*Pkp136* - SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA. #Throwback.
Assalamu’alaikum...
Sehari sebelum semalam,
diberitakan SERIBU jemaah haji ke Arafah realisasikan kemuncak haji dengan berwukuf disana diketika Covid 19 belum reda hinggakan ibadah rukun Islam kelima kali ini hanya dalam skala kecil dan ketat.
Kali ini jauh kecil jika dibanding lebih 2.5 juta jemaah setiap tahun, 75 peratus dari jemaah adalah jemaah dari luar Arab Saudi. Tapi kali ini, semua 1,000 jemaah, tidak ada satu pun yang masuk ke Arab Saudi khusus untuk mengerjakan haji. Bertabah dan bersabar wahai hati kepada yang sudah terpilih tahun ini. Ada hikmah besar disebaliknya. Kita hanya tahu hikmahnya kemudian.
Semalam juga hari khamis, waktu gelincir matahari tanda zohor di Mekah ada lah jam 12:27 tengahari bersamaan 5:27 petang waktu Malaysia. Seketika kami yang masih berada di pejabat berhenti bertugas untuk mengambil peluang merasai kehebatan waktu wukuf ini walaupun bukan di tempat nya. Pada Kebiasaanya, sehari dua sebelum Arafah, kita akan sibuk mengirim sms atau whatsapp pagi sahabat saudara mara yang berada di tanah Arafah membaca doa kita. Tapi kali ini, tiada lagi suasana itu. Moga Allah mendengar dan juga memakbulkan doa doa kita semua seperti mana Allah makbulkan doa mereka yang di sana diwaktu yang sama. Indeed, yang berada disana, hebat disisi Allah kerana tempat dan masanya. Tidak lupa juga, Mubarak alaikum, pada yang berpuasa semalam, semua tahu akan fadhilat berpuasa pada hari Arafah. Moga terampunlah dosa kalian setahun sebelum dan selepasnya. Aaamin..
Saya sendiri terkenang pada saat dua kali saya berada di Arafah - 2015 dan 2017. Namun, 2015 lah yang amat menggetar jiwa saya untuk di kenang. Hanya Tuhan yang tahu isi hati ketika itu. Hari ini, Ya Allah, diketika dosa dosa diri di kemuncak, saya rindu saat2 ini lagi.
“2015, ketika itu, kepanasan membahang walaupun di tengah malam hari, aku menginjakkan kaki di bumi Arafah. Demi Allah, dengan mata berkaca, bersama jemaah Destinasia menuruni bas dan menuju ke khemah menyaksikan dan merasai kejadian agung ini”
Dan semalam, ketika walau hanya seribu jemaah haji bergerak menuju Arafah, Kerinduanku pada tempat itu menggamit. Rindu tempat suci itu, rindu Arafah, rindu wukuf di situ. Inilah sebahagian kejadian dalam kehidupanku yang merubah cara pandanganku pada hidup ini, pada Nya dan RasulNya.
Yang pasti Cintaku padaNya makin melangit tinggi, kerinduanku pada Nya semakin hebat. Rindu semakin tebal pada kehidupan yang hakiki. Terasa diri kerdil dan penuh debu, dosa, dhaif dan fakir. Namun, aku masih mencari TAQWA.
"Ya ALLAH Engkau yang mampu membolak balikan hatiku, Jaga hatiku agar aku tetap taat padaMu, agar selalu rindu padaMu. Sulit benar tanpa bantuan Mu dan pasti tak mampu, malah hawa nafsu sering menyesatkan ku ya ALLAH."
SubhanALLAH, merintih, bergetar rasa dan jiwa , kelu lidah dan basah mataku di awal pagi ini, ketika ada hanya seribu manusia dalam ihram bergerak kesatu titik. ARAFAH. Hari itu tetap hari kemuncak perjalanan haji. Di nobatkanNya kita menjadi seorang Muslim yang sempurna lima rukun. in syaa ALLAH.
Masih teringat lagi, “Haji Mabrur, tiada balasannya kecuali Syurga"
(Bukhari), tapi hari ini kemanakah mabrur itu? Menangis lagi..
Laungan Agung LabaikAllah hummaLabaik, Ya ALLAH aku memenuhi panggilanmu masih terasa di laungkan, semakin dekat dengan Arafah, rasa semakin hebat. Sesungguh nya, inilah satu perjuangan yang tak mudah, tak juga ringan. Tapi indah dan berkesan. ALLAHU AKBAR.
"Engkau benar2 menguji kami, memperkenalkan diri pada kami, menunjukan kuasaMu dan cintaMu, mengingatkan semua Engkau ADA dan kami hanyalah hamba – yang sepenuhnya bergantung pada kekuasaanMu”
#throwback.2015, ketika ini, sedikit saja KAU cabut nikmat sehatku, aku di singgahi demam panas, seawal hari tarwiyyah lagi. Dan ketika Arafah di depan mata, aku tidak mahu menyusahkan orang sekali pun orang terdekatku. Aku tak mau bergantung pada makhluk, ya ALLAH. Ketika itulah aku sedar besarnya hikmah demam, sebetul nya. Engkau menanti doaku, dalam rintihan untuk segera menyembuh kan aku. Betapa Engkau tunjukkan kasih sayang Mu padaku. Aku tahu Engkau ingin aku datang padaMu.
Seketika di sinilah, terdetik dalam hati, nanti di akhirat sana di Padang Mashyar Nya, Akankah ALLAH memuliakan aku dengan pakaian sesempurna sepeti ketika itu ? layakkah di beri pakaian sebaik ini kelak? Ya ALLAH jangan hinakan kami semua kelak di hadapanMu. Aku ingin berbaris belakang Nabiku, mendapat syafaat nya, bolehkah aku ya ALLAH ?
Ya ALLAH, Sungguh aku rindu perjuangan itu. Rindu berasak2 di depan ka’bah. Rindu berjalan bersama ribuan orang lainnya menuju Mina. Rindu tidur di khemah bertampal beralas karpet nipis, dimana batu batu di bawahnya menusuk nusuk punggung dan belakangku. Rindu berjalan dalam ihram menuju Arafah, ketika lautan manusia bergerak menuju ke satu titik. Rindu merasai diriku terasa kecil dan tak berarti. Rindu langit bening Mu diatas ARAFAH, tempat Mu berdiri bersama para malaikat membanggakan jemaah disana. Rindu pada jamrah Mu ya ALLAH. Tika membuang hawa nafsu diri, memerangi syaitan yang ada dalam diri sendiri, dan berjuang menjadi lebih baik selepasnya.
Layakkah aku untuk semua kebanggaan itu ya ALLAH ? Terutama aku yang dhaif lagi hina ini? Layakkah aku miliki haji Mabrur yang hanya syurga balasannya? semuanya di tinggalkan pada Mu menentukanya, yang pasti kami ingin mahu kekal berusaha kerana Mu..
Terimalah kami...
*Akhir kalam*
SELAMAT HARI RAYA KORBAN PADA SEMUA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Wallahu’alam
Wassalam..
dari, *NCS*

Comments
Post a Comment