☆Rabu, 5 Aug 2020, 14 Dzul Hijjah 1441☆

Diari Kehidupan

AsSalamu'alaikum

PKP#140. Semakin ramai yg mula di kompoun kerana gagal mematuhi arahan KKM bagi mengawal penyebaran Covid 19. Semlm makan mlm di Hotel Kosma, satu keluarga bersama anak kecil berada dlm kafetaria. Breakfast di Vietnam Coffee, Chendering, satu famili brrsama bayi yg baru lahir. Lunch di Restoren Baung, Seberang Takir pun sama. Tiada kesedaran. Semasa dlm D Orange, Pasaraya Maiden utk membeli Tools, ramai keluarga membawa bersama anak2. Hampir kesemua org2 Melayu. Apakah kita ini terlalu kebal penyakit?

Menjadi Orang Yang Hebat

Melawan hawa nafsu. 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Allah tidak akan menambah walau sesuatu pun kepada seseorang hamba yang memberi maaf kecuali kemuliaan.”

Allah SWT berfirman yang bermaksud:* “
Dan orang yang menahan kemarahannya dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang yang berbuat perkara yang baik.” 
*(Surah al-Imran, ayat 134)*

Akhir Kalam

Kita telah diberi peringatan dan panduan hidup. Bergantung kebijaksanaan kita untuk memilih. Tepuk dada tanya selera. 

Wallahu’alam 
Wassalam

- HjKY -
Hotel Kosma #104, kuantan Pahang

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S