PKP 159

 *Pkp159* - Kembali Semula bersama IP 11. Nota Dari Kuliah Maghrib Ustaz Fadhil Noor. UCAPKAN SALAM.


Assalamu’alaikum..

Salam sejahtera.


Dan bila diberikan satu penghormatan dengan ucapan hormat seperti salam, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik daripadanya, atau jpaling tidak balas dengan cara yang sama. Sesungguh nya Allah menghitung tiap tiap perkara yang diajarnya. Boleh rujuk ayat 86 surah An Nisa’.


Alhamdulillah. Selepas tidak dapat hadir dialam maya semalam dek kerana Iphone retak screen nya sehingga terganggu fungsi. Tengahari nya, saya hantar dibaiki yang lama tapi pada masa yang sama mengambil keputusan membeli satu yang baru - Ip 11. Moga moga setiap apa yang di “invest” ini akan menjadi investment yang memberi pulangan menguntungkan di akhirat nanti. Ada beribu nota dalam iPhone lama untuk saya rujuk dan share setiap pagi diruang maya ini.  Kerja kerja ini telah bermula seawal 2012. 


Insan yang banyak terkesan dengan nota nota itu sudah pastinya saya, jika ada yang juga turut terkesan, ketahui lah yang baik itu datang dari Allah swt. Maka kekallah istiqamah dengan amalan soleh hanya kerana Allah.


Malam tadi pula, buat pertama kali saya terasa tenang setenangnya dan terasa “ihsan” nya ketika bersolat isya’ berjemaah selepas satu kuliah maghrib yang baik oleh ustad Fadhil Noor. Perasaan segini saya rasai pertama kali semenjak 

dapat solat disurau selepas PKP yang ketat sebelum ini.

Terimakasih Allah. Sudah pasti ada yang mendoakan saya, sebuah ketenangan kerana itu Allah hadir rasa ini hari ini. Termakasih semua yang mendoakan saya. Hakikatnya, renungkanlah apa yang kita ada hari ini dan bermuhasabahlah  dalam kejayaan kita, pasti ada hasil dari doa doa orang lain. Maka, jangan lah lupa doakan kebaikan untuk orang lain pula. Kerana itu penting kita mulakan setiap pertemuan kita mulakan dengan salam yang juga merupakan doa. Semoga semua nya tenang. 


Semoga dengan sifat kasih sayang Allah, doa doa kita dimakbulkan samada disini didunia atau di akhirat nanti.


Untuk pagi ini, izinkan saya berkongsi nota dari kuliah Maghrib malam tadi oleh Ustaz Fadhil Noor. Masih ada satu lagi nota oleh ustaz Shukri Omar, tapi ianya agak panjang dan perlu editing. In syaa Allah, kita berkongsi nota nya di lain hari.


*Ustaz Fadhil Noor*

*21 Ogos 2020*


Ilmu agama, kalau sesiapa yang tahu akan kelebihan mempelajarinya, mereka akan datang untuk duduk dalam majlis ilmu hendak kan barokah kerana berada di majlis yang sentiasa di sarankan Nabi saw. Meraka akan berebut rebut untuk duduk dalam majlis majlis ilmu ini kerana ada ilmu dan faham tentangnya. Nak apa apa kena ada ilmu dan faham ilmu. 


Imam Ghazal  dan Imam Shafei dalam kitab ihya ulumudin dan Al risalah telah sepakat berkata:

“orang yang nak solat wajib kena belajar hukum solat dan segala amal yang dbuat hendaklah di pelajari dulu, pastinya dia taat dengan dua ketaatan, yang tak tak taat kerana tidak ada ilmu maka dia engkar pada Allah dengan dua keengkaran. Dan yang ada ilmu, tapi tidak beramal akan dapat satu ketaatan dan satu keingkaran” 


Kita kena anggap hal hal yang payah jadi mudah terutama dalam hal hal yang membawa pada kebaikan. 


Kita tidak boleh jauh dari agama. Apa apa hal pun agama kena ada kat atas. 


Islam itu agama yang tinggi, tidak ada agama yang lebih tinggi dari agama islam dan agama yang di redhai Allah adalah Islam. Jangan buru dunia dengan tinggalkan akhirat, kerana dunia tidak pernah cukup, sesungguh nya kalau kita bersungguh dalam hal akhirat, hal hal dunia akan datang sendiri dari Allah swt atas redha dan rahmatNya pada kita. 


Sasghnya ilmu sah dan muktabar itu akan di dapati dari guru yang muktabar bukan hanya dari buku buku yang dipelajari secara sendiri.


Semoga Allah beri kekuatan pada kita terus beramal dengan Islam dan mohon Allah hapuskan Wabak Covid dengan segara, sementara itu akurlah dengan segala sop dari MKN.


*Akhir kalam*


Sama sama kita raikan Salam selagimana ia tidak menggadaikan prinsip dan nilai Islam. Budaya memberi salam dalam kehidupan, satu sunnah yang amat disukai oleh Rasulullah SAW. Sayanhnya, budaya ini semakin dilupakan dan tidak diamalkan sangat di dalam masyarkat kita pada hari ini. Padahal, ucapkan salam tak perlu belanja, kita cuma kena melafazkannya dengan bibir yang disertakan hati yang ikhlas. 


Semoga Allah memberi kita kekuatan mengamalkan sunnah Nabi SAW serta memelihara kita daripada sifat sifat yang dikeji oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. 


Amin.


Wallahu’alam 

Wassalam


*NCS*

#DERMA UNTUK MAAHAD TAHFIZ DARUL IZZAH DI BAWA USTAZ FADHIL NOR

#DarulIzzahEnterprise: Akaun Maybank 556169223017

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S