*PKP120* - RENUNG RENUNGKANLAH, SATU CETUSAN HARI RABU.

Assalamu’alaikum..
Salam sejahtera.

Selamat tiba ke hari rabu yang ke 2497 dalam hidup saya jika di hitung secara kasar dari tahun masihi sejak hari di tandai sebagai hari lahir saya. Sebanyak itu lah peristiwa berbeza telah berlaku dalam hidup saya dan begitulah juga untuk semua manusia. Dan semuanya akan diputar semula untuk tontonan semua seketika di Padang Mahsyar nanti.

“Di Hari Pengadilan, ianya akan dimulakan dengan setiap manusia melihat tayangan gambar hidupnya selama di Alam Dunia.Dari sebuah hadis Rasulullah saw bermaksud,  barangsiapa menutup keburukan dan keaiban orang lain di dunia, kelak ALLAH akan juga menutup keburukan dan keaiban dirinya di Hari Pengadilan. Bagi siapa yang suka membuka keburukan dan keaiban diri orang lain di dunia, ALLAH juga akan menayangkan keburukan dan keaiban dirinya di Mahsyar dan dapat dilihat oleh sekelian umat manusia. Begitulah Maha Adilnya ALLAH swt”  KALAM INSANI LIVE JOURNAL.

Sedarilah hari ini adalah salah satu dari hari rakaman kehidupan yang kita akan jalani dan saksikan sendiri kelak. Pilihlah aktiviti aktiviti yang sekurang kurangnya bukan hanya ada aksi kita berdosa tapi carilah juga “scene” kita juga ada buat pahala. Moga moga yang negative dan positif itu akan menjadikan ianya neutral hinggalah datang syafaat Nabi saw membantu kita menjadikan keseluruhannya positif, ditambah rahmat Allah kerana kita berusaha pertahankan ajaran Islam. Yang mana akhirnya, kita tidak dicelup walau seketika di dalam neraka. Malah, terpilih terus ke syurga. Aaamin..

Kita tahu bukan tidak tahu tapi kekadang kita tidak sedar kerana kita hidup dibawah pengaruh dunia yang tidak akan pernah pun akan melebihi akhirat sebenar nya. Ianya tidak lebih dari ladang untuk kita bercucuk tanam bagi akhirat. Sama sama kita seimbangkan dunia dan akhirat kita, tiada dunia tiada akhirat.

Dan sesungguhnya semua ini kita akan berhadapan secara sendirian, tiada ada siapa lagi yang akan teman kan kita. Maksud firman ALLAH dalam surah al An'am ayat 94; "Dan sesungguhnya, kamu tetap datang kepada KAMI (pada hari itu) bersendirian, seperti mana KAMI jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah KAMI kurnia kan kepada kamu; dan KAMI tidak melihat beserta kamu penolong penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu sekutu ALLAH dalam kalangan kamu; dan sesungguhnya telah putuslah hubungan kamu (dengan mereka), dan hilang lenyap lah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan memberi faedah dan manfaat."

Begitulah kita seketika nanti dihadapkan ke Makhamah ALLAH swt. Segala yang disangka baik dan memberi faedah ketika hidup di Alam Dunia tidak dapat dibawa bersama memberi pertolongan. Harta benda yang dikumpulkan, keluarga yang banggakan, teman teman rapat yang selalu bersama, semua itu akan hilang. Ianya akan jadi bermanafaat jika kita guna kan semua itu mengikut jalan yang diredhoi Nya.

Renung renungkanlah, moga jadi pedoman hari ini hari rabu, moga berguna untuk dibawa bersama sepanjang kehidupan..

*Akhir kalam..*

Alhamdulillah. Hari ini 15 Julai, bernakna esok semua masjid dan surau akan di buka sepenuhnya tapi masih dalam SOP. Semoga kita semua terselamat dari sebarang fitnah menyebar kan COVID 19, berdoalah.

Pesanan dari MKM buat semua:  “Rakyat Malaysia jangan lupa, kita masih belum menang. Terus patuhi SOP ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid 19. Terus kekal amalkan 3W (Wash, Wear & Warn) & elakkan 3S (tempat sesak, sempit dan bersembang jarak dekat). Patuhi SOP”

Dan malam tadi, hati syahdu sayu kerana pertama selepas 119 hari dapat solat isya’ di saf yang paling depan berdekatan iman di masjid BTHO. Terima kasih Allah.

Ingatlah: Perkara pertama yang akan diperisa ialah soal ibadah solat kita.

Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui. Wallahu’alam

Semoga ada cetusan di hati kita.
Wassalam

Ikhlas dari:*NCS*

Comments

Popular posts from this blog

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S

PkpYr3.287.OMICRON