*PKp134* - Dunia Jambatan Akhirat...

Assalamu’alaikum...

Isnin ke Jumaat, memang cepat pergerakan masa ini.  Lama masa tidak berubah tapi dari segi perasaan tempoh masa nya berbeza. Dulu, isnin - jumaat terasa lama sangat, kini isnin jumaat terasa macam si burung datang bertenggek saja. Begitu juga beza rasa masa lama atau singkat, ketika kita menonton tv dengan kita mendengar kuliah. Mana yang di rasa kan lebih lama? Inilah satu mainan perasaan yang berbeza kerana kecintaan kita pada dunia sudan lebih dari kecintaan akhirat. Rata rata assatizah berpesan, jangan tinggalkan dunia tapi jangan cintakan dunia, dunia kena ada dalam “gengaman tangan” kita tapi bukan di hati kita. Yang kena ada di hati kita adalah kecintaan pada akhirat. Semoga kita terus menerus beraktiviti urusan dunia dengan niat untuk meraih kebaikan kedua duanya.

Indeed, seorang muslim yang mengejar pahala demi untuk kebahagiaan di akhirat, akan ditambah nikmat dunianya oleh Allah. Inilah isu redha dan rahmat yang sering kita di butakan, buka lah mata hati seluas luasnya. Kejar lah dunia untuk dapat rahmat Allah.

“Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yg menghendaki di dunia kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagia pun di dunia.”
(AsySyura: 20)

Hanya ada dua sahaja di akhirat nanti. Syurga atau Neraka. Antara keduanya, satu saja kita boleh pilih sekarang, samaada nak menginap di syurga atau di neraka. Pilihlah sekarang. Jangan ada sekelumit dalam jiwa perasaan ingin berada di neraka kerana semata mata hendak engkar pada Allah. Human is to err tapi Redha Allah mengatasi murka Nya, teruskan bertaubat jangan berhenti.

Pagi ini kita sambung sedikit petikan dari buku nipis Inilah Neraka.

*NABI BERCERITA..*

Surah Maryam ayat 44 - 47:

Maryam: 44

‎يَا أَبَتِ لَا تَعْبُدِ الشَّيْطَانَ ۖ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلرَّحْمَٰنِ عَصِيًّا

" Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah Syaitan, sesungguh nya Syaitan itu adalah menderhaka kepada Allah yang melimpah limpah rahmatNya.

maryam :45

‎يَا أَبَتِ إِنِّي أَخَافُ أَنْ يَمَسَّكَ عَذَابٌ مِنَ الرَّحْمَٰنِ فَتَكُونَ لِلشَّيْطَانِ وَلِيًّا

" Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena azab dari (Allah) Ar Rahman disebabkan ayah menyembah yang lainnya; maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi Syaitan di dalam neraka".

Maryam:46

‎قَالَ أَرَاغِبٌ أَنْتَ عَنْ آلِهَتِي يَا إِبْرَاهِيمُ ۖ لَئِنْ لَمْ تَنْتَهِ لَأَرْجُمَنَّكَ ۖ وَاهْجُرْنِي مَلِيًّا

(Bapanya) menjawab: "Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguh nya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan meluntarmu dengan batu; dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggal kan daku sepanjang masa"

maryam :47

‎قَالَ سَلَامٌ عَلَيْكَ ۖ سَأَسْتَغْفِرُ لَكَ رَبِّي ۖ إِنَّهُ كَانَ بِي حَفِيًّا

Nabi Ibrahim berkata: " Selamat tinggalah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku.

VS

Ayahanda Aazar di padang Masyhar..

Dari abu hurairah ra, Nabi saw bersabda, “Pada hari Kiamat kelak, Nabi Ibrahim as bertemu dengan ayahnya, Azar, sementara wajah Azar hitam kelam dan berdebu. Lalu, Nabi Ibrahim berkata padanya, ‘Bukankah saya pernah melarangmu agar tidak durhaka kepada ku?’ Ayahnya menjawab, ‘Hari ini aku tidak akan durhaka kepadamu.’ Lalu Nabi Ibrahim berkata, ‘Ya Rabbi! Sungguh, Engkau telah berjanji kepadaku agar Engkau tidak menghinakan aku pada hari mereka dibangkitkan. Lalu kehinaan apalagi yang lebih hina daripada keadaan ayahku yang dijauhkan dari rahmat Mu?’ Lantas Allah swt berfirman, ‘Sesungguhnya Aku mengharam kan surga bagi orang orang kafir.’ Selanjutnya ditanyakan kepada pada Nabi Ibrahim , ‘Wahai Ibrahim! Apa yang ada di bawah kedua kaki mu?’ Beliau pun melihat di bawah nya, ternyata di situ terdapat sesosok anjing hutan yang berlumur kotoran terlihat sedang tertunduk, lalu kaki kakinya diikat dan dilemparkan ke dalam neraka.” (AlBukhari)

Allah tidak memandang siapapun hatta bapa dari Ibrahim sendiri, masing masing bertanggung jawab dihadapan Allah, seorang pun tidak ada yang boleh menolongnya.

*Akhir kalam*

Pilihan antara hidup sukses atau gagal di akhirat, ada pada  kepandaian ketepatan kita memilih jalan hidup di dunia. Ingatlah, Rasulullah saw pernah menerang kan bahwa akhirat jauh lebih penting daripada dunia. Beliau pernah bersabda, “Perbandingan dunia dengan akhirat, seperti seseorang yang mencelup kan jari tangannya ke dalam laut, lalu diangkatnya dan dilihatnya apa yg diperoleh nya.” (Muslim).

Di sini Rasulullah saw menegaskan betapa luar biasanya perbandingan akhirat dengan dunia. Dunia hanya sekedar sisa air yang tertinggal di jari sewaktu dicelupkan dan diangkat darinya, sedangkan laut yang luas itu ibarat akhirat yang kekal dan abadi.

Dunai jambatan akhirat..

Wallahu’alam
Wassalam

Dari, *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S