PKP 155

 *PKP155* - Berusaha untuk solat berjemaah. Secebis kisah SOP solat jemaah di rumah Allah musim COVID. 


Assalamu’alaikum...


Yang dikasihi Allah para rakan maya sekalian, moga kita kekal dalam dilindungi Allah dari segala gejala gejala COVID 19. Walaupun sudah 155 kita berada dalam tempoh berjaga jaga tapi situasi sebenarnya sudah semakin longgar. Saat inilah penting kerana jika berlaku sesuatu yang diluar dugaan, banyak pihak yang akan rugi. Maka, kekal kanlah diri patuh SOP.


Lewat senja semalam, seusai berriadah golf di KGNS bersama otai otai, saya segera ke Masjid Tengku Kelana, Kelana Jaya untuk tunaikan maghrib. Saya tiba agak lewat, tapi sempat join jadi makmum masbuk selepas terlepas dua rakaat pertama.


Berjemaah dari takbir yang pertama jelas kelebihannya. Banyak hadis menyatakan kelebihan orang join solat seawal takbir pertama. 

Tapi, jika makmum lewat disebabkan kemaslahatan atau kemudharatan, Allah menentukan ganjaran dalam memastikan dapat pahala penuh atau sedikit. Allah Maha Adil menentukan.


Jangan  kata seseorang itu rugi kerana lewat. Kalau lewat secara tidak sengaja dan bukan kehendak, Allah Maha Adil. Dia tahu rutin harian setiap hamba Nya dan bagaimana solat hamba Nya. Kalau memang jenis kaki lewat, itu bukan tidak sengaja. Oleh itu kena usaha datang awal, untuk dapatkan takbir pertama. Itu adalah asasnya.


Persoalan adakah pahala A sama dengan pahala B yang itu kita serahkan pada Allah SWT kerana ia bergantung juga kepada dirinya. Kalau  di dunia mungkin menilai yang lambat pahalanya sedikit.


Ingat tak kisah lelaki yang bunuh seratus orang, orang di dunia menilainya ahli neraka; bahkan, seorang tokoh yang bertemu dengan nya yang menyempurnakan bilangan seratus orang yang dibunuh, pun memberi fatwa bahawa dosa lelaki itu tidak akan diampunkan. Logiknya,  dia ahli neraka kerana telah membunuh seratus orang, tetapi di sisi Allah, hanya kerana datang keinginan bertaubat dan mencari kebenaran, menginginkan hidayah dari Allah, maka Allah ampunkan dosanya.


Nilaian mata manusia tidak sama dengan nilaian Allah. Nilaian Allah Maha Adil.


Jangan menilai orang lain sama seperti kita. Orang itu mungkin ada sesuatu yang kita tidak tahu sehingga  menyebabkan kelewatan, kita tidak berhak menilai manusia. Serahkan kepada Allah untuk menilai dengan nilaian yang sangat adil.


At taghabun :16


فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ


“Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu”


Maka, wahai Ncs dan rakan rakan sekalian berusahalah untuk solat berjemaah di rumah Allah jika berada di keadaan yang boleh usaha kan. Dengan hati kerana Allah, pasti ada ganjaran yang setimpal Allah Maha Adil. 


“Semua ulama sepakat,  makmum masbuk tetap mendapat keutamaan dan pahala berjamaah meskipun hanya ikut imam tasyahud akhir. Bahkan, jika makmum masbuk sempat ikut imam sesaat sebelum imam ucap mim dalam lafal ‘alaikum di salam pertama, makmum masbuk tetap mendapat keutamaan dan pahala solat berjamaah “ - Sheikh Abu Bakar Syatha dalam kitab I’anatut Thalibin ( Bincang Syariah DotCom)


Semoga kita ter”INSPIRE” berusaha berjemaah di rumah Nya setiap kali masuk waktu UNLESS kita rasa kita dah cukup pahala dan kurang dosa. 


*AKHIR KALAM..*


Cerita saya di Masjid Tengku Kelana tidak habis di situ, kerana selepas menjadi pada masbuk yang lain, saya terus di rapati oleh seseorang,  “Sejadah mana?” Saya menunjuk pada kain rida’ berbelang merah yang saya sentiasa bawa. “ Di masjid sekitar Selangor, rida’ tidak dikira sebagai sejadah”. 


Pkp 154 - lokasi Masjid Tengku Kelana Putra, Kalana Jaya.


Saya di minta keluar dengan cara baik dari masjid seusai solat maghrib kerana ada wakil MAIS dalam masjid ketika itu. Sejadah yang saya gunakan tak menepati SOP. Kain rida’ tidak di kira sejadah di masjid masjid dalam negeri selangor.


Tak sempat solat sunat ba’diyyah, demi menjaga kebaikan untuk semua dan. masjid tak di tutup kerana ada yang langgar SoP, saya melangkah keluar sambil diiringi AjK. 


Terus tepati SOP demi  kebaikan semua. Moga masjid terhindar dari fitnah sebagai penyebar COVID.


Moga bermafaat.


Wallahu’alam 

Wassalam


Dari, *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S