*Pkp147* - Bingkisan Dari Taman Universiti JOHOR.
Assalamu’alaikum..
Salam dari selatan tanah air
Alhamdulillah. Perjalanan pagi semalam ke JB dengan niat menziarahi sahabat yang sedang diuji sakit kanser dipermudahkan Allah. Empat orang dua X70. Kami memacu dengan berdoa semoga semuanya dipermudahkan Allah dan segala amalan baik kami di permudahkan Allah. Juga tidak lupa kami diberi kebaikan dari setiap singgahan kami dan di jauhi dari maksiat di tempat kami menginap. Akhirnya, seusai solat jama’ takdim maghrib dan isya’ di rumah sewa air bnb, kami makan malam di Restaurant MANA LAGI. Terimakasih pada orang kelantan yang bertugas di JB ( juga salah seorang geng kpp (texas program)) yang melayan kami sebagai tetamunya. Jam 945 malam, kami tiba di rumah sahabat yang dimuliakan Allah dengan ujian hebat kanser colon. Saya secara peribadi selepas kali terakhir bertemu dengannya tahun 2014, terasa sayu mendengar kisah nya tentang bagaimana merebak nya kanser colon sehingga sebahagian hati nya terpaksa di buang sebelum sebahagian usus nya. Dan kini kanser itu sedang mengusik saraf tunjang nya sehingga dia tidak bermaya untuk berdiri dan kini “bed ridden”. Allah, Allah, Allah.. hebat ujian untuk nya. Berat, sedih, sakit kami mendengarnya, berat dan sakit lagi dia menanggung nya.
Sesungguhnya, apa yang berlaku pada sehabat kami ini adalah pengajaran untuk kami. Kerana, pada kami dia yang sakit sudah semesti nya akan merapat dirinya dengan Allah, dia sudah tahu kondisi nya dan pasti bersedia dengan sebarang kemungkinan. Tapi kami yang masih sihat kononnya, sentiasa pula lalai dan tidak tahu nasib sebenar kami. Moga kami termasuk dalam golongan yang tidak di lalai kan. Di akhir pertemuan, kami sempat beramai ramai mengangkat tangan berdoa memohon agar Allah memudahkan segala urusan sahabat kami itu dan juga memohon segala sakit dan ujian ini menjadikan martabat sahabat kami tinggi di sisi Allah. Aaamin.
Selama ini banyak hadis yang di baca menceritakan ujian itu adalah bertujuan untuk mengangkat martabat kita disisi Allah, sungguh saya melihat itu yang ada pada saudara Farid kerana dia terlalu kental dan kuat dalam menempoh ujian Allah ini. Sentiasa cerita disebalik derita sakit dan pedih di uji sakit kanser ini. Semoga kita semua juga akan mampu untuk tetap kuat dan tabah bila diuji Allah.
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang berlaku kepada orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka ditimpa kepapaan dan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh) sehingga berkata lah Rasul dan orang orang beriman yang ada bersertanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?”
(alBaqarah, 214)
Antara hikmah di sebalik ujian itu juga menjadikan seorang hamba itu semakin dekat, sentiasa mengadu kepada Allah mengenai apa yang ditanggungnya supaya ia didengari. Sebelum ini, mungkin seseorang itu jarang atau langsung tidak pernah bangun solat tahajud, namun selepas diuji, ibadatnya semakin hebat dan itulah tanda Allah sayang kepada hamba Nya.
Dan Alhamdulillah, kami berempat sempat bangkit awal pagi ini untuk tahajjud bersama sama. Terima kasih Allah kerana memberi kami peluang untuk kami walau kami tidak layak.
*Akhir kalam..*
Daripada Anas bin Malik, nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya besar nya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala yang menimpa. Dan sesungguh nya Allah itu bila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang reda dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah” (Riwayat alTirmidzi)
Dalam hadis ini, Rasulullah SAW memujuk dan memberi kekuatan kepada umatnya bahawa setiap ujian yang ditempuhi pasti ada ganjaran besar yang Allah hendak berikan kepada hamba Nya.
Semoga kita terpilih jadi orang yang redha dengan qada’ dan qadar Allah.
Wallahu’alam
Wassalam..
Dari, *NCS*
#Horizon Hill
#Terimakasih Maskak
Comments
Post a Comment