*pkp145* - Nota Ustaz Aiman. Dua surah Paling Indah...

 *pkp145* - Nota Ustaz Aiman. Dua surah Paling Indah...


Assalamu’alaikum..


Salam sejahtera, selamat bertugas buat semua. Apa apa pun tugasan pada Allah lagi penting dari semua tugasan lain - maka, sama sama kita utamakannya.. 


Pagi ini saya akan ke Johor untuk tujuan lawatan ziarah sahabat yang sedang sakit kanser usus, sama sama kita doakan semoga sahabat saya Farid Yusof akan di permudahkan urusan nya. Dan Allah akan sertakan yang terbaik buat nya. Juga perjalanan saya akan sentiasa dalam perlindungan Allah. Aaamin


Tak nak cerita panjang pagi ni, saya sertakan nota kuliah subuh semalam dari ustas Aiman.. moga ada manafaat.


*Dari Ustaz Aiman...*


Sakinah ketenangan dan dilimpahi barokah dan dikelilingi malaikat dan di puji Allah bersama kalangan malaikat untuk mereka yang duduk berkumpul di dalam rumah Allah untuk berzikir ingat Allah dalam bentuk apa saja yang baik baik..


Baca lah kamu alquran!kerana al quran akan datang untuk memberi syafaat!kepada orang yang bersahabat dengan nya .. inilah motovasi yang diberikan oleh Nabi saw, tidak ada surah tertentu tapi mana mana surah dari al quran. Mana mana surah yang sering dibaca akan datang di akhirat untuk memberi syafaat kepada mereka yang beramal dengan nya. Jangan kita abaikan surah surah dalam al quran dan jangan tinggal alquran walau satu hari..


Bacalah kamu dua surah yang indah, apa itu dua surah yang indah? Al Baqarah dan Alimran. Kedua duanya surah terpanjang dalam alquran dan ia nya ada syafaat yang hebat. 


Nabi beri galakan umat untuk baca alquran dalam beberapa peringkat bermula dengan baca dengan mana mana surah kemudian baru lah nabi arahkan untuk baca dua surah diatas untuk dapat satu kelebihan di akhirat


114 surah adalah peguam bela kita di akhirat dan kehebatan antara surah tidak sama. Sptmana peguambela didunia juga berbeza tahapnya. 


Apa kehebatan al baqarah 286 ayat dan al imran 200 ayat? 


Kedua dua surah ini surah yang paling panjang dalam alquran. Khidmat guaman yang berbeza beza didunia, begitu juga nak dapat bayangan syafaat dari surah surah al quran, ia berbeza. Al baqarah dan al imran, dua surah panjang, kalau didunia nak dapat guaman terbaik harganya mahal tapi untuk khidmat guaman di ahirat kita tak perlu beli dengan duit tapi kena habiskan masa dengan baca dua surah yang panjang ini.


Apakah khidmat guaman al baqarah dan ali imran di akhirat? 


Motivasi dari nabi saw, sabda nabi : “surah albaqarah dan ali imran ini pada mereka yang berdamping dengan mya ketika didunia, kedua dua surah ini akandatang pada hari kiamat dalam bentuk dua awan yang melindungi mereka , kedua surah ini juga akan datang seperti dua kumpulan burung menebar sayap melindungi mereka yang beramal dengannya di dunia”


Dua gambaran ini, ada dua situasi berbeza di akhirat. Di padang masyhar, selepas bangkit dari kubur, manusia akan mencari syafaat. Kejadian awan dari al baqarah dan al imran, melindungi mereka yang beramal denganya dari panas terik di padang mashyar yang lama.


Bila disebut dengan burung pula, ini diberi ketika timbangan, untuk tentukan manusia ke syurga atau ke neraka. Kedua surah ini akan datang dalam bentuk burung. Jika seseorang di timbang berat ke neraka, ketika malaikat nak ambik masuk ke neraka burung burung dari surah albaqarah dan ali imran akan menahan malaikat dari ambil mereka sehingga malaikat tak boleh buat..


Berkorbanlah masa kita untuk berusaha membaca kedua dua surah ini walaupun penjang..


Kalau tak mampu dan tak sempat, nabi saw berpesan, ini peringkat ketiga, “ bacalah kamu surah al baqarah,..” kenapa al baqarah bukan al imran? Tiga fadhilat yang disebut nabi - “ kerana melazimi

Surah albaqarah sebagai amalan merupakan keberkatan ( barokah yang tidak berakhir), orang yang abai surah ini akan menyesal di akhirat ( selepas lihat layanan istimewa pada yang membacanya),

Surah pendiding atau pelindung yang tidak dapat ditembusi oleh mana mana ahli sihir. 


Terlalu banyak ayat ayat yang penuh keberkatan dalam alquran albaqarah. Al baqarah adalah surah ruqiyah. Jangan salah faham dengan hanya dibaca selepas terkena sihir, tapi sebenarnya ia akan jadi pelindung sebelum terkena. Jadi kena baca setiap hari


*Akhir kalam*


Sama sama cari berkat semoga kita dalam barokah Allah. 


Beza antara mubarak dan barokah Mubarak - sesuatu diturunkan keberkatan

 barokah - dia itu sendiri bawa keberkatan. 


Semoga bermanafaat 


Wallahu’alam 

Wassalam


Dari, *ncs*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S