*Pkp127* - Siapakah ashahul a’araf?
Assalamu’alaikum..
Salam sejahtera. Selamat meneruskan kehidupan yang fana’ sementara menanti yang baqa. Semoga kita tidak terpinar dengan yang fana’ tetapi lebih tertarik pada yang baqa’. Yang pasti kita tidak dicipta kan sia sia.
Al Mukminun, ayat 115: “Apakah kamu menyangka bahawa Kami (Allah SWT) menjadikan kamu dengan sia sia sahaja tanpa sebarang hikmat daripada penciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
Amat beruntung buat setiap Mukmin yang sentiasa ingatkan dirinya dunia yang dilalui adalah medan ujian Allah untuk melihat siapa antara hamba Nya paling baik amalannya dan bertakwa.
Selamat meneruskan sebuah kehidupan, pandai pandai lah bawa diri, kita nanti akan sediri sebelum ke syurga atau neraka. Semoga Allah jauhakan kita dari neraka.
Alhamdulillah. Masih dapat sambung isi kandungan dari buku nipis susunan Ustaz Mohamad Hasnil untuk tatapan bersama:
*Sambungan.. هَٰذِهِ النَّارُ*
- Siapa ashabul a’araf
At Tur :14
هَٰذِهِ النَّارُ الَّتِي كُنْتُمْ بِهَا تُكَذِّبُونَ
(Dan dikatakan kepada mereka): "Inilah api neraka yang dahulu kamu mendustakannya”
Ar Rahman :43
هَٰذِهِ جَهَنَّمُ الَّتِي يُكَذِّبُ بِهَا الْمُجْرِمُونَ
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang orang yang berdosa mendustakannya "
Al Kahfi:53
وَرَأَى الْمُجْرِمُونَ النَّارَ فَظَنُّوا أَنَّهُمْ مُوَاقِعُوهَا وَلَمْ يَجِدُوا عَنْهَا مَصْرِفًا
Dan orang orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka, maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya.
Ada tiga golongan :
•ashabun Naar - golongan neraka
•ashabul Jannah - golongan syurga
•ashabul a’araf - ????
Siapa? Ashaabul a’raf adalah jama’ dari urf yang ertinya pagar yang tinggi yang diletakkan antara pemduduk syurga dan penduduk neraka. Adapun secara bahasa makna urf iaitu tempat yang tinggi
(Kitab Fathul Qadir)
Golongan ini walaupun mereka selamat tidak masuk ke neraka tetapi mereka “lebih lambat” masuk ke syurga. Antara ciri mereka ialah Syahid di jalan Allah tetapi berdosa kepada ayah ibu, anak zina, seorang yang mendapat redha ayah tapi tidak ibunya begitu juga sebaliknya, mati dizaman fitrah, anak orang musyrik, golongan yang melakukan dosa kecil yang tidak terangkat dengan ujian serta musibah sedangkan mereka tidak melakukan dosa besar.
Kebaikan dan keburukan yang mereka lakukkan seimbang, kebaikan mereka tidak mampu menjadikan mereka sampai ke syurga, sementara keburukan mereka juga menjadikan mereka ahli neraka. Ini adalah pendapat yang dikemukan oleh ibnu Mas’ud, ibnu abbas, abu hurairah, Huzaifah Asy-sya’bi dan Qatadah.
Ibnu kathir berkata: “ semua pendapat ini adalah saling berdekatan, yang kembali kepada satu makna iaitu mereka adalah kaum yang kebaikan dan keburukan adalah sama”
*Akhir kalam*
Jangan menunda waktu untuk bertaubat kerana sehebat mana sekalipun diri kita ketika di dunia, pasti kita tidak akan terlepas dari berdosa dan kesalahan.
Semoga kita semua diberi kan kekuatan oleh Allah untuk sentiasa istiqamah menjadi seorang Mukmin yang patuh dan taat pada Nya.
RENUNGI NASIB KITA “ESOK” BERMULA DARI HARI INI, JANGANLAH DI TUNGGU MATI, BARU NAK MERATAPI.
SEMOGA ADA MANAFAAT
Wallahu’alam
Wassalam
Ikhlas dari, *NCS*

Comments
Post a Comment