☆Ithnin, 19 Dhul Hijjah 1441, 10/08/2020☆
Diari Kehidupan
AsSalamu'alaikum
Bersyukur bepeluang menunaikan solat suboh berjemaah di Surau Al Amin. SOP kena ikut. Peremouan dan kanak2 sekolah pun ada sama sama brrjemaah. Didoakan anak2 ini akan istiqomah dengan amalan ini.
Daripada Uthman bin al-Affan RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ، وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ
Maksudnya: “Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah, seumpama dia telah solat separuh daripada malam dan sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, seumpama dia telah solat sepanjang malam.” [Riwayat Muslim (656)]
Rasulullah SAW bersabda: "Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh." (Riwayat Ahmad)
Kekuatan Solat Subuh Dimata Musuh
Dr Raghib As-Sirjani dalam bukunya Misteri Solat Subuh menulis mengenai seorang penguasa Yahudi berkata, "Kami takut kalau bilangan umat Islam melaksanakan solat Subuh berjemaah menyamai atau melebihi umat Islam melaksanakan solat Jumaat."
Akhir Kalam
Itu lah kemuliaan islam Syiarnya terpantul daripada berbagai cabang. Solatnya Azannya, Zikirnya dan tidak terkira melainkan bagi orang yang berfikir. Berdoalah agar Allah SWT memberi kefahaman Islam sepertimana yang DIA hendak hambanya faham.
Wallahu’alam
Wassalam
- HjKY -
Comments
Post a Comment