PKP 166
*Pkp157* - Meraikan Perbezaan Dalam Belajar menambah ilmu. Rentetan dari Kuliah subuh Ustaz Azahari Musa - Ali radiallahuhanhu atau Ali karamallahuwajhah?
Assalamu’alaikum..
Semalam seharian merehatkan diri dari sebarang aktiviti lasak.
Seawal pagi semalam sesuai solat berjemaah di rumahNya, terus saja melekat di posisi untuk mendengar kuliah subuh bersama Ustaz Azahari Musa.
Ustaz Azahari Musa mengutara kan satu hadis yang diriwayat kan oleh sayyidina Ali ra. Tetapi sebelum menghurai hadis itu, Ustaz banyak mengolah tentang si periwayat nya iaitu Sayyidina Ali. Terutamnya dalam bab memuliakan sahabat nabi ini. Kekadang selain dari menyebut Sayyidina Ali “ Radiallahu anhu”,
ada yang menyebut sayyidina Ali
“KarramAllahu Wajhah”.
Di sini ada dua perbezaan yang perlu kita raikan, bukan untuk berkata mana yang betul kerana kedua duanya boleh diguna tapi mungkin ada yang lebih afdhal.
Untuk pagi ini, saya sertakan satu artikel dari Official Website Mufti Wilayah Persekutuan dalam soal ini, semoga ianya akan menjernihkan isu “furuk” ini. Kita tidak perlu bergaduh dalam ban ini kerana ianya tidak menganggu aqidah kita. Tapi cukup sekadar sebagai satu ilmu untuk di simpan.
*AL-KAFI #256 : UCAPAN KARRAMALLAHU WAJHAH UNTUK SAIDINA ALI*
Ulama berbeza pandangan dalam isu ini dan terbahagi kepada dua kelompok.
•Pertama: Kelompok tidak menggalakkan penisbahannya kepada Saidina Ali kerana:
1. Menolak budaya Syiah yang terlalu mengagungkan Saidina Aliz
2. Jika alasan Saidina Ali tidak pernah menyembah berhala, ramai lagi para sahabat yang tidak pernah menyembah berhala seperti Saidina Abu Bakar.
3. Allah SWT sendiri telah menggelarkan para sahabat dengan Radhiallah, yakni “Allah telah meredhai” dalam Surah al-Fath (48:18), maka lebih utama digelar Saidina Ali berdasarkan Radhiallahuanhu berbanding Karramallahuwajhah.
Berkata Ibnu Kathir dalam Tafsir-nya (3/517): Maksudnya: “Dan menjadi kebiasaan hal perkara ini ramai dari kalangan penulis buku-buku yang memberikan secara ekslusif kepada Ali Radhiallahuanhu dengan gelaran Alaihissalam, tanpa (gelaran tersebut disebut juga) ke atas seluruh sahabat yang lain, atau gelaran Karramallahu wajhah dan hal ini meskipun jika maknanya sahih tetapi wajar untuk menyamakan antara sahabat sahabat pada hal ini, kerana ianya penghormatan dan pemuliaan (ke atas semua sahabat), maka dua orang tokoh besar (yakni Abu Bakar dan Umar) dan Amirul Mukminin Uthman adalah lebih utama dalam bab ini dengan gelaran itu daripada Ali – Semoga Allah meredhai kesemua mereka.”
Ini juga ialah fatwa daripada Lajnah al-Da'imah li al-Buhuth al-Ilmiyyah wa al-Ifta (3/403) No Fatwa: 3627.
•Kedua: Kelompok ini membenar kan penggunaan gelaran itu dengan beberapa sebab.
1. Saidina Ali tidak pernah sujud pada berhala sepanjang hidup dan beliau ialah orang yang pertama masuk Islam daripada kalangan kanak kanak. Inilah dinukilkan oleh Imam Ibn Hajar al-Haithami dalam Fatwa al-Hadithiyyah (1/41).
2. Para Sahabat lain seperti Saidina Abu Bakar juga memiliki gelaran khusus seperti al Siddiq, Umar al-Khattab sebagai al-Faruq, dan Khalid al Walid sebagai Saifullah al Maslul. Justeru, tidaklah bermaksud mengkhususkan Karramallahu wajhah kepada Ali sebagai bentuk ketidakadilan.
3. Gelaran itu berasal daripada respon Ahlussunnah yang membalas gelaran buruk oleh golongan Nawasib, yang sangat membenci Ahlu Bait, kepada perkataan mereka Qabbahallahu wajhah yakni Semoga Allah memburukkan wajah Ali. Inilah pendapat Syeikh Muhammad bin Ali bin Adam bi Musa al-Ithyubī al-Wallawī, pensyarah Kitab Sunan alNasaie (Dzakhirah al-ʿUqba fi Syarh al-Mujtaba).
*Tarjih*
Berdasarkan perbahasan di atas, kami berpendapat bahawa tidak salah menggunakan karamallah hu wajhah kepada Saidina Ali, tetapi kami cenderung untuk menyamakan penggunaan Radhiallahuanhu kepada Saidina Ali seperti mana digunakan kepada sahaba sahabat Rasulullah SAW yang lain. Ini kerana Nas Ilahi menyebut para sahabat dengan gelaran berkenaan. Justeru, sikap ini keluar daripada khilaf, itu lebih tenang bagi jiwa.
Wallahua'lam.
*Akhir kalam..*
Meraikan perbezaan amat penting dalam usaha menambah ilmu. Semoga kita berbaik sangka dan tidak perjudiis.
Semoga ada mananfaat dari tulisan pagi ini.
Wallahu’alam
Wassalam
Pencatat, *Ncs*
Comments
Post a Comment