PKP 160

 *Pkp160* - kerja adalah ibadah. Hijrah Adalah Merdeka Part 1

( Ustaz Zul Pandan)


Assalamu’alaikum...


Bertemu lagi diawal pagi hari ini  hari yang sering kaitkan dengan 

Ayat ayat:; Arghh! Esok dah nak kena pergi kerja! “ Cepatnya Sabtu Ahad!” Ada pula cuba menyedapkan hati; “Tak apa. Seminggu saja lagi”  Hal hal ini semua memerlukan pemikiran positif untuk motivasi diri sendiri.


Apa apa di permulaan minggu dan seawal pagi kena ingat satu yang pasti: Sekurang kurangnya kita masih diberi nikmat kudrat oleh Allah, masih diberi kekuatan anggota untuk bekerja. Kalau Allah tarik balik nikmat tu mgkin kita lagi bosan sebab tak mampu buat apa apa. Pada masa yang sama sematkan dalam hati, apa yang kita kerjakan ini juga satu ibadah. Pada hemat saya, kita kena cari penawar, selagi kita buat kerja ikhlas apapun kita buat kerana Allah, ia takkan rasa bosan sehingga nyawa kita. In shaa Allah. Senang cakap dari buat, tapi kita kena cuba kerana Allah ambil kira usaha kita dan penentuan hasil adalah milikNya. 


Selamat berkerja dan beribadah. 


Pagi semalam seusai subuh, satu kuiah subuh yang padu dari Ustaz Zulkifli Ahmad atau Ustaz Zul Pandan. Ada beerapa cerita positif yang di bawa oleh ustaz untuk membetulkan mindset kita orang Islam supaya tidak ketinggalan dalam menongkah arus kemodenan di akhir zaman. Ini kerana satu ayat power dari beliau: “Islam is to lead”.


Saya akan cuba select ayat ayat dari kuliahnya untuk kita sama sama ambil isiya sebagai satu pemikiran yang mungkin boleh mempengaruhi tindakan kita seawal pagi hari isnin ini.


*Ustaz Zulkifli Ahmad*

22 Ogos 2020 Surau Al Amin 

“Hijrah Itu Adalah Merdeka”


Ya ayyuhannas su’budu...

“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang orang yang) bertaqwa” - dari 

Al Baqarah Ayat 21


2008, tentera taliban berjaya kuasai satu kawasan terpencil di Timur Laut Pakistan, mereka membuat agenda extreme mereka - no TV, no Cinema, women to be accompanied by man muhram while outside of hiuse, no education for women. 2009,  Malala yusafzai seorang wanita afghan bangun dengan berani dan lantang menentang undang undang taliban dengan pergi juga ke sekolah. 2014, masa umurnya berusia 14 tahun, taliban telah menahan satu bas sekolah yang dinaiki Malala dan bertanya siapa dikalangan penumpang itu adalah Malala. Talibam ugut jika malala tidak mengaku ada bersama, semua akan di bunuh. Malala bangun berdiri lalu tentera taliban telah tembak dikepalanya. Tapi atas kehendak Allah, dia tidak mati dan bila dia bangkit dari koma, dia meneruskan perjuangan nya sehingga hari ini. Inilah satu jiwa merdeka, walaupun bukan lah kuat besyariat tapi semangat nya perlu dihormati.


In shaa Allah, saya sambung nota ini esok hari. 


*Akhir kalam..*


kita tidak mahu jadi kepada Islam tertinggal, maka kita kena bangun buat kerja hari ini ikut jalan jalan terbaru tapi memgikut syariat. Kita kena lead sistem yang ada bukan kita ikut sistem yang ada. 


Semoga bermanafaat di hari mulia ini. See u all tomorrow.


Wallahu’alam 

Wassalam


Dari, *NCS*

#Pagi Ini kE Royal Seri menanti

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S