*Pkp122* IRAMA PAGI JUMAAT...

Assalamu’alaikum...

Terjaga sebelum subuh di pagi jumaat, terasa syukur amat pada Nya. Terpilih juga insan yang sehina saya ini untuk bangun melakukan apa yang patut dalam usaha menyapu dosa dosa yang tak pernah berhenti. Dalam pada berdoa memohon agar cahaya Illahi menyimbahi diri dari atas, bawah, depan, belakang, kanan, kiri juga menembusi penglihatan, pendengaran, hati dan juga lisan, sempat menangisi diri yang semakin hanyut dalam buaian nafsu sendiri.

Ya Allah tolonglah ampun kan aku dan kami semua..

Seketika itu juga ditemani speaker bluetooth didinihari sebegini ditemani irama merdu. *Harapan PadaMu Subur Kembali* https://youtu.be/3EBr1wWGWMc

Wahai tuhanku Yang Esa
Bila kenangkan Qohhar Mu
Rasa gerun di hatiku
kerana takutkan seksaMu,

Hamba Mu rasa berputus asa, siapa kah dapat bersihkan diri, dari segala dosa yang menggunung setiap hari setiap ketika

Tika mengenang Ghaffar Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan dijiwa, Tak sanggup meneruskan perjuanganku

Mehnah Mu itu penghapus dosaku Mengganti hukuman Mu di akhirat

Wahai tuhanku Yang Esa
Bila kenangkan Qohhar Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa Mu
Hamba Mu rasa berputus asa, Siapakah dapat bersihkan diri. Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Di waktu mengenang rahmat Mu, Terasa diri kurang bersyukur, Pada Mu harus ku memohon, Moga syukurku bertambah.

Alangkah susahnya mendidik nafsuku
Yang tidak melihat kebenaran Mu, Ya Allah tuhanku bantulah hamba Mu Dalam mendidik jiwaku ini

πŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺ

Dari itu terciptalah air mata keinsafan..

*Air mata Keinsafan*
https://youtu.be/T7E8RbpHMsQ

Air mata keinsafan,
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di sepertiga malam
Dari seorang hamba yang dhaif, Kerana mengenang segala dosa, Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan

Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian sirat
Syurga abadi

😭😭😭😭😭😭😭😭😭

Semoga Allah menerima doa doa kita seawal pagi ini dan memaafkan kita..

*Akhir kalam..*

kawan kawan semua, mari lah kita jadikan Jumaat kita kali ini lebih bererti. Bukan nya apa, untuk kebaikan kita juga. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat sebenar nya merupakan ruang dan peluang untuk  kita rebut.

Kita mengaku kita orang Islam. Kita pun mengaku bahawa kita mengamalkan segala suruhan agama. Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut.

Kalau rasa rasa selalunya macam malas nak selawat, macam tak ada mood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk lebih bersemangat berselawat, berzikir, istighfar...

Nabi sendiri menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.

Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba betul betul. Mana tahu andai Allah juga bakal beri kita hidayah terhebat sebelum kita tinggalkan dunia. In shaa Allah…

Semoga bermanafaat..

Wallahu’alam
Wassalam

..Seri Minang at 5:00 am
From: *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S