PKP 165
*Pkp165* - Rencah hidup.
Assalamu’alaikum...
Banyak perkara kita dapat dari hari semalam. Puasa 9 muharam (Tahniah pada yang berpuasa), Pkpp di lanjut sehingga ke 31 Dec, Dan banyak lagi. Ada juga yang tidak mahu berpuasa hari kerana ada larangan berpuasa pada hari Sabtu, walau nabi saw saran kita berpuasa 9 dan 10 Muharam. Inilah rencah dalam kehidupan, tak mungkin ada yang sama pendapat. Yang pentingnya, semua sembah tuhan yang sama dan sanjungi Rasul yang sama.
kehidupan ini yang ada masanya kelat, ada masanya manis, ada masanya masam, ada masanya tawar dan ada masanya takda apa rasa menjadikan kita cukup menghargai setiap apa yang Allah kurniakan pada kita .Ini menjadi kan kehidupan yang kita lalui begitu indah dan unik untuk dinikmati yang tentu ada hikmah yang tersembunyi sebagaimana Allah menjadikan setiap kejadian yang pada awalnya kita tak menyangka kegunaannya , namun akhirnya sangat berguna sebagai bahan rempah ratus sangat berguna dalam macam macam hal.
Begitulah juga hakikatnya dalam kehidupan kita. Kehidupan tanpa cabaran ibarat kari kurang dalam rempahnya. Kari tetap kari tapi pasti rasanya tawar . Cabaran yang datang yang menjadikan kita lebih kuat dan kuat dan kuat untuk terus mengharungi hari yang mendatang
Selamat mengharungi cabaran PkP Pemulihan Covid 19 hingga ke 31 Dec 2020.
Selamat berjuag...
Unruk pagi ini, ada beberapa pesanan yang saya nak share di sini, semoga ada manafaat..
“kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah tetapi kita lupa apa yang Allah mahukan dari kita sebagai hambaNya”
“tidak mengapa jika orang hina atau aibkan kita, kerana hidup bukan hanya untuk kita meraih penghormatan manusia tetapi untuk Allah sayang pada kita”
“untuk Allah bantu kita, kita perlu mendapat doa dari mereka yang makbul doanya: mak ayah, suami/isteri, doa orang baik baik dan juga doa dari teman teman di mana mana”
“biar orang nak kata apa yang penting kita hidup kerana Allah sayang. Kita juga perlu ingat, dalam hidup ini Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang, dia beri kita kebaikan dan hati yang tenang. Dan kena ingat juga tiada benda kebetulan, semuanya sudah Allah aturkan dan pertemukan “ - Ebiet Liew
“bila kita cinta kerana Allah, untuk Allah sayang dan akan kekal. Tetapi jika cinta selain daripada itu belum ada jaminan apa apa”
Semoga ada yang menbantu untuk kita gunakan dalam menongkah hidup sehari lagi.
Jumpa esok..
*akhir kalam..*
"Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib/keadaaan sesuatu kaum hingga mereka sendiri mengubah keadaan yang ada pada diri mereka”
(Ar Ra’d ayat 11)
Kita tidak tahu apa yang ALLAH tulis dalam Loh Mahfuz penyudahan hidup kita. Oleh itu selagi kita hidup, selagi jantung kita masih berdenyut dan nadi kita bergerak, kita kenalah berusaha sebaik mungkin mengubah apa jua keadaan kita ke tahap yang lebih baik.
"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu” ( surah Al Mukmin, 60)
Selamat melata dibumi Allah.
Wallahu’alam
Wassalam
Written & Edited by: *NcS*
Comments
Post a Comment