*PKP130* -
•JERITAN YANG TIDAK DI LAYANI. Sambungan dari InIlAh Neraka...
Assalamu’alaikum..
Barakallahufikum. Asal dari kalimat “Baarakallaah”, bila ditukar ke “fiikum”, ianya beerti “kepadamu” untuk lelaki, perempuan, atau orang banyak.
Dari satu artikel, Baarakallah tersusun dari 2 kata, yaitu “baaraka (بارك)” , dan “Allah (الله)”. Kata “baaraka” makna nya berkah, kemanfaatan, bertambahnya kebaikan. Kata “Allah” bererti Allah Ta’ala. Jika kedua kata ini digabung bererti “Semoga Allah memberkati”.
Itulah yang kita cari dalam hidup, keberkatan. Ianya amat tersembunyi , hanya yang nampak saja akan merasainya. Setiap suruhan dan larangan Allah melalui ajaran nabi saw sememang nya banyak barokah yang terselindung. Seperti anak anak menghormati ibu bapa mendengar kata mereka dan juga si isteri mentaati perintah suami yang soleh.
Kerana hormat pada orang tua dan akur pada arahan suami yang soleh adalah antara ajaran Nabi saw.
Dan saya pula semalam terasa dihampiri barokah Allah kerana selepas 129 hari dan 18 kali merelakan diri tidak solat jumaat, akhir nya saya bersolat jumaat di Masjid Nurul Islam masjid sebelah Highway MRR2 selepas TESCO kg Pandan.
Terimakasih Allah. Barulah terasa tenang dalam jiwa.
Semoga barokah ini semua akan menghindarkan kita dari azab Allah di akhirat nanti terutamanya azab api neraka. Aaaminn..
Pagi kita sambung petikan dari buku nipis INILAH NERAKA lagi..
*Sambungan INILAH NERAKA. JERITAN... TIDAK DI LAYANI*
Jeritan rayuan agar di pulangkan ke dunia dan mereka berjanji dan akan lakukan amalan soleh tidak di layan. Sekali lagi Allah menjawab dengan jawapan yang tersangat perit, pedih dan hancur luluh harapan.
Al Fatir : 37
وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ ۚ أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ ۖ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ نَصِيرٍ
“Dan mereka menjerit jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerja kan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat pada nya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat memberi kan pertolongan".
DIAMLAH KAMU !
Al mu’minun :107
رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْهَا فَإِنْ عُدْنَا فَإِنَّا ظَالِمُونَ
"Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembali kanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang orang yang zalim."
Al Mu’minun :108
قَالَ اخْسَئُوا فِيهَا وَلَا تُكَلِّمُونِ
“(Allah) berfirman: "Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam neraka, dan jangan lah kamu berkata kata (memohon sesuatupun) kepadaKu!”
Tempelekan Allah pada penghuni neraka di dalam As Sajadah ayat 14...
As Sajadah :14
فَذُوقُوا بِمَا نَسِيتُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَٰذَا إِنَّا نَسِينَاكُمْ ۖ وَذُوقُوا عَذَابَ الْخُلْدِ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
(Lalu dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguh nya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
JANGAN SESEKALI MENDERHAKAI ALLAH DAN LALAI MENTAATINYA PADAHNYA AKAN MENJADI MAKHLUK TERHINA DI DALAM NERAKA..
Berwaspadalah!
[Esok kita share pulak pasal MENU ISTIMEWA UNTUK AHLI NERAKA]
*Akhir kalam..*
Hindarilah diri tercampak masuk ke dalam golongan yang tidak diredhai Allah, sehingga tiada barokah. Masuklah diri dalam redha Allah. Pesanan untuk kita semua renungi...
Dari Abdullah bin ‘Amrin bin Ash RA, Nabi bersabda: “Keredaan Allah itu terletak pada keredaan kedua ibu bapa, dan murka Allah itu terletak pada murka kedua ibu bapa”. At-Tirmidzi
Untuk si isteri pula, jelas banyak hadis mengiktiraf Redha Suami sebagai kunci isteri ke syurga. Nak nak lagi kalau si suami tu jenis taat pada perintah Allah dan tunaikan tanggung jawab nya sebagai suami. Kalau suami sebegitu, Si isteri jangan keras mendabik dada dengan berkata : “biarlah ke neraka kerana tidak mampu ikut pesanan suami lag”i. Besar bahana nya. Tak jumpa lagi dengan azab kita tak rasa kita tidak akan menyesal. Tapi tunggu lah saatnya..
Renungkanlah..
Semoga bermanafaat
Wallahu’alam
Wassalam
Dari, *NCS*

Comments
Post a Comment