*Pkp123*
•TERUSKAN KEHIDUPAN.
*Nota Kuliah Ustaz Khairul Amri (II)*

Assalamu’alaikum..

Selamat berehat hari ini semua, semoga rehat ini hanya untuk “kerja” sahaja kerana “tugas” kita sebagai hamba Nya tidak ada rehat melainkan bila kita sudah mati.

Manusia perlu berjuang. Kerana ada tanggungjawab yang perlu  ditunai, ada yang untuk diri sendiri, ada untuk keluarga, agama dan negara. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Yang terbaik akan menang, dan yang leka akan tinggal ke belakang. Itulah adat berjuang.

Kekayaan yang dimiliki, anggota tubuh badan yang dinikmati mesti digunakan sebaik mungkin, juga usia yang diberi. Semuanya akan ditanya Allah nanti, ianya untuk apa, bagaimana dan kenapa ia digunakan. Mereka yang terpesona dengan indahnya dunia akan pasti hanyut di dalam arus nafsu. Kerana itu, selagi nyawa masih di badan, perjuangan kehidupan diteruskan. Jadilah Orang beriman, mereka ini menggunakan segala amanah yang diberi oleh Allah sebaik mungkin, demi untuk kemuncak segala nikmat yang tidak dapat diluahkan melalui ungkapan kata kata yakni “Syurga”. Sesiapun tidak akan menikmati kehidupan syurga, kecuali setelah mati terlebih dahulu. Mati bererti menemui Allah, kerana itu, apabila seorang yang beriman redha untuk mati, bererti dia redha untuk bertemu Allah. Dimana kita dalam hal ini, tanyalah diri sendiri kerana kita tahu apa yang kita buat, Allah juga tahu apa yang kita buat.

Untuk itu pagi ini, saya nak share nota kuliah maghrib di Masjid BTHO ketika surau Al Amin masih dalam SoP 40 jemaah sahaja. Kini, saya sudah pun mula menyertai jemaah Surau Al Amin. Nota ini adalah sambungan dari Nota Kuliah ustaz Khairil Amri..

*Nota Kuliah Ustaz Khairul Amri (II)*

Al hubbu - penyakit cinta dunia - di dalam Al Quran disebut sebanyak 80 kali.

Dunia pendek masanya. Kita ada kepenatan. Sebab itu islam tidak anjur sangat kita bina perkara yang tidak ada nilai.

Dua amalan dalam hidup untuk bahagia dunia dan akhirat - cari ilmu dan beramal dengannya. Moga tiap kerja kita diterima Allah.

Apakah syarat kerja kita untuk Allah pandang kerja kita sempurna?

•Ibtilla - permulaan
•iktimat - pertengahan
•ikhitam - penamat/penutup

Contoh- permulaan bagi solat, kita mula dengan berdiri dengan betul. Niat kena ada. Jadi kalau buat  kerja tidak pasang niat untuk kerana Allah, yang ini dah pun tidak diterima Allah. Pertengahan dalam solat pula, kena ada ruku dan sujud, jadi kalau masa ni pula fokus kita melayang; maka tidak kemana pula solat kita kerana terganggu. Begitu juga, dalam kerja, sudah sampai pejabat tapi tak buat apa yang patut di buat. Buat cincai saja. Maka, khuatir kerja tidak diterima sebagai amalan kerja disisi Allah swt.’Begitulah halnya untuk satu pengakhiran juga. Kalau kentut sebelum salam, batal semua. Begitu juga dengan kerja dekat dekat nak habis masa kerja kita buat hal yang tidak sepatutnya..
Rosak semua nilai kerja..

Ibtila’ dalam kehidupan manusia adalah ilmu. Nak berjaya dalam hidup kena ada ilmu. Petanda aras ilmu yang betul, tengok pada peringkat pertengahan, kena ada perubahan. Kena ada penambah baikkan. Kita ke kuliah bukan sebab malu tapi sebab ilmu dan dari ilmu kita jadikan satu momentum dalam penambahan baik amalan kita. Jangan kita rajin belajar tapi tidak ada perubahan..

*AKHIR KALAM*

“Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan, telah ramai kapal karam didalam nya. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini"

Hidup kena diteruskan dan jangan putus asa kerana kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

“Kegagalan adalah asas kemenangan”

Moga bermanafaat..

Wallahu’alam
Wassalam.

Dari, *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S