Pkp153
*Pkp153* - Natijah dari Pengurusan Harta Pusaka dan Perkongsian Nota Ustaz mohd Khir..
Assalamu’alaikum
Alhamdulillah. Berkat doa semua yang mendoakan, urusan tanah pusaka ayah dan ibu selesai. Tak lama lagi kami akan mewarisi satu peninggalan yang akan menjadi ingatan kami pada arwah ibu dan ayah makin kukuh. Selepas hampir 40 minit saya dan kekanda di “interogate” oleh hakim mahkamah jabatan tanah ( bahagian pusaka), satu keputusan telah sebut dalam bahasa mahkamah, bahawa kesemua “bumi Allah” yang dipinjamkan pada arwah ayahibu akan di “namakan sementara” atas nama kami enam beradik. Saat saat cemas berlaku bila tuan hakim mula bertanya tentang setiap tanah yang di petisyen kan atas nama arwah ibu. Ianya menjadi cemas kerana saya tidak ingat nama nama lot lot tersebut, tapi mujur bila kemajuan yang disediakan telah digunakan, data data tersebut saya rujuk semula dalam simpanan IPhone. Terasa satu kepuasan yang tidak terhingga selepas sekalian lama bertungkus lumus sebelum ini, berapa kali naik turun Kota Bharu dalam usaha mempersembahkan dokumen dokumen lengkap pada Jabatan Tanah.
Akhirnya, Allahuakbar. Terimakasih Allah. Dan yang pasti, saya yakin dikalangan kami ber enam beradik ada yang tidak berhenti berdoa pada Allah memohon agar urusan ini dipermudahkan.
Atas kesedaran bahawa tanah tanah atas ayah ibu adalah milik Allah, maka, kami ikut hukum faraid seperti yang telah di tetap Allah di dalam Al Quran. Kerana ianya bukan milik kita pada hakikatnya tapi milik Allah, itu sebab kita kena akur dengan hukum ini yang satu.
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW bersabda: “Pelajarilah ilmu faraid dan ajarkan ia pada orang lain. Sesungguh nya ia adalah setengah dari ilmu, ia adalah ilmu yang dilupakan dan ia merupakan suatu ilmu yang mula mula akan dicabut daripada umatku.” (Riwayat Ibnu Majah, al Hakim dan Baihaqi)
Semoga masyarakat makin sedar, walaupun ramai yang sedar hakikat ini, tetapi tiada tindakan susulan diambil. Orang kata, hanya sedar pada nama saja. Selebihnya hanya berserah tanpa berbuat apa apa.
Semoga damai arwah “mek” dan “ayah” disana. AlFatihah. Inilah yang paling penting tanda kasih kami pada mereka.
Sebelum berundur, izinkan saya sertakan sediikit nota dari Ustaz Mohd Khir dari kuliah subuh sabtu lalu..
*Ustaz Mohd Khair*
•Kuliah subuh @ Al Amin
[Doa berlindung dari empat perkara besar selepas tahiyyat akhir sebelum salam pertama..]
Hadis nabi saw: “ apabila selesai baca tasyahud akhir, maka minta lah perlindungan dengan Allah dari empat perkara besar: *mohonlah berlindung dari azab api neraka jahanam*, mohon lah dilindungi dari seksa azab kubur, mohonlah di lindungi dari fitnah ujian semasa hidup dan setelah mati, juga dari fitnah dajjal”.
*AZAB API NERAKA..*
Api neraka Allah adalah suatu siksaan yang dashat dan manusia tak mampu tanggung, pesan nabi saw: “Api dunia yang kamu pakai adalah salah satu 70 juzuk api kepanasan neraka”. Lalu, Sahabat bertanya pada nabi saw: “ wahai nabi, kalau Allah ambil api dunia pun dah cukup untuk siksa, apakah itu akan sudah memadai?” Nabi saw : “ia diganda kan 69 kali ganda dicampur panas api dunia jadilah api neraka 70 kali ganda lebih panas dari api dunia”. Hadis lain, hadis qudsi, di hari akhirat Allah panggil dua jenis manusia: orang yang paling banyak dapat nikmat semasa di dunia ( hidup penuh senang bahagia) - termasuk dari mereka ini adalah ahli neraka. Lalu, Allah ambil golongan ini dicelupkan ke neraka sekejap, selepas itu di tanya, apakah rasa nikmat saat nikmat ketika didunia dulu? Jawab mereka: demi Allah, hilang semua nikmat yang aku rasa selama aku hidup didunia. Golongan kedua pula, golongan yang paling derita hidup didunia, bermacam cubaan untuk mereka. Kebanyakan dari mereka adalah ahli syurga.
[Siapakah mereka yang susah. Mungkinkah “Kisah wanita diuji Allah di tahap 4 kanser dan dicerai suami serta ada anak kecil juga seorang ibu yang terkena stroke dan tidak bekerja pula. Selepas operate di hospital, tiada siapa yang menemannya. Bila balik rumah, anaknya tanya jika dia mati siapa akan jaga mereka”]
Mereka yang susah ketika didunia ini dicelup ke dalam syurga sekejap. Bila ditanya apakah masih rasa saat kesusahan ketika hidup didunia dulu. Jawab mereka: demi Allah, setelah Kau celup sekejap, aku tidak rasa sedikit pun rasa susah didunia. Ini lah perbandingan antara hidup di dunia dan akhirat. Maka, kerana itu orang beriman, targetnya adalah untuk akhirat. Tanpa target ini, jika ada hanya target dunia saja, pasti hidup kita akan lama lama semakin sempit.
Seksaan api neraka di akhirat yang paling ringan diterima adalah orang yang memiliki dua alas kaki. Bila dia pakai alas kaki di neraka, maka akan bergelegaklah otak mereka. Mereka pun sangka mereka adalah diazab yang paling berat sedang kan inilah azab yang paling ringan.
Sambung esok pula..
*Akhir kalam*
Jam 9 malam, tiba semula di Seri Minang, tapi penat bukan kepalang selepas seharian meronda KB sebelum naik pesawat jam 5. Kini, saya menunggu saat untuk kembali ke KB bersama abang dan kakak kami berenam untuk proses tukar nama. Moga ianya di permudahkan Allah lagi.
Semoga kita semua menjadi waris bertanggungjawab dan prihatin dalam urusan pengurusan harta pusaka, walau kita sudah ada harta sendiri. Kebijaksanaan waris menguruskan harta pusaka akan menjurus kepada keharmonian kesejahteraan keluarga. Paling penting, pendidikan berkualiti dalam islam diaplikasikan oleh umat Islam.
Moga ada manafaat.
Wallahu’alam
Wassalam
Dari, *Ncs*
Comments
Post a Comment