*Pkp133* - Nota Kuliah Subuh Ustaz Abdul Muizz: GEJALA KEDEGILAN. DO NOT TAKE FOR GRANTED ALLAH’S FORGIVENESS.

Assalamu’alaikum...
Salam pagi selasa penuh barokah, didoakan pada yang sedang ditakdirkan dengan takdir yang baik baik, moga akan terus disimbah dengan takdir yang baik selalu dan jangan lupa Allah. Pada sahabat sahabiah yang sedang gundah gulana, renungkan sekejap cari silap dimana, segera kembali pada Allah, juga jangan lupa Allah.

Semalam, 1 jam 15 minit tempuh perjalanan dari Shah Alam ke Cheras, niat untuk berjemaah di Al Amin tapi terpaksa singgah di surau Al Mubarakan Bukit Cheras untuk Maghrib. Tiba disitu, ketika iqamah sedang di laungkan. Ada seorang jemaah masih menunggu, dan memantau “makmum masbuk”. Inilah SOP di zaman COVID 19 yang masih belum reda, malah mengancam untuk kembali dengan gelombang baru. Jadi sama sama kita beri kerjasama demi untuk keselamatan dan kesejahteran bersama.

Alhamdulillah, dapat amin kan doa imam yang berdoa penuh syahdu. Hati terasa tersentuh hinggakan tertitis air mata kesayuan dengan isi dan nada doanya. Moga kita semua selamat dunia dan akhirat.

Pagi ini, kita berehat dari pengisian buku nipis INILAH NERAKA, tapi saya nak share nota yang sempat saya ambil ketika kuliah Ustaz Abdul Muizz baru ahad 19 July. Pada hemat saya, nota ini cukup bermakna untuk saya yang sedang “take for granted” dengan sifat pemurah dan pengampun nya Allah swt. Sila lah baca. Mungkin agak panjang tapi berbaloi..

*Ustaz Abdul Muizz*
*GEJALA KEDEGILAN*
*Tadabbur ayat surah alkhfi*


Al Quran 18:55

‎وَمَا مَنَعَ النَّاسَ أَنْ يُؤْمِنُوا إِذْ جَاءَهُمُ الْهُدَىٰ وَيَسْتَغْفِرُوا رَبَّهُمْ إِلَّا أَنْ تَأْتِيَهُمْ سُنَّةُ الْأَوَّلِينَ أَوْ يَأْتِيَهُمُ الْعَذَابُ قُبُلًا

“Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al Quran kepada mereka, dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu, atau di datangi azab yang dilihat dan dihadapi”

Allah jelaskan kekeliruan yang sering berlaku pada manusia tentang iman. Ada yang berkata iman tak ada pada mereka kerana tidak dapat atau tiada seru dari Allah. Sedangkan dalam ayat diatas, semua akan bertemu dengan huda. Bila seruan iman dah datang pada kita, ertinya hidayah dah sampai. Hidayah ini berkaitan dengan perkara pendegaran - al quran - golongan yang mendengar nasihat dan ikuti yang terbaik bila mendengar teguran itu dan mereka itulah golongan yang menerima hidayah.

Ertinya majlis majlis ilmu itu dikira sebagai tempat tadahan hidayah. Sebahagian besar hidayah itu adalah ilmu. Ramai yang ingat hidayah ni, benda nak buat tiba tiba saja. Hidayah berkait dengan ilmu yang ada dalam alquran. Al quran adalah petunjuk dan huda.

“ kami tidak mengazab kecuali selepas kami hadirkan Rasul”..

Hidayah datang melalui guru, nasihat, kawan kawan menegur, hasil dari musibah yang malang menyebabkan kita berfikir balik salah silap kita. Tak sepatutnya kita merasa kita tidak pernah dapat hidayah sedangakan tahunya kita akan sesuatu boleh atau tidak itu adalah ilmu. Manusia sendiri yang selalu menolak hidayah untuk mereka. Hidayah datang pada kita dengan jelas, jangan letak ego kita hingga kita tolak kebenaran.

Seruan untuk meminta ampun pada Allah.. bukan beza orang beriman dan orang munafik adalah berbuat dosa kerana kedua duanya pendosa. Bezanya adalah rasa bersalah bila berdosa. Itulah yang berlaku pada orang beriman tapi tidak pada munafikun. Dalam surah
Munafikun, orang munafik tidak mengaku mereka bersalah. Jika kita rasa bersalah kita akan bertaubat. Dan inilah permulaan hidayah.

Kedegilan manusia dalam bab ini, sepertinya mencabar Allah. Ada yang mencabar Allah, seperti kata kata - mana ada musibah atas dosa dosa yang mereka dah buat, ini adalah satu kerja membunuh diri.

Musyrikin - wahai Allah, jika apa yang dikatakan muhamad benar, berikan azab pada kamu dengan jatuhkan batu dari langit”

Ini sikap dalam masyarakat, kalau buat salah kena ada bala dari Allah meyebabkan ada yang ternanti nanti. Harapkan balasan secara cash, sehingga ada yang akhirnya bila mereka tidak di timpa apa apa musibah mereka rasa mereka tidak berdosa pun sebenarnya. Ini satu sangkaan (stigma)

Dosa dan pahala dibuktikan dengan hujjah bukan dibuktikan dengan nasib.

Meskipun mereka yang buat salah disisi Allah tetapi hidup penuh nikmat dunia, tapi sebaliknya.

“Tidak kami utus nabi dan rasul kecuali untuk sampaikan motivasi dan ancaman” ..

Elak fahaman Murjiaah — fahaman buat dosa macam mana pun Allah akan ampun kan dosa. Tapi kalau ancaman saja yang disebut pun tak boleh juga. Maka kena seimbang antara motivasi dan ancaman.

Inilah yang berlaku pada orang orang eropah di zaman gelap mereka, sehingga wujudnya golongan protestan.

Bila ibnu Abbas ditanya apa hukum dan apa yang berlaku jika saya tinggal solat. Ibnu Abbas: Allah swt maha pengampun dan terus lakukan. Tapi bila datang yang lain dengan soalan yang sama, dia jawab tinggal solat ertinya kafir. Dari sialan yanh sama tapi dua jawapan berbeza ini, ianya menunjukkkan seimbang antara motivasi dan ancaman. Yang pertama memang kaki tinggal solat dan yang kedua memang kaki solat.

Bila di timpa bala, mesti ada dosa yang kita buat, tapi sebaliknya kita kena faham Allah boleh terima taubat kita.

COVID 19 ini adalah bala Allah, renung lihat dosa kita. Dan motivasi nya kita boleh bertaubat pada Nya. Ketika inilah Allah akan tarik balik nikmat untuk sedarkan kita.

“Orang kafir membantah secara batil agar melenyap kan yang hak”

Daya fikir manusia boleh di exploit pada perkara yang baik dan juga perkara yang jahat. Moral dan dosa. Bila buat yang jahat jahat, manusia akan ada hujjah sendiri. Berbalik pada hati manusia, kalau baik otak nya akan justify kebaikan yang dibuat. Sebaliknya..

“Apa yang diancam pada mereka sebagai ejekan..”

Ayat ayat dalam alquran ada yang qauniyyah (apa yang Allah buat hingga kita berserah) dan ayat qauliyyah. Rezeki bukan semata mata pada material. Apa yang ada disekeliling kita itulah dia.

“ jika diingatkan pada meraka, mereka melupakan apa yang telah dilakukan kedua tangan mereka..”

Jangan kita jadi manusia yang buat salah tapi lupa dosa dosa mereka.

Dalam alquran, Allah gunakan perkataan tepat yang membawa maksud yang di sampaikan. Contoh, kalbun, fuad, sabr, lub.

Penglihatan pendengaran dan daya fikiran kita akan di persoalkan. Jadi kita kena terima apa yang Allah dah tetapkan.

“ sesungguhnya allah jadikann hati hati mereka, sebagai penutup dan telinga mereka penyumbat.”

Ini yang Allah nak maklumkan tentang orang munafikin.

*Akhir kalam..*

Surah kahfi di atas, tentang gejala yang berada diakhir zaman. Munafik pun makin ramai. Islam sendiri terpisah dengan yang benar2 beriman dan yang beriman. Dan akan terpisah secara solid antara yang beriman dan yang munafik, tunggulah kiamat..

“Orang yang tidak mahu hidayah seolah olah sampai bila bila tak dapat bukan hidayah tak datang tapi mereka tidak mesra hidayah..

Allahmumnaballad allahummafasad..

..nota tamat, kuliah bermula 635 pagi tamat jam 715, ikut SOP, berhenti ketika syuri’.

Terimakasih Ustaz Abdul Muizz kerana membuka ruang pemikiran yang baru.

Semoga ada manafaat..

Wallahu’alam
Wassalam

Pencatat, *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S