*Pkp126* - SEGARA CARI SIFAT BERHATI HATI DAN TENANG. Say No To PkP II. Sambungan BUKU “ INILAH NERAKA...”

Assalamu’alaikum...

Dalam pada kita menerus kan perjalanan kehidupan, kita kena teruskan sifat dan sikap berhati hati kerana itu lah sifat muslim. Kini amaran untuk PKP II sedang di laungkan oleh kerajaan Malaysia selepas menyaksikan naik nya jumlah COVID 19 ke “double digit”. Semua orang tahu berapa nilai kerugian yang akan berlaku jika PKP II terpaksa diadakan.  Maka, marilah kita sesali seawal mungkin tindak tanduk kita dalam melayani isu COVID 19 yang hakikatnya masih belum pulih sepenuhnya. Jadilah kita antara yang kekal dengan SOP C - 19. Terus Jagalah penjarakkan sosial, jaga sentuhan, sentiasa guna hand sanitizer antara nya.

Dan yang paling penting, selain dari SOP C19,  sama sama lah kita teruskan kerja kerja seharian kita mengikut SOP yang berpaksikan pada peraturan syariat dalam al Quran, hadis dan alim ulama yang didasarka pada ajaran Rasulullah SAW. Sentiasa lah lahirkan rasa syukur dan terima kasih pada nikmat yang dikurniakan Allah SWT yang memilih kita rakyat Malaysia berada di tahap ini dalam usaha mengekang COVID 19. Kongsikan kesenangan ini dengan keluarga, rakan taulan dan masyarakat. Pastikan amalan dan pekerjaan yang kita nak buat bermanfaat untuk diri dan orang lain serta dilakukan dengan terbaik agar diredai Allah SWT. In shaa Allah..

Renungan untuk saya selaku rakyat Malaysia yang baru malam tadi selepas 124 hari dapat merasa “back to back” solat Maghrib dan isya’  berjemaah di ruman Nya. Takutkan peluang ini terlepas lagi dek PKP II, jika terpaksa, saya menyeru diri sendiri dan semua terus berhati hati...:

“Sesungguhnya ada dua kualiti (sifat) pada kamu yang Allah cintai -  sifat sopan santun (bijak dalam bertindak) dan tenang (tidak gopoh meneliti sebelum bertindak)” (Sahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Sunan al Tirmizi)

Mengapa Allah suka sifat tenang? Kata assatizah - “hamba yang tenang sukar terjerumus dalam kesilapan emosi yang didorong oleh ketidak warasan berfikir. Orang yang tenang tidak bertindak kecuali selepas lama berfikir dan melihat segala sudut baik atau buruk. Lidah atau jari jemarinya tidak cepat menutur kata (di alam nyata atau alam maya dalam medial sosial) sebelum dinilai dosa pahalanya. Bicara dan tindakan mereka dilihat dalam neraca manafaat dan bahagia. Geraknya hanya mencari pahala dan membahagiakan orang”

Untuk Pagi ini, izinkan saya terus kan sharing apa yang ada dalam buku kecil INILAH NERAKA yang disusun oleh Ustaz Mohammad Hasnil.

*INILAH NERAKA*

•Doa hindari neraka

Al Furqan (25) : ayat 65

‎وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ ۖ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا

“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisih kanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan”

•Doa selepas tahiyyat akhir sebelum salam

‎اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ،
‎وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّال

 “Ya Allah! Aku berlindung dengan Mu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari kejahatan fitnah dajjal.” (Riwayat Muslim)

•Mengapa mereka menghuni Neraka

‎مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ

"Apakah yang menyebab kan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"

Al mudadassir 43 - 47

‎قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ

Orang orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang orang yang mengerja kan solat”

‎وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ

"Dan kami tidak pernah memberi makan orang orang miskin”

‎وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ الْخَاbئِضِينَ

"Dan kami dahulu selalu ambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama sama orang2 yang memperkata kannya”

‎وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ الدِّينِ

"Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan”

‎حَتَّىٰ أَتَانَا الْيَقِينُ

"Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini".

•ciri ciri ahli neraka

1. Tidak mendirikan solat
2. Tidak memberi makan pada orang miskin
3. Hidup dalam maksiat, kelalaian, mengikut hawa nafsu
4. Tidak beriman dengan hari kiamat
5. Tidak sempat bertaubat sehingga mati.

Esok kita teroka lagi buku kecil INILAH NERAKA...

*akhir kalam...*

Pengajaran penting untuk saya pagi ini adalah kita perlu sentiasa tenang. Jiwailah ajaran Islam dan jangan gopoh bertindak ketika menangani isu yang melanda. Kedamaian yang sudah sekian lama kita nikmati di Tanah Melayu usah dicalar dengan kegopohan. Tidak berbaloi jika kita semua dalam kesusahan hanya kerana sikap gopoh sesetengah warga. Kalut lagi gopoh bertindak tanpa berfikiran waras boleh memangsa kan orang yang tidak bersalah. Hadam betul betul kepentingan bersikap tenang kerana tenang itu menang! Moga kita menang..

Mohon maaf pada semua.
Moga bermanafaat..

Wallahu’alam
Wassalam

Dari, *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S