*pkp137* - SOLAT SUNAT AIDIL ADHA DI RUMAH LAGI...

Assalamu’alaikum..

Sama sama kita raikan apa yang ada disebalik roh hari raya Aidil Adha. Ianya bukan satu “ritual”, ianya adalah suatu ibadah. Marilah kita memuhasabah diri dengan  mendidik jiwa menghayati roh korban dengan sebenar benarnya. Letakkan cinta kepada Allah melebihi segala galanya, dalam masa yang sama tidak abaikan kasih sayang sesama makhlukNya, asas kasih sayang Ar’Rahman.

Berkorban untuk perkara lain itu tidak salah, yang salah ialah 'mengorbankan Allah' dengan mengutama kan kepentingan lain apabila bertembung...

Pagi raya semalam seusai solat subuh berjemaah, terus berusaha bersiap untuk solat sunat raya yang diadakan seawal 8 pagi. Awalnya waktu solat sunat hari raya, mungkin SoP dari majlis agama dan macam macam urusan, akhirnya, tak sempat untuk ke surau untuk berjemaah di sana. Kami anak beranak solat hari raya sekali lagi solat sunat hari raya dan berkhutbah di rumah.

Kemudiannya saya mula tercari cari apakah hukum dan syarat solat sunat hari raya. Ada beberapa rujukan di buat untuk saya share din sini.

*Hukum hakam solat hari raya di rumah*

Dalam mazhab Syaf’ie, solat hari raya hukumnya adalah sunat muakkad menurut pendapat yang paling sahih. Ini kerana Rasulullah Saw tak pernah meninggalkan nya sejak mula ia disyariat kan sehinggalah baginda wafat. Begitu juga para sahabat terus lakukannya walau selepas kewafatan Rasulullah Saw.

Secara asasnya, solat hari raya dituntut dilakukan di tanah lapang supaya ia dapat dihadiri oleh ramai umat Islam, menzahirkan syiar bagi agama Islam. Oleh itu, dituntut semua umat Islam menghadiri solat hari raya sama ada di tanah tanah lapang, di masjid masjid. Ini untuk semua samaada lelaki, perempuan, kanak kanak, bahkan anak dara, wanita berpurdah, juga wanita haid turut digalakkan hadir solat hari raya. Ini yang diriwayatkan; “ Rasulullah S.A.W memerintahkan kepada kami (orang perempuan) untuk mengeluarkan anak anak gadis dan wanita wanita berpurdah pada dua hari raya serta baginda arahkan wanita haid agar menjauhi tempat solat umat Islam”
- Riwayat Muslim (890)

Berbalik kepada persoalan hukum mendirikan solat hari raya di rumah disebabkan penularan wabak Covid - 19 atau mereka yang terlepas solat hari raya di masjid, adakah dibolehkan untuk mereka solat hari raya di rumah selama masih ada waktunya ?

Pendapat mazhab seperti yang dinaskan di dalam kitab kitab yang baharu kesemuanya menyatakan bahawa solat hari raya disyariatkan bagi seorang individu di rumahnya atau di tempat selainnya. Rujuk Raudhah Al Thalibin, Al Nawawi (2/70)

Berdasarkan kenyataan di atas, antara faedah yang boleh diambil adalah dua perkara iaitu :

•Dibolehkah bagi seseorang itu untuk melaksanakan solat hari raya secara seorang diri.

•Dibolehkan dilakukan solat hari raya itu di rumah atau di tempat tempat yang lain.

Berkenaan pelaksanaan solat hari raya secara berjemaah di rumah pula, diyatakan hukumnya adalah sama seperti solat secara sendirian juga, dibolehkan untuk dilakukan solat hari raya secara berjemaah di rumah. Keharusan ini diambil dari keumuman hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit ra, nabi Saw bersabda, Maksudnya : Sesungguhnya seafdhal afdhal solat seseorang itu adalah di rumahnya, melainkan solat fardhu.
(AlBukhari (7290)

Maka hadis ini secara umumnya menunjukkan bahawa solat solat sunat termasuk solat hari raya adalah dibolehkan untuk dilakukan di rumah.

Meskipun begitu, sekiranya keadaan tidak seperti dalam suasana penularan wabak, atau terlepas waktu solat berjemaah di masjid atau surau, yang afdhalnya solat hari raya itu dilakukan di tanah tanah lapang dan juga masjid secara berjemaah kerana ia merupakan satu bahagian dari syiar umat Islam.

*Akhir kalam..*

Sama sama berdoa kepada Allah moga kita diberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Akhirnya, kami bersepakat untuk berehat di Tropicana Resident sebelah KLCC,  dan Masjid Ass Syakirin Suria KLCC menjadi persinggahan kami pagi ini untuk subuh berjemaah.

Islam kekal di mana mana, Allah tetap di utamakan..

Wallahu’alam
Wassalam

Dari, *NcS*
#Perkarangan Masjid Assyakirin KLCC
#Rujukan Bayan Linnas

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S