedia ada Hidayah semulajadi - kita boleh urus kehidupan. Kalau sejuk kita boleh sesuaikan. Kalau panas pun kita boleh sesuaikan. Yang kita harap adalah taufiq dan hidayah Allah.
Teruskan berdoa dan kemudian susun hidup berdasarkan aturan Allah, semoga kita selamat dunia dan akhirat.

Semoga ada sedikit manafaat.

Wallahu’alam
Wassalam...

Perkongsian Nota dari: *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S