*Pkp135* - Rentetan Dari Kuliah ustaz Wan Jemizan - Permata Bagi Orang Yang Beriman. HUSNUL KHULUQ

Assalamu’alaikum...

Alhamdulillah. Semalam berusaha juga walaupun lewat menjejaki majlis ilmu di surau Al Amin. Dapat duduk bersimpuh di ruang utama surau menadah telinga menambah ilmu sesungguhnya menenang kan jiwa. Bak kafa Ustaz Abdul Muizz: “ majlis majlis ilmu itu dikira sebagai tempat tadahan hidayah”. Moga kita tergolong dalam golongan yang akan berusaha melapangkan masa untuk belajar kalau tidak ke mana mana daurah atau pengajian tetap sekurang kurangnya kita adalah ahli tetap untuk kuiah dhuha, maghrib dan subuh d Masjid atau surau.

Selagi hayat masih ada,yang soleh jangan bongkak, yang berdosa jangan putus asa, selagi belum tamat perjalanan hidup, ujian masih ada, harapan masih wujud buat kita. Yang baik boleh tergelincir, mana yang berdosa masih boleh lagi berubah, selagi belum tamat umur kita, selagi itu berusaha lah sekuat kuatnya menjadi hamba yang diredhaiNya.

Jangan GIVE UP dengan rahmat Allah..

MALAM TADI, sekian lama tak mendengar Ustaz Wan Jemizan berkuliah, dapatlah sedikit dari beliau suatu hal yang semua orang tahu tapi susah nak beramal yaitu HUSNUL KHULUQ - Akhlak mulia.  Saya quote kata kata dari ustaz:

“Tidak ada benda yang paling berat timbangan untuk orang beriman melain kan husnul khuluk” - Nabi saw.  Akhlak yang baik dan Orang yang berakhlak baik dan mulia akan berat timbangan di akhirat nanti. Malang nya semua ini sudah semakin tiada tersirna dari dalam kehidupan kita”

Kata Ustaz lagi: “ Quality diri bersifat Al Amin ( jujur), ia bukan sesuatu yang datang dalam masa yang singkat. Ianya perlu pada membiasa kan diri dengan amalan amalan kebaikan. Attitude datang dari proses yang lain. Ganjaran untuk yang beramal dengan sifat Al Amin, adalah bersama dengan para nabi syuhada dalam syurga”

Itulah yang saya dapat dalam tempoh 15 minit yang terakhir kuliah malam tadi.

*Sedikit Penggalian Berkenaan Husnul Khuluq* Dari Ihyâ’ ‘Ulûm alDîn.

Husnul khuluq suatu ungkapan keadaan jiwa yang tertanam di dalamnya. Berbagai perbuatan muncul darinya dengan mudah dan tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Dan apabila keadaan yang tertanam itu muncul darinya perbuatan yang baik ikut akal dan norma, disebut dengan etika yang baik,

Husnul khuluq juga sifat para Rasul dan perbuatan utama para siddiqin. Husnul khuluq secara hakiki ialah separuh dari keimanan, hasil dari dan hasil latihan orang yang beribadah.

Rasulullah bersabda: “Amal yang paling berat di mizan (timbangan amal) pada hari kiamat adalah taqwa kepada Allâh SWT dan budi pekerti yang baik”

Sifat baik yang muncul dari menjaga kehormatan diri adalah pemurah, malu, sabar, toleran, Qana’ah (menerima apa adanya), Wira’i, lemah lembut, suka menolong, tidak tamak.

*Akhir kalam..*

Semoga kita teruskan sifat sifat ini, berakhlak mulia. Dan semoga semakin banyak kita menadah ilmu semakin merunduk lah kita ke bumi merendahkan diri seperti mana pesan Luqman Nul Hakim pada anaknya.

In shaa Allah, husnul khuluq akan menjemput rahmat Allah untuk menjadi pemberat di Mizan nanti. Teruskan usaha mengunjungi majlis majlis ilmu moga hadir hidayah buat kita...

Wallahu’alam
Wassalam

Dari, *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S