PKP 154
*PKp154* - MOGA TERUS DEKAT DENGAN ALLAH & SAMBUNGAN NOTA USTAZ MOHD KHIR.
Assalamu’alaikum...
Selamat meneruskan kehidupan di dunia yanh fana’ ini bersama setiap ciptaan dan takdir Allah. Biarlah kita jadi insan yang mengaitkan atas setiap kejadian dengan keEsaanNya. Nak menilai sama ada kita hampir atau sebaliknya dengan Allah SWT, check tengok sikap kita ketika berdepan ujian atau musibah. Iman kita akan dapat dinilai pada saat itu. Orang yang ikhlas dan dekat dengan Allah akan menerima segala ujian itu dengan hati tenang dan lapang. Kesulitan dilalui penuh reda dan sabar, dan yakin setiap yang berlaku itu atas kehendak Allah dan yang pasti akan ada kebaikan di hujungnya.
Atas cintanya kepada Allah, seseorsng Mukmin sentiasa berdamai dengan takdir.
Walaupun hal hal begini bukan senang untuk d implementasikan tapi berdoa lah semoga hati kita selalu dekat dengan Allah SWT, selalu basah lidah dengan zikrullah. Bahkan, selalu menyebut nyebut nama Allah, membesarkan Allah hingga subur hati terus hidup dengan kebesaran Allah SWT.
Terimakasih Allah untuk sebuah kehidupan yang telah berlalu semalam. Untuk pagi ini, saya nak sambung sedikit lagi nota dari Kuliah Ustaz Mohd Khir. Kalau semalam hurain azab neraka, pagi ini, hurain baki tiga lagi perihal doa diminta selepas tasyahud sebelum salam selesai solat lina waktu.
*Sambungan Nota...*
Hadis nabi saw: “ apabila selesai baca tasyahud akhir, maka minta lah perlindungan dengan Allah dari empat perkara besar: mohonlah berlindung dari azab api neraka jahanam, mohonlah dilindungi dari seksa azab kubur, mohonlah di lindungi dari fitnah ujian semasa hidup dan setelah mati, juga dari fitnah dajjal”.
*AZAB KUBUR*
Alam kubur ada dua sahaja: di taman taman syurga ataupun di jurang api neraka. Kekdang kita rasa perbuatan kita kecil sahaja tapi itulah perbuatan yang akan sebabkan kita diazab di kubur. Hadis nabi saw, ketika nabi saw melintasi kubur dua orang, lalu nabi sebut antara kedua mereka ini ada yang diazab dikubur kerana tidak jaga taharah ketika tunai hadas kecil. Bayang kan yang buat hal sekecil ini diazab, apalagi kalau yang tidak sempat bertaubat. Maka, mintaklah dengan Allah untuk mati keadaan husnul bukah suul. Biarlah kita mati dalam keadaan di ampuni Allah. “ kalau kamu lihat betul2 orang yang kufur saat kematiannya, malaikat ketika cabut nyawanya memukul depan dan belakang keluarkan roh” Ini baru nak cabut nyawa, belum cabut lagi. Apatah lagi ketika di dalam kubur. Ada 6 azab kubur:
•Dibentang hamparan dari neraka
•dipakai pakaian dari neraka
•dibuka pintu menuju ke neraka dan nampak neraka
•didatangkan bahang dari api neraka
•dipukul antara kedua telinga
•dihimpit bumi hingga remuk tulang
Kita hidup di kubur lebih lama dari hidup atas dunia, kerana kita kena ada dalam kubur sehingga berlaku kiamat. Maka, mintaklah selamat dari azab kubur.
Ingatlah fadhilat surah almulk: “sesungguhnya dlm alquran ada surah 30 ayat, barang siapa yang beramal akan selamat dia dari seksa kubur, itulah tabarakallazi”. Kisah penggali kubur, ketika gali kubur dia terjumpa satu mayat, yang ketika hidup sentiasa baca surah al mulk. Sesungguhnya, surah almulk akan jadi pelindung di dalam kubur pada yang beramal dengan membaca
Dalam kitab Tuhfah al wazi, ada cerita kelebihan surah almulk, bila seseorang itu mati masuk alam barzah, tiba tiba ada dosa masih melekat tidak sempat bertaubat. Maka, jika dia selalu beramal dengan almulk, dia akan selamat dari azab kubur.
Dari ayat Wahiyya tafur salah satu ayat dari surah Al Mulk / bila insan dicampak ke neraka, mereka di tanya apakah tidak ada yang datang memberi peringatan. Jawab mereka ada. Ya, sesungguhnya yang ada dalam neraka adalah mereka yang telah pun diberi peringatan. Bayangkan yang diberi peringatan pun masuk neraka, apatah lagi yang langsung tidak endah peringatan dan yang diberi peringatan pula itu sesat. Jauhlah mereka dari rahmat Allah.
*FITNAH HIDUP DAN MATI*
Kita mungkin berada d posisi baik, tapi yang sudah pergi untuk kita bantu. Dan selepas kita mati, mgkn mati baik tapi ahli kita yang masih hidup pula. Sebab itu allah pesan - jaga diri kamu dan ahli kamu dari azab api neraka. Kadang kadang ujian dari ahli keluarga kita
*FITNAH KEJAHATAN DAJJAL*
Dajjal datang untuk tandai kiamat akan berlaku. Banyak sangat hadis tentang dajjal ini, ini semua untuk kita bersedia supaya kita tidak tercabut iman ketika dajjal datang. Terusakn memohon perlindungan Allah dari fitnah dajjal.
Sekian Nota Ustaz mohd Khir...
*Akhir kalam*
Orang yang hatinya dekat dengan Allah, matanya selalu mengalir air jernih tanda keinsafan dan rasa takut pada kebesaran dan azab Allah. Hati yang dekat dengan Allah terpancar melalui akhlak, tutur kata dan perbuatan tawaduk dan penuh nilai kemuliaan diri yang tinggi. Semoga kita di pilih Allah ...
Wallahu’alam
Wassalam
Picisan dari, *NCS*
Comments
Post a Comment