PKP 163

 *Pkp163* - Terima Kasih Allah 

Nota Kuliah Maghrib Ustaz Hasnol Abu Bakar malam tadi. 

Nota ustaz Zul rehat lagi..


Assalamu’alaikum...


Terimakasih Allah atas segala nikmat yang Kau berikan pada kami. Teringat pula dua ayat yang pernah di sebut dalam kuliah kuliah: 


Bersyukur di atas nikmat Allah adalah wajib dan tidak harus seseorang itu meninggalkannya. Ini berdasarkan firman Allah SWT:


فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ


“Oleh itu ingatlah kamu padaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku was membalas kamu kebaikan; dan bersyukur lah kamu padaKu dan jangan kamu kufur (nikmatKu)” (AlBaqarah: 152)


فَاذْكُرُوا آلَاءَ اللَّـهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ


Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya".(alA’raf: 69)


Maka, bersyukur atas nikmat Allah adalah wajib dan tidak harus seseorang  meninggalkan nya. 


Samatelahan orang yang seperti saya, ibadah tak tara mana, malah dosa melebihi pahala, amalan keji lebih banyak dari amalan soleh, tapi tetap Allah berikan nikmat lebih dari musibah. Pagi semalam, tekanan darah agak tinggi sehingga datang rasa pening di mata dan belakang tengkok selepas hampir seminggu kehabisan ubat darah tinggi. Tapi masih tetap Allah benarkan lagi wujud atas muka bumiNya. Tersedar dari lamunan, saya memaksa diri untuk berterimakasih pada Allah dengan bertamu di surau AlAmin membawa bersama isteri dan anak sikecil Nadia. Anak lelaki yang dah remaja, sudah tahu akan tugas berjemaah dengan berpergian sendirian. Ini pun satu nikmat yang Allah berikan, anak anak dan isteri diberi faham kelebihan solat dan menghadiri majlis ilmu. Sekali lagi, Terima Kasih Allah..


Pada awalnya, seawal pagi ini, saya bercadang nak sambung berkongsi nota yang di ambil dari Kuliah subuh Ahad lepas oleh Ustaz Zul Pandan tapi agak kesuntukan masa untuk edit kisah Tun Dr Ismail ( sempena bulan Merdeka), saya cuba esok pagi. Untuk pagi ini terimalah nota diambil dari kuliah Ustaz Hasnol Abu Bakar mengenai Ibrah sempena Bulan Hijrah. 


*Ustaz Hasnol Abu Bakar*

Surau Al Amin Kuliah Maghrib

“Ibrah seerah hijrah Nabi saw”


•Dari sebuah kitab:


- masa depan agama Allah swt. Ketika nabi saw keluar bersama abu bakar, dikejar surakah bin Malik (yang tertarik dengan janji habuan unta jika dapat tangkap muhammad dan abu bakar)

- Ketika mengejar nabi di tengah padang pasir, dia sudah rasa satu kelainan bila dari jauh dia melihat awan sedang melindungi unta kendaraian nabi dan abu bakar. Bila dia hampiri nabi, kuda nya jatuh berkali kali, hingga dia minta nabi lepaskan nya. Dan akhirnya, nabi berjanji untuk hadiahkan mahkota maharaja Kisra (yang ketika itu sedang memeintah Parsi dan merupakan antara kerajaan terkuat pada ketika itu bersama Rom)

-  Selepas nabi wafat, Saidina Omar membuka kerajaan Parsi dan serahkan mahkota yang dijanjikan Nabi pada Surakah. 

Benarlah janji Nabi saw. 


Dimana kita ketika kerajaan  islam sedang berperang hendak meletakkan islam di depan? 


Muharam termasuk dalam bulan haram bulan mulia, sila rujuk surah at taubah ayat 36. 


Ingat puasa hari tasua, assyura 9 dan 10 Muharam. Nabi saw ada menyuruh kita berpuasa dua hari demi untuk bezakan antara islam dan nasrani ( yang berpuasa pada assyura demi kerana nabi musa). Tapi nabi saw berkata dia lebih berhak dari nabi musa, kita di sunatkan berpuasa pada 9 dan 10 Muharam. 


•Bila nabi saw berada dalam gua ketika hijrah (bila seseorang atau puak buat kerja Allah, Allah akan beri hakNya membantu dengan hantar tentera Nya). Di Dalam Alquran diceritakan kisah ini, 

“Allah bersama sama kita yang membuat kerja kerja agama”. Kisah dua burung merpati, kisah labah labah adalah semuanya kerja Allah. Bagi Allah tentera Nya ada di langit dan bumi. 


Buatlah kerja betul betul kerana Allah insyaa Allah akan di bantu Allah. Jadilah insan menbantu kerja kerja agama. Angin, air, pasir, penyakit dan banyak lagi semua tentera Allah. 


*akhir kalam..*


Selamat menyambut Muharam dengan kemulian 9 dan 10 hari nya. Pada yang mampu dan kuat untuk berpuasa, tahniah diucap kan tapi jangan bertanya sana sini pula, cukuplah untuk diri sendiri dan Allah saja. Jangan pandang lekeh pada yang tidak berpuasa. Kita tidak tahu apa kesusahan orang lain. 


Belajarlah menjadi manusia yang pandai bersyukur dan berterima kasih kepada mereka yang telah banyak melakukan kebaikan kepada kita terutamanya dari kalangan ibu bapa, guru dan orang orang yang banyak melakukan kebaikan kepada kita. Sedarilah, Pemberi nikmat yang hakiki adalah Allah SWT manakala seseorang yang melakukan kebaikan adalah perantara untuk sampainya kebaikan itu.


Jangan susah untuk berterima kasih pada manusia yang telah melakukan kebaikan kerana jika susah untuk itu kita juga akan susah untuk bersyukur kepada Allah SWT.


Wallahu’alam 

Wassalam


Cetusan dan Catatan : *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S