Pkp128* - Ahlan wa Sahlan Ya ZulHijjah..
*Pkp128* - Ahlan wa Sahlan Ya ZulHijjah...
Assalamu’alaikum ...
Saat yang manis akan terasa dalam kita beribadah diketika kita selesai kerjakan sesuatu ibadah sebelum nya kita amat malas melakukannya. Sebab itulah dalam soal ibadah kita banyak kena bermula dengan “paksa” diri kerana kita kena melatih diri untuk membiasakan dengan nya. Jadi, bila mana tiba satu hari atau keadaan di mana fadhilat dan kelebihan nya yang Allah kurniakan begitu hebat dari segi kiraan pahalanya, kita akan dapat melakukkannya dengan senang. Begitulah ketika kita berada dalam 10 hari pertama zulhijjjah. Semalam bermula nya hari pertama dalam bulan Zulhijjah dan tahniah pada yang berpuasa semalam. Semoga semua nya akan mendapat balasan yang setimpal.
Semalam di kuliah Maghrib, di surau AlAmin, Ustaz Bakhtiar banyak mengulas tentang akan kehebatan 10 hari pertama ZulhIjjah.
Firman Allah di dalam Surah AlFajr ayat 2, “Dan malam yang sepuluh (yang ada banyak kelebihan di sisi Allah)”
Kata Ustaz, Ibnu Kathir menyebut mengenai malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam yang pertama pada Bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az Zubair, Mujahid dan lainnya.
Hadis Baginda Rasulullah saw: "Tidak ada hari yang mana amal soleh dilakukan padanya lebih dicintai oleh Allah daripada sepuluh hari ini (awal Zulhijjah)." Mereka berkata; Wahai Rasulullah! Tidak juga berjihad di jalan Allah? Baginda berkata: “Tidak juga berjihad di jalan Allah melainkan seseorang itu keluar dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak kembali (syahid) dengan membawa sesuatu pun”
- Bukhari 969.
Eloklah jika kita dapat laku kan amalan sunat yang banyak di sepanjang 10 hari awal Zulhijjah ini. Apatah lagi dengan kebaikan nya akan menyamai 1000 hari. Bayang kan jika kita dapat tahajjud, sunat qabliyyah subuh, sunat ishrak, sunat dhuha, solat berjemaah lima waktu, solat ba’diyyaj, solat witir, membaca al quran dan macam macam lagi, tinggal kita untuk melakukannya. Moga kita akan dapat perolehi segala kebaikan nya nanti. Aammin...
Kemuncak kepada ibadah dalam bulan zulhijjah adalah haji dan korban. Berusaha lah kita untuk menyertai ibadah korban yang akan dilakukan pada 10, 11 dan 12 Zulhijjah nanti.
Tapi Zulhijjah yang disamput pada kali ini sedikit berbeza berbanding tahun tahun terdahulu kerana kebiasaan nya jemaah haji sudah berpusu pusu ke Makkkah. Tapi
pada tahun ini ia telah ditangguh kan akibat penularan Covid 19.
Tinggalah ibadah korban untuk kita teruskan pada tahun ini. Pada yang akan menyertai ibadah korban pada tahun ini, berjaga jagalah untuk tidak memotong kuku dan rambut bermula 1 Zuhijjah hingga hari korban.
Semoga kita semua dalam redha Allah.
*Akhir kalam*
Atas keistimewaan yang Allah kurniakan kepada kita pada hari hari di bulan Zulhijjh ini, marilah sama sama kita usaha laksanakan nya, moga kita sentiasa menjadi hamba Allah yang bersyukur. Lakukan mana mana kebaikan walaupun sedikit asalkan kita tidak terlepas peluang yang ada.
Mudah mudahan dengan hadirnya Zulhijjah pada kali ini akan dapat mengubah kita menjadi lebih baik dari sebelum ini.
Jika kita sayang Allah dan nabi kita dengan menurut perintah yang diturunkan, Allah akan lebih mencintai dan menyayangi kita.
Wallahu’alam
Wassalam
Catatan: *NCS*
2 Zulhijjah

Comments
Post a Comment