*Pkp124* - Diari Semalam: Kuliah Subuh, kisah “ Delivery Man” dan “GraveDigger”, Inilah neraka dari Ustaz Hasnil.

Assalamu’alaikum...

Memasuki hari ke dua untuk minggu ke tiga di bulan July, setelah hari jumaat di ambil kira sebagai penghulu segala hari.

*KULIAH SUBUH PERTAMA DI SURAU AL AMIN*

Semalam ada lah hari pertama selepas kuliah subuh yang terakhir saya ikuti adalah seawal March dulu. Dan kuliah yang disampaikan olen Prof Dr Mat Rofa memang di luar kotak. Ianya berkenaan tentang Kenapa Mekah di panggil Ummul Qura. Ianya adalah mengingati hebatnya tanah Mekah yang Allah telah ciptakan sebagai tanah pertama yang muncul di muka bumi selepas asal nya bumi di pemuhi air dan gunung ganang semuanya berada di dalam air. Apa yang lebih hebat lagi adalah Mekah adalah merupakan titik tengah dunia. Ini fakta yang tidak dapat dinafikan.
Tapi dengan penuh rasa sayu, kita semua tahu, tahun ini kemuncak haji di Padang Arafah yang berada di Tanah Mekah tidak akan ada yang menghuninya. Sabarlah semua dengan ujian Allah.

“Mekah adalah bumi yang pertama, muncul atas sebab letusan gunung yang meletup didasar laut hingga naik ke atas jadi tanah rata. Al ardh - benua, tanah atau bumi. Inilah bumi yang pertama yang berada diatas paras air yang dicipta oleh Allah swt” - Prof Dr Mat Rofa.

Sama sama kita berdoa moga Allah berikan satu penyelesaian pada isu COVID 19 ini secara global.

*Kisah si Penggali Kubur*

Selesai kuliah subuh ( ikut Sop C-19, kena dihentikan bila dah masuk syuru’), saya terdengar pihak Ajk surau ajak Prof untuk sarapan pagi tapi Prof tidak dapat penuhi kerana ada urusan lain. Lalu, saya hubungi sahabat KPP batch intake 86 yang juga rakan surau di surau Al Amin untuk sarapan pagi. “Haji Jeneral” meyambutnya dan kami pekena nasi belauk kerabu di sebelah Klinik Kesihatan BTHO. Seketika sedang kami rancak berborak, datanglah sahabat si penggali kubur cum pemandu van jenazah dan juga pemandi mayat sertai kami. Mukanya agak tembam, bila di tanya kata nya inilah takdir orang yang kerja macam dia, macam macam badi yang datang hinggap. Bila sakit sakit dia pegi jumpa doktor tapi selepas di periksa tidak ada sakitnya. Kena berubat dengan ayat ayat syifa’ atau pergi bertemu Darul Syifa’. Dan bermulalah cerita nya tentang peristiwa yang di lalui sepanjang dia menyandang jawatan “hebat” ini. Antara yang menariknya, pernah suatu ketika dia dikehendaki menghantar jenazah dengan memandu van jenazah. Biasanya dia akan pergi kemana mana untuk “delivery” ini, dengan anak nya sebab anaknya akan tidur. Kalau ada apa apa hal pun dia akan hadap sorang sorang. Sehinggalah tiba di “highway” baru dari Kuala Lipis ke Gua Musang, dia dah mula rasa meremang, mayat ada di belakang van dan anaknya sedang tidur. Jam ketika itu dah melepasi 12 malam. Pada pendapat nya, saat itulah banyak iblis dan syaitan meracau racau  nak nak di kawasan hutan. Sedang dia merasa bulu roma nya meremang, TIBA TIBA dia dikejutkan dengan pandangan didepannya adalah juntion yang ada Traffic Light. Katanya, aikk, camana boleh ada traffic light di tengah Highway yang berliku macam ni. Di tengah tengah hutan pula. Dan Ketika tiada kenderaan lain lalu lalang disitu. Lalu, dia memutuskan untuk tidak meneruskan dan “stop by the roadside”, menunggu sehingga debaran dan remang nya hilang sambil menunduk pandangan tidak melihat traffic light itu. Bila debatan dan “remangan” sudah hilang baru lah dia mengangkat kepalanya melihat traffic light itu dan amazingly, dia dapati traffic light itu dah TIADA!

Ohhh, terkejut kami yang mendengarnya. Selepas itu dia meneruskan perjalanan dan seketika dia tiba di kawasan traffic light itu, dia melihat arah traffic light itu adalah JURANG dibawah nya. Subhanallah. Sampai tahap tu, si iblis menganggu manusia. Alhamdulillah, si “delivery man” ini selamat tiba ke destnasi selepas itu.

Itulah secebis kisah untuk kita hargai tugas mereka yang bertugas sebagai pemandu van jenazah. Dan dia yang juga penggali kubur, bila di cadangkan untuk dibukukan kisah kisah nya dia tak mahu kerana tak mahu ada pihak yang ambil kesempatan untuk tujuan perniagaan, seperti kisah tok adi. Katanya, akan ada banyak tokok tambah nanti. Akhirnya, dia memaklumkan kisah ular dalam kubur seperti yang ada di dalam drama tu, menang susah nak jumpa. Tapi dia kekadang selaku orang lama dalam menggali kubur, Allah khasafkan untuk dia melihat apa yang ada dalam kubur sebelum mayat tiba tapi tak ada siapa pun yang nampak. Dan padanya, itu rahsia yang dia akan simpan.

Semoga Allah permudahkan urusan kematian kita nanti kerana mati itu adalah pasti.

*Kuliah Maghrib bersama ustaz Hasnil..*

Alhamdulillah. Semalam kalau dari segi majlis ilmunya memang “superb” kerana malamnya saya dapat pula bertandang ke majlis ilmu bersama ustaz Hasnil ( saya tertukar dengan kembarnya ustaz hasnol) yang membicarakan tajuk “ inilah neraka..” in shaa Allah, saya dah minta izin dengannya untuk share isi kandungan buku nipis nya itu dalam tulis pagi saya. Buku nipis ini diberikan pada semua jemaah untuk jemaah infaqkan pada Yayasan Nur Ramlah sebanyak rm5. Untuk pagi, sama sama kita renungi ayat yang dibawah ini dari surah Maryam  ( ayat 71-72).

“ dan tidak ada seorang pun dari kamu tidak melintasi neraka ( dengan menyeberangi titian sirath), hal itu adalah hukum Allah yang pasti sudah ditetapkan. Kemudian kami selamatkan golongan bertaqwa dan membiarkan mereka yang zalim jatuh ke neraka dalam keadaan berlutut”

Allahuakbar

*Akhir kalam*

Semoga hari hari yang kita lalui akan menjadikan kita lebih baik disisi Allah, jika ada kekurangan dalam diri kita segeralah kembali pada Nya. Bertaubatlah pada Nya.

Semoga bermanafaat

Wallahu’alam
Wassalam

Dari, *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S