PKP 164
*Pkp164* - Falsafah dan Islam. Juga bahagian 3, Nota Ustaz Zul Pandan...
Assalamu’alaikum ...
Bangun tersedar dari sebuah kematian kecil, mujur ada baki usia ditakdirkan untuk terus memberi peluang kita hidup lagi. Agak agak apa falsafah hidup yang hendak di kendong dalam meneruskan kehidupan ini ?
Falsafah mana lagi kalau bukan Falsafah Islam - ilmu berfikir berlandaskan wahyu dan dalil dalil yang lojik selari dengan ilmu yang ditetapkan hukum hakam dalam Islam. falsafah Islam menghubung setiap ilmu dengan wahyu membawa pada kukuh keimanan kepada Nya.
Kata kata dari pemikir Islam:
“Menggunakan akal sahaja tanpa wahyu Ilahi dan sunnah nabi adalah satu penipuan. Justeru akal mesti digabungkan dengan naqal(wahyu), kerana ilmu ilmu akal seumpama makanan dan ilmu wahyu umpama ubat.”
Dalam satu catatan lama ada terpandang satu ayat dari surah Al Asyura, Ayat 13, maksudnya: Tegakkan agama, jangan lah kalian berpecah belah tentangnya Simple tapi padu, perintah wajib dari Allah untuk kita menegakkan ajaran dan jangan bertelingkah sesama Islam. Bagaimanpun, di zaman serba canggih ini, banyak hadis dipalsukan untuk kepentingan peribadi. Namun, falsafah Islam ajar kita meneliti, memerhati, dan mengkaji kesahihan hadis itu. Ulama hadis menyusun kaedah kaedah mengetahui sahihnya hadis berdasarkan ketajaman akal. Bezakanlah mana hadis benar dan mana hadis palsu.
Jangan pula tinggalkan terus hadis nabi saw dek kerana percanggahan ini.
Kesimpulannya, Falsafah Islam mengajar kita untuk mensyukuri anugerah akal dengan menjadi hamba Nya yang taat, khalifah yang bijak menggunakan akal bersumberkan Al Quran dan As Sunnah. Itulah yang hendak di bawa sepajang kehidupan yang berbaki ini. Semoga berjaya...
Sempena bulan hijrah dalam islam dan bulan merdeka di bulan masihi, sama sama kita terapkan dari kisah kisah hijrah untuk menjadi manusia yang merdeka jiwa atas nama Allah semata mata. Susah nak buat tapi kena buat kerana redha Allah bukan dinanti tapi kena dicari. Pagi ini, saya sambung sedikit lagi dari catatan ketika kuliah Ustaz Zul Pandan dari kuliah : HIJRAH ITU ADALAH MERDEKA.
*USTAZ ZUL PANDAN*
Ayat amardha tillah, ayat Allah untuk cari redha Allah. Ayat ini turun assebab kisah Suhai seorang pemuda kaya yang d halang dari berhijrah ke Madinah oleh anak anak muda mekah, dia lantang ugut untuk memananah mereka yang menhalang atau kalau tidak biarkan dia hijrah dan ambillah semua harta nya. Itulah
mardhatillah - mencari redha Allah dengan cakap yang benar walaupun manusia marah.
Inilah kisah kisah yang kita hendak jadi kan motivasi untuk kita tidak mahu orang kafir fikir islam adalah satu agama yang ada kesan zahir dan batin.
Ibnu sina - “ jangan main perkataan bahasa kita” kerana ini akan menbawa kita menjadi mangsa. Contoh : islam ni kena tindas, islam lemah, ini akan membawa kita jadi mangsa pada kekejaman. Kita hendak lah jadikan islam relevan dalam arus kehidupan perdana.
Hijrah adalah merdeka. merdeka kan diri dari perkara lain selain dari Allah.
*AKHIR KALAM..*
Tak sempat juga nak edit kisah Tun Dr Ismail dari kuliah ustaz Zul. Pada yang berminat nak dengar langsung dari fb beliau bolehlah type Zul Pandan dalam Fb.
Falsafah Islam menolak manusia menjadi hamba kepada akal dan bebas berfikir tanpa berpandu pada Al Quran dan Hadis. Ubah lah tujuan ilmu yang berasaskan falsafah kebendaan Barat.
Untuk menyerlahkan umat Islam perlu mengharungi cabaran menguasai ilmu dan teknologi yang bukan untuk kepentingan diri sahaja, tapi kesejahteraan alam ciptaan Allah SWT yang berpaksikan tauhid.
Selamat berjaya..
Wallahu’alam
Wassalam
Dari, *Ncs*
Comments
Post a Comment